Dapatkan artikel terbaru dari Celiksiber dengan percuma.Masukkan alamat email anda:

Delivered by FeedBurner

free logo design

Letakkan kod html di bawah ini di website atau blog anda

Teknologi Tanpa Wayar - Rangkaian 3G, WiFi dan WiMax

Labels:

KELIRU dengan pelbagai istilah teknologi rangkaian masa kini terutama teknologi tanpa wayar atau bergerak?

Baru sahaja kita mengenali teknologi 3G untuk rangkaian telefon bimbit berkelajuan tinggi dan WiFi, kini timbul pula istilah baru, WiMax.

Teknologi wayarles sememangnya mendapat perhatian di seluruh dunia dan di negara kita, ia dijangka boleh menjadi jawapan kepada masalah akses jalur lebar yang sangat rendah. Untuk menghubungkan manusia dan mesin, selain 3G yang merupakan teknologi untuk rangkaian data berkelajuan tinggi berasaskan telefon bimbit, terdapat juga WiFi atau WLAN (rangkaian kawasan setempat wayarles) yang merupakan teknologi wayarles berasaskan rangkaian komputer menggunakan standard IEEE 802.11. WiMax pula merupakan teknologi wayarles terkini yang dikatakan akan menggugat kehebatan 3G kerana kemampuan liputan dan kelajuan rangkaiannya. WiMax dikatakan boleh mengadakan liputan bagi kawasan sehingga 50 kilometer dengan kos yang jauh lebih rendah berbanding 3G.

Bagaimanapun, apa yang hangat diperbincangkan pada masa ini ialah teknologi jalur lebar wayarles yang dikatakan mampu meningkatkan kadar penembusan pengguna jalur lebar di negara ini.Malaysia sememangnya agak ketinggalan dari segi bilangan pengguna jalur lebar berbanding negara-negara di rantau ini yang sedang membangun dengan pesat dalam teknologi itu.

Menurut IDC Malaysia, kadar penembusan jalur lebar di Malaysia hanya mencecah angka 2 peratus sahaja pada 2003, berbanding Singapura 30 peratus, Taiwan 40 peratus dan Korea Selatan lebih 60 peratus. Masalah akses jalur lebar di negara kita sememangnya serius. Sehubungan itu, baru-baru ini kerajaan telah memperkenalkan Pelan Jalur Lebar Negara bermatlamat untuk meningkatkan kadar penembusan jalur lebar negara pada tahap antara 5 dan 10 peratus dari 2006 hingga 2008 atau mencapai 2.8 juta pengguna.
Memandangkan pelaksanaan jalur lebar menggunakan teknologi ADSL yang menggunakan kabel memerlukan masa dan kos yang tinggi untuk boleh dilaksanakan secara menyeluruh, maka teknologi wayarles sebenarnya boleh menjadi alternatif masa kini.

3G
Merupakan singkatan kepada teknologi komunikasi bergerak berkelajuan tinggi generasi ketiga yang muncul selepas 1G (1980) dan 2G (1990). 3G membolehkan pengguna menikmati kelebihan multimedia dan menawarkan capaian kepada Internet pada kelajuan sehingga 2 megabait sesaat (2Mbps).


3G merupakan kesinambungan teknologi telefon bimbit bermula dari GSM dipertingkatkan kepada GPRS, EDGE dan seterusnya 3G (WCDMA).Bagaimanapun, ia adalah satu platform dengan teknologi baru berbanding GSM sedia ada.Memandangkan pelaksanaannya juga agak perlahan di negara ini dan terhad, maka 3G juga suatu yang belum pasti mampu menyelesaikan masalah jurang digital jalur lebar di negara ini.


WiFi
Sehubungan itu, teknologi wayarles pengkomputeran seperti WiFi (Wireless Fidelity) mendapat perhatian.Misalnya, walaupun telah mempunyai lesen 3G, syarikat-syarikat telekomunikasi seperti Maxis dan Celcom juga telah menunjukkan minat yang tinggi dengan teknologi WiFi dengan satu demi satu memperkenalkan perkhidmatan hotspot di seluruh negara.


Teknologi WiFi atau WLAN menggunakan standard 802.11b mempunyai kelajuan transaksi 11 Mbps dengan liputan sehingga 90 meter. Manakala, WLAN berasaskan 802.11a mempunyai kelajuan 54Mbps tetapi liputan lebih dekat berbanding 802.11b. Teknologi WLAN terkini yang sedang memasuki pasaran negara ialah produk berasaskan 802.11g (menggabungkan kedua-dua fungsi 802.11b dan 802.11a). Kepentingan dan populariti WiFi tidak dapat dinafikan. Menurut IDC, terdapat kira-kira 480 hotspot (pusat akses WiFi untuk orang ramai) pada 2006 dan terus meningkat di seluruh negara.

WiMax
Bagi WiMax pula, ia mempunyai kemampuan untuk menampung transmisi kelajuan data antara 15 hingga 75 Mbps akan menjadikan ia sebagai pilihan teknologi masa depan. Ia bagaimanapun tidak akan mencabar 3G atau WiFi secara langsung kerana mereka dibangunkan untuk saling melengkapi antara satu sama lain.Seperti WiFi yang digunakan untuk menghubungkan peranti atau komputer di kawasan rumah atau pejabat, WiMax pula akan digunakan untuk menghubungkan rangkaian-rangkaian WiFi di suatu kawasan yang luas. Manakala, 3G pula menjadi penghubung WiMax ke seluruh negara dan dunia.



WiMAX sebenarnya teknologi wayarles untuk sambungan akhir (last mile) yang berada dalam kategori Rangkaian Kawasan Metro (WAN) kerana mempunyai kemampuannya menghubungi sehingga jarak 50 kilometer, berbanding WiFi (sehingga 90 meter). Sudah tentu dengan gandingan 3G yang merupakan teknologi telefon bimbit dengan kemampuan rangkaian kawasan luas wayarles (WWAN), WiFi dan WiMax akan mampu memainkan peranan yang lebih penting dalam meningkatkan kadar penembusan jalur lebar negara.


RANGKAIAN WAYARLES
* WPAN (rangkaian kawasan peribadi wayarles) untuk komunikasi jarak dekat seperti Bluetooth (802.15.1) dengan kelajuan 110 - 480 Mbps.


* WiFi atau WLAN (rangkaian kawasan setempat wayarles) merupakan komunikasi untuk sesuatu kawasan dalam jarak 100 meter dengan kelajuan 15 - 54 Mbps.


* WiMax atau WMAN (rangkaian kawasan metro wayarles) komunikasi sehingga 50 km dengan kelajuan 15 - 75 Mbps


* 3G/WCDMA atau WWAN (rangkaian kawasan jauh wayarles) untuk komunikasi jarak jauh (termasuk global) dengan kelajuan sehingga 2 Mbps





2 Sebab Kenapa CD/DVD Anda Rosak

Labels:

Assalamulaikum dan salam sejahtera,


Pernah tak pembaca2 sekalian melihat cd atau dvd yang disimpan rosak? Baru2 ini saya mengalaminya di mana cd yang saya burn untuk cerita koleksi saya telah rosak. Mungkin juga pembaca sekalian pernah mengalami keadaan seperti itu.
Mungkin kes pembaca sekalian sekadar calar di CD, tapi bagi kes saya, mengharukan.. Layer cd tersebut tercabut (lihat gambar di sebelah).

Terdapat dua cara untuk CD/DVD akan rosak:

1. Kerosakan pada “sebelah bacaan CD” (Read side)
Ketika anda meletakkan CD ke dalam CD player anda, CD player tersebut akan membaca semua maklumat digital daripada bahagian yang bersinar2 di CD anda. Secara mikronya, semua maklumat sekecil2 daripada kod digital akan dibaca.Oleh itu, jika terdapat sebarang kotoran, habuk dan calar pada cd tersebut, segala proses bacaan pada cd tersebut akan tergendala dan mungkin rosak sepenuhnya.

2. Kerosakan pada layer aluminium (pada sebelah label seperti saya di atas.)
Hal ini adalah berkaitan dengan kimia sedikit. Sebarang oksigen yang berjaya menembusi layer aluminium tersebut akan menyebabkan kerosakan kepada CD/DVD anda. Apbila oksigen bergabung dengan layer aluminium tersebut, aluminium oksida akan terhasil (ia lutsinar) dan menyebabkan pancaran laser CD plyer tidak dipantulkan.Sebenarnya layer aluminium (tempat anda semua labelkan cd) itu adalah sangat nipis, dan sebarang lubang kecil atau calar akan mendedahkan oksigen kepada aluminium tersebut.
Oleh itu, jagalah CD/DVD anda sebaiknya, lebih-lebih lagi CD/DVD yang anda jadikan koleksi itu.

Sekian




Setting 3G HP sebagai modem guna Laptop

Labels:

Nokia N95 (contoh HP 3G)

Topik kali ini saya rasa amat unik dan mungkin anda semua boleh mencubanya. Terdapat dua cara untuk menggunakan telefon 3G anda mengakses ke internet.

Fisrt, dengan menggunakan Bluetooth Hp dan Blutooth Laptop anda. Second, dengan menggunakan USB Cable yang khas untuk handphone anda ke laptop/komputer.

Walau bagaimanapun, di sini saya akan ceritakan tentang cara yang pertama tadi sahaja iaitu menggunakan Bluetooth.

Langkah2 di bawah mungkin berlainan bagi setiap telco (maxis, celcom) dan model telefon, tapi at least anda akan mendapat sedikit idea tentang cara setup 3G HP sebagai modem.

Langkah 1 : ‘On’kan Bluetooth pada Hp anda.Pada HP 3g anda,
pergi ke bahagian Setting -> Menu -> Connections, dan klik ikon Bluetooth.
Setkan juga phone’s visibility ke “Show to all”. Seterusnya, namakan juga telefon anda di Preference, bahagian “Your Phone’s Name”.

Langkah 2 : Setup Bluetooth pada laptop anda
1. Klik Start -> Control Panel -> Bluetooth Devices. Klik Add… Seterusnya akan terpapar Add Bluetooth Device Wizard.
2. Tandakan “My device is set up and ready to be found” dan klik Next.
3. Wizard akan mencari device Bluetooth yang available dan dipaparkan mengikut susunan. Sekarang, pilih device yang baru di jumpai itu dan klik Next.
4. Anda akan menjumpai skrin Passkey Setup. Sila tandakan “Let me choose my own passkey dan masukkan apa2 passkey anda (seolah2 password) dan klik Next.
5. Anda akan melihat device Bluetooth anda diinstall. Setelah selesai, anda akan ditanya, “Add to My devices?”, klik Yes. Masukkan Passkey yang sama dalam langkah 4 tadi, dan klik OK. Instal Bluetooth akan bersambung.
6. Klik Finish untuk habiskan wizard Add Bluetooth Device.

Langkah 3 : Setup New Connection pada Laptop anda.
1. Pergi ke Control Panel -> Network Connections, pada panel kiri, klik Create a new connection.
2. Anda akan melihat New Connection Wizard window, klik Next.
3. Terdapat beberapa option untuk connection, sila pilih Connect to the Internetdan klik Next.
4. Kemudian pilih “Set up my connection manually” dn klik Next.
5. Pilih “Connect using a dial-up modem” dan klik Next.
6. Pada skrin Device selection, pilih Modem – Bluetooth DUN Modem (COM21), dan klik Next.
7. Masukkan nama ISP dan klik Next.
8. Masukkan no telefon ISP. Dalam kes ini saya gunakan Maxis, *99#. Kemudian, klik Next.
9. Untuk Connection Availability, tandakan Anyone dan klik Next.
10. Masukkan username dan password anda, serta confirmkan password. Klik Next.
11. Seterusnya, tandakan “Add a shortcut to this connection to my desktop”,
dan akhir sekali klik Finish.

Tahniah anda baru sahaja setup HP 3G anda sebagai modem laptop.
Seterusnya anda boleh gunakan internet anda seperti biasa selepas mendail connection.

Selamat mencuba dan semoga berjaya.




Main permainan komputer dalam mode window

Labels:

Pernahkah anda bermain permainan komputer semasa dalam pejabat? Hehe..

Mungkin ada yang pernah, ada yang tidak. Jika anda seorang kaki gamers mungkin pelbagai cara telah anda cuba untuk bermain di ofis anda tanpa diketahui bos.

Aku ada satu trik untuk anda bermain game seperti Warcraft DotA yang besar dan full screen ialah dengan bermain dalam mode window. (Wah, jahatnye aku ajar bende2 ni..)

Ini ialah contoh skrin yang anda dapat lihat nanti:

Jadi anda boleh bermain dengan tenang dan khusyuk dengan rakan-rakan network anda serta boleh menyembunyikannya pada bila-bila masa dengan mengklik ikon minimize di window tersebut. Menarik bukan? :p

Caranya mudah sahaja, ikuti langkah berikut:
1. Buat satu shortcut pada desktop atau di mana-mana folder dalam komputer anda. (jika anda belum mempunyai shortcut.)
2. Klik kanan pada ikon shortcut tersebut, dan pilih Properties.
3. Kemudian seperti gambar di atas, anda perlu menambah satu command iaitu -windows pada ruangan Target selepas path ke game anda. (Lihat contoh dalam kotak merah).
4. Klik Ok. Dan double-klik shotcut tersebut untuk memulakan permainan.

Nasihat: Buatlah kerja dan bersungguh-sungguh dan ketika penat itulah baru anda memulakan release stress ini. Hehe..

Sekian, selamat mencuba.




Cheat code untuk game windows

Labels:

Ok, berikut ialah cheat yang anda boleh lakukan untuk memenangi permainan windows.
(kalau korang selalu kalah atau tak pernah menang2 lah :-)

Freecell
1. Tekan kekunci [Shift] + [Ctrl] + [F10] secara serentak semasa permainan.
2. Kemudian klik [Abort].

MSHeart
1. Buka regedit, dan pergi ke folder berikut:
[HKEY_CURRENT_USER\SOftware\Microsoft\Windows\CurrentVersion\Applets\Hearts].
2. Kemudian, tambah String Value baru bernama ZB.
3. Letakkan nilai Value data kepada 42.
4. Klik OK.
5. Sekarang semasa memulakan permainan baru, anda boleh menekan kekunci [CTRL + ALT + SHIFT + F12] untuk melihat kad dari orang lain.

Minesweeper
1. Tukar background wallpaper anda kepada warna hitam.
2. Mulakan permainan.
3. Kemudian taip huruf berikut X Y Z Z Y satu per satu.
4. Kemudian tekan SHift (kiri) pada keyboard anda.
5. Halakan kursor pada petak-petak solitaire.
6. Jika terdapat tanda kecil berwarna putih pada skrin monitor bahagian bucu atas-kiri, maknanya tiada bom. Jika tiada tanda, maknanya terdapat bom. Senang bukan?

Solitaire
1. Gunakan mode Draw Three semasa memulakan permainan.
2. Semasa permainan, hold kekunci [CTRL + Shift + Alt] dan klik pada kad tersebut.
3. Secara automatik ia akan Draw One dan bukan Draw Three.

OK. Selamat mencuba.




Trik melihat kamera CCTV menggunakan Google Search

Labels:

Assalamualaikum w.b.t.,

Untuk pengetahuan anda, setiap kamera yang memakai alamat internet boleh dilihat dari mana-mana sahaja di komputer yang mempunyai internet. Kamera tersebut termasuklah CCTV, kamera trafik, kamera sekuriti dan lain-lain lagi. Sebarang sekuriti yang tidak ketat seperti ketiadaan password yang diletakkan untuk kamera tersebut membolehkan mana-mana pengguna internet mengakses kamera tersebut. Hal ini telah disedari ramai orang dan telah pun diulas dalam Fox.tv iaitu stesen TV terkenal di dunia. Namun begitu jalan penyelesaiannya masih ditahap kurang memuaskan. Cara yang terbaik dicadangkan hanyalah mengetatkan sekuriti dan meletakkan password pada IP webcam atau kamera tersebut. [Video ulasan fox TV].

Oleh sebab itu, anda masih boleh melihat kamera-kamera internet tersebut secara live di internet. Jika bernasib baik, bukan sahaja lihat pemandangan melalui kamera, malah pengawalan kamera tersebut turut dapat anda lakukan.

Ikuti cara berikut untuk mengujinya :

Taip dan Search perkataan berikut pada enjin carian Google :

Contoh :

[ inurl: “ViewerFrame?Mode=” ]

atau

[ inurl:/view/index.shtml ]
atau

[ inurl:"MultiCameraFrame?Mode=" ]

atau

[ inurl:"axis-cgi/mjpg" ]

atau

[ intitle:"Live View / - AXIS" inurl:view/view.shtml^ ]

(tanpa [ ] ). Senarai IP network kamera akan terpapar dan klik mana-mana untuk mula melihat kamera tersebut.




Buat Komputer Cakap Apa yang Kita Tulis

Labels:

Jom kita buat komputer cakap apa yang kita dah taip. Fungsi ini merupakan built-in API yang terdapat dalam Windows XP dipanggil SAPI (Speech Application Programming Interface)
Microsoft Speech API terbina dalam Windows dan ia digunakan dalam kemudahan Narrator yang digunakan untuk membantu pengguna yang mempunyai masalah penglihatan.
Start > All Programs > Accessories > Accessibility > Narrator

Langkah 1 :
Buka program Notepad dan paste kod di bawah

Dim message, sapi
message=InputBox("Enter the text you want spoken","Speak This")
Set sapi=CreateObject("sapi.spvoice")
sapi.Speak message



Langkah 2 :
Namakan file tersebut dengan apa sahaja nama yang korang mahu tetapi pastikan korang tambah .vbs di hujung nama fail tersebut

Langkah 3 :
Pastikan juga untuk kotak Save as type tu, pilih All files dan bukannya Text document. Kalau xtukar yang tu, nanti file tu akan jadi file teks Notepad biasa


Seterusnya double-click file .vbs yang disimpan tadi dan satu dialog box akan dipaparkan. Taip apa sahaja yang korang nak dan satu suara akan baca apa yang korang dah taip tu.



Alternatively, sewaktu nak Save As tu korang juga boleh masukkan ” ” dalam nama fail korang tanpa perlu pilih All files dalam pilihan Save as type tu. Contohnya ialah “filename.vbs” dan terus save.





Masalah biasa komputer & cara menanganinya

Labels:

Menangani masalah yang melibatkan perkakasan komputer biasanya mencabar. Bagi yang sudah berpengalaman, ia mungkin mudah, namun mungkin agak mengecewakan bagi pengguna baru. Sehubungan itu, disini ada menjelaskan kaedah-kaedah praktikal untuk mengatasi beberapa masalah mudah yang melibatkan perkakasan komputer anda. Contoh yang diketengahkan di sini mungkin boleh menolong dan ianya boleh dilakukan sendiri.
Umumnya masalah gangguan pada perkakasan komputer boleh berlaku pada bila-bila masa dan ia boleh dianggap serius jika melibatkan proses ‘startup’. Antara petunjuk berguna bagi masalah kerosakan ialah dengan terhasilnya bunyi ganjil dari komputer tersebut apabila ianya dihidupkan. Bunyi itu boleh jadi berpunca daripada kipas pendingin haba yang hampir rosak atau pemacu cakera kerasnya yang bakal lumpuh pada bila-bila masa sahaja.
Oleh yang demikian, sebelum cakera keras anda menjadi lebih teruk, anda disarankan supaya segera membuat simpanan (backup) bagi semua fail-fail penting. Rasionalnya mudah, memiliki salinan lain merupakan satu langkah bijak untuk memastikan data tersebut terselamat sekiranya berlaku kerosakan pada perisian dan perkakasan yang digunakan. Penyimpanan ini boleh dilakukan pada asas harian, mingguan, bulanan atau tempoh yang ditetapkan.
Sekiranya komputer anda lumpuh (crash) dan bunyi cakera kerasnya kedengaran luar biasa, ini mungkin bermakna komputer tersebut berpotensi untuk mengalami kerosakan yang tidak diduga. Jadi simpanlah (save) maklumat di dalam program yang sedang dibuka dan mulakan pengenalpasti punca masalahnya dari peringkat paling asas.
Berikut adalah beberapa contoh masalah/gangguan biasa pada perkakasan komputer dan cara untuk menanganinya.

Bekalan kuasa : Apabila skrin monitor anda secara tiba-tiba gelap (blank) dan tiada sebarang paparan antara muka aplikasi yang sedang berfungsi, maka langkah pertama yang perlu dilakukan ialah memeriksa bekalan kuasa untuk kesemua perkakasan sistem komputer anda. Misalnya, sesetengah kabel bekalan kuasa monitor dipalamkan pada bahagian belakang komputer dan ada pula dipalam kepada outlet AC. Jadi, palam bekalan kuasa itu boleh jadi longgar dan anda perlu memastikan semua palam dipasang dengan sempurna.
Sekiranya kabel bekalan kuasa komputer anda dihubungkan kepada sebuah ‘strip’ (soket sambungan) bekalan kuasa, maka pastikan setiap soketnya mempunyai suis. Lihat juga pada lampu yang menandakan suis kuasa untuk semua peralatan telah dibuka, di mana suisnya perlu berada pada kedudukan ‘on’ (buka). Jika ia masih tidak berfungsi, maka soket kuasa itu mungkin bermasalah – misalnya fius terbakar. Bagi menguji sesebuah palam kabel kuasa yang dirasakan rosak, anda boleh memalamkannya kepada soket lain yang boleh berfungsi.

Halangan boot : Halangan semasa menghidupkan komputer boleh jadi berpunca daripada disket kerana komputer boleh diboot mengikut arahan yang terdapat pada disket (yang dipasangkan pada pemacunya semasa proses boot/menghidupkan komputer dilakukan) atau cakera keras komputer anda. Kebanyakan komputer telah ditetapkan untuk membaca arahan pada disket yang dipasang dan jika proses boot gagal dilakukan, maka komputer akan beralih kepada cakera keras. Proses ini biasanya berlaku apabila komputer anda dibootkan semula atau dihidupkan buat pertama kali.
Andainya sekeping disket tertinggal di dalam pemacunya, maka biasanya komputer anda akan menggunakan prosedur yang berbeza. Jika kandungan disket itu tiada arahan startup, komputer tersebut akan memaparkan mesej ralat pada skrin yang memberitahu anda supaya menggantikan atau mengeluarkan disket tersebut. Namun, sekiranya disket itu mengandungi arahan startup untuk melakukan proses boot, maka komputer anda akan dibootkan menerusi disket yang kemudiannya akan memasuki paparan DOS dan bukannya Windows.
Sekarang dah tak der pakai disket dah dan kebanyakan komputer baru sudah tidak dibekalkan dengan Floppy lagi inanya telah ditukar kepada penggunaan thumb drive.

Sambungan : Satu lagi masalah yang biasa pada perkakasan komputer ialah kabelnya yang dipasangkan dengan tidak kemas. Semua peralatan komputer biasanya memiliki kabel kuasa dan data yang dihubungkan kepada komputer dan anda perlu memastikan penyambungannya tidak longgar. Kadangkala ada pengguna yang cuba memasangkan jenis kabel yang berbeza secara tidak sengaja atau memang tidak tahu. Sekiranya anda mendapati kabel tersebut tidak secocok, maka jangan cuba untuk memaksanya kerana ia boleh merosakkan.
Sementara itu wayar telefon yang dihubungkan kepada modem mungkin menghadapi masalah. Sebuah modem biasanya mempunyai saluran penghubung (connection) yang dilabelkan sebagai Line In, Line Out atau Phone. Jadi, anda perlu menghubungkan wayar berkenaan pada soket yang betul (rujuk labelnya) dan satu lagi penghubung perlu disambungkan kepada wayar telefon. Untuk pengetahuan anda, telefon yang dihubungkan kepada sebuah modem yang sedang berfungsi, jika diangkat ganggangnya selalu akan menyebabkan gangguan.

Tetikus : Sebuah tetikus (mouse) yang sudah lama digunakan biasanya diselaputi kekotoran pada bahagian dalamnya sehingga sensitiviti bebola dan ‘roller’nya kadangkala terganggu. Selain itu penunjuk anak panah (pointer) pada skrin mungkin tidak berganjak, walaupun tetikus itu digerakkan berulang kali. Satu-satunya cara berkesan untuk mengatasi masalah ini ialah membersihkan segala kekotoran pada roller atau bebola tersebut.
Saranan: pakailah optical mouse... :)

Papan kekunci : Selain tetikus, papan kekunci (keyboard) juga boleh menimbulkan masalah ketika menaip seperti gangguan pada kekuncinya. Contohnya, anda mungkin secara tidak sengaja tertekan kekunci tertentu pada papan kekunci itu sehingga menyebabkan ia diaktifkan. Jadi, antara kekunci yang perlu diberi perhatian ialah kekunci yang berlabel CAPS LOCK dan NUM LOCK. Selain kekunci, kabel papan kekunci yang longgar mungkin perlu diketatkan dan proses boot semula mungkin perlu dilakukan supaya ianya kembali berfungsi.

Bunyi : Jika masalah yang dihadapi melibatkan bunyi (sound), anda mungkin perlu memeriksa pembesar suara (speaker) yang digunakan untuk memastikan kabel bekalan kuasa dibuka dan wayarnya dipalamkan pada soketnya yang betul. Selain itu anda mungkin perlu memeriksa ‘volume’nya untuk memastikan suisnya terbuka (on) atau tertutup (off). Sistem operasi (OS) popular seperti Win95 dan Win98 ada menyediakan kawalan volume pada bahagian taskbar desktop. Jadi, pastikan wayar pembesar suara, tidak dipasangkan pada soket lain.

CD-ROM : Fungsi pemacu CD-ROM akan terganggu sekiranya anda memasukan cakera padat (CD) secara terbalik, permukaannya bercalar atau dilekati dengan kekotoran di atas permukaannya. Kadangkala anda perlu memasangkan program untuk memainkan kandungan CD tersebut terlebih dahulu atau mengklik sebanyak dua kali pada ikonnya sebelum ia boleh berfungsi. Sekiranya CD tersebut masih gagal untuk dimainkan, sila buka pada bahagian My Computer dan klik dua kali pada ikon berlabel D (untuk pemacu CD-ROM).

Monitor: Apabila monitor anda gelap (blank) setelah komputer dihidupkan, pastikan kabel kuasa dan kabel data disambungkan dengan betul dan kemas, selain itu cuba ubahsuai bebutang kawalan pada monitor tersebut. Biasanya monitor dilengkapi dengan tombol (knob) atau bebutang (button) untuk mengawal ciri-ciri komputer tersebut seperti kontras, kecerahan dan beberapa ketetapan lain. Kadangkala paparan monitor terjejas kerana gangguan pada kad video yang digunakan - misalnya gangguan gelombang elektomagnet atau kad video itu longgar. Jadi, cuba jauhkan monitor tersebut dari punca gangguan atau kad video yang longgar diketatkan.

Cetakan : Disebabkan pencetak merupakan sebuah peranti mekanikal - terdiri daripada beberapa komponen lain yang boleh ditanggalkan - maka ia kadangkala boleh menghadapi masalah atau gangguan. Katakanlah kabel bekalan kuasa telah dibuka dan dipalamkan dengan betul, namun masalah lain tetap boleh berlaku seperti kertas tersekat (jam) di dalamnya atau dakwat/toner kehabisan. Selain itu anda mungkin perlu memeriksa ketetapan (setting) pada kekotak dialog pencetak untuk mempastikan arahan cetakan boleh dilaksanakan.



Ubah gambar jadi kartun

Labels:

IntoCartoon Pro V3.0 - Profesional Edition, merupakan software yang dikhususkan untuk mengubah gambar biasa menjadi gambar kartun. Menurut saya software ini cukup menarik di banding tools sejenis, ini biasa dilihat dari kemudahan penggunaan dan kelengkapan pengaturan pada gambar yang akan dibuat kartun, semasa tulisan ini dibuat saya menggunakan versi 3.0.lihat di http://www.intocartoon.com/index.html

New features:
A new algorithm for color reduction..
A new algorithm for sharping lines..
A fast algorithm for blur..
Added "Blur" to the Adjustments menu..
Supports Microsoft Vista..
4 langkah mudah membuat gambar biasa menjadi gambar kartun:

Pertama
Pilih Menu File -> Open -> pilih gambar yang akan dijadikan kartun
Kedua
Pilih menu Cartoon -> disini boleh dilakukan pengaturan sendiri pada Into Cartoon atau terus menggunakan menggunakan 4 cara yang telah tersedia
Ketiga
Untuk ubah pengaturan lebih lanjut boleh pilih menu Adjustments kemudian pilih salah satu pengaturan misalnya melakukan Contrast
Keempat
Save

Contoh gambar yang akan dibuat kartun:

Gambar yang di ubah ke bentuk kartun Gambar kartun mode Canvas

Software Download dibawah ini:

Download disini

Software sudah lengkap tinggal install dan pakai saja.Selamat mencuba....





Labels:

Joint kumpulan Celik Siber di facebook

http://www.facebook.com/ Search ke "celik siber"

klik untuk ke facebook admin celiksiber

kita berkongsi cerita di sana.

Untuk berkongsi maklumat di dalam blog ini bersama rakan atau kenalan anda klik di bawah.Semoga dengan adanya rangkaian perhubungan ini dapat menambahkan lagi ilmu pengetahuan yang dapat kita kongsi bersama. Terima Kasih





Labels:

Dibawah ini merupakan kumpulan tools grafik yang boleh gunakan untuk melakukan proses edit pada photo mahu pun gambar. Tentunya tools ini juga berguna dalam kegiatan blogging jika kita lebih banyak melakukan edit pada gambar. Yang jelas tools ini sangat berguna jika kita sedang blogging yang memerlukan image editting dengan cepat dengan ukuran file yang kecil tentunya. Dibawah ini kumpulan beberapa freeware image tools yang boleh digunakan:

AniMake 3.6
Animake 3.6 merupakan sebuah tool animasi yang akan membuat Anda lebih efesien untuk membuat beberapa tugas kedalam sebuah diagram untuk menjalankan sebuah file GIF animasi.
Info: http://www.animake.net/
Harga: Freeware

Autostitch 2.187
Autostitch 2.187 merupakan sebuah tool 2D image stitcher yang dapat anda gunakan untuk menyusun foto dengan kesan panorama.
Info: http://www.cs.ubc.ca/~mbrown/autostitch/autostitch.html
Harga: Freeware

36-Image Converter 3.4.2.
736-Image Converter merupakan sebuah tool editting gambar untuk format BMP, GIF, dan lebih dari 10 jenis gambar lainnya.
Info: http://www.phoenxsoftware.com/36-ic.html
Harga: Freeware

Cartoonist 1.3
Cartoonist 1.3 merupakan sebuah tool yang dapat digunakan oleh anda untuk mengubah foto atau gambar menjadi sebuah foto atau gambar kartun, dan hasilnya akan terlihat menjadi lebih humor atau lucu.
Info: http://www.vicman.net/
Harga: Freeware

CleanSkinFX 1.0
CleanSkinFX merupakan sebuah tool image yang dapat digunakan secara automatik untuk mengubah objek wajah atau kulit manusia yang ada didalam foto menjadi lebih halus.
Info: http://www.mediachance.com/digicam/cleanskin.htm
Harga: Freeware

CombineZ Movie
CombineZM merupakan sebuah program yang dapat digunakan untuk menjadikan beberapa gambar koleksi anda kedalam format yang terbaik, termasuk didalamnya still, efek 3D, movie, dan slide show.
Info: http://www.hadleyweb.pwp.blueyonder.co.uk/
Harga: Freeware

Dup Detector 3.0
Dup Detector merupakan sebuah tool yang dapat membantu anda untuk menemukan file gambar yang terduplikasi. Program ini sangat mudah digunakan dan untuk menemukan file gambar yang terduplikasi didalam media penyimpanan, aplikasi ini menggunakan metode pembacaan Image Pixel Data.
Info: http://www.keronsoft.com/dupdetector.html
Harga: Freeware

Foto-Mosaik 4.1.0
Foto-Mosaik merupakan tool yang dapat membantu anda untuk membuat gambar dengan kesan mosaik.
Info: http://www.sixdots.de/mosaik/en/index.php
Harga: Freeware

FrameFun 2.0.0.5
FrameFun merupakan sebuah aplikasi sederhana yang dapat digunakan oleh anda untuk menambahkan frame ke dalam sebuah gambar dengan format BMP, JPG, dan PNG.
Info: http://www.hochstrasser.org/wiki/pmwiki.php
Harga: Freeware

GIMP 2.2.16
GIMP merupakan sebuah GNU Image Manipulation Program. Aplikasi ini didistribusikan secara grafik untuk membantu anda mengolah file gambar atau foto.
Info: http://www.gimp.org/
Harga: Freeware

Hello 1.0
Hello merupakan sebuah tool yang dapat digunakan untuk melihat sejumlah koleksi gambar yang anda miliki.
Info: http://www.hello.com/
Harga: Freeware

ImageSorter 1.01
ImageSorter merupakan sebuah aplikasi image browsing yang dapat digunakan untuk image shorter sejumlah gambar.
Info: http://mmk.f4.fhtw-berlin.de/
Harga: Freeware

Imazer 1.5
Imazer merupakan sebuah aplikasi grafik yang sangat efektif digunakan untuk mengubah ukuran file gambar.
Info: http://www.exmont.com/
Harga: Freeware

Irfan View plug-ins 4.00
Info: http://irfanview.tuwien.ac.at/
Harga: Freeware

IrfanView 4.00
Apakah Anda mencari aplikasi viewer sekaligus editor gambar dengan kecepatan proses tinggi, berukuran kecil, dan simpel? IrfanView merupakan salah satu diantaranya. Hingga kini, IrfanView termasuk salah satu image viewer terbaik dan sudah banyak pengguna software yang menggunakanya.
Info: http://irfanview.tuwien.ac.at/
Harga: Freeware

JAlbum 7.2
JAlbum merupakan aplikasi web galeri yang dapat digunakan untuk membuat album digital dari sejumlah koleksi foto yang anda miliki.
Info: http://jalbum.net/
Harga: Freeware

Light Artist 1.5
Light Artist merupakan sebuah program yang dapat digunakan untuk menambahkan efek real pada sebuah file gambar atau foto.
Info: http://www.vicman.net/
Harga: Freeware

Mobile Photo Enhancer 1.3
Mobile Photo Enhancer merupakan sebuah tool yang dapat digunakan untuk mengoptimakan foto yang dihasilkan dari ponsel berkamera.
Info: http://www.vicman.net/
Harga: Freeware

Noiseware Community Edition Standalone 2.6
Noiseware Community Edition Standalone merupakan tool yang dapat digunakan untuk mereduksi noise pada sebuah foto dari hasil potret yang dilakukan melalui kamera digital.
Info: http://www.imagenomic.com
Harga: Freeware

Paint.NET 3.08
Tentu Anda sudah mengenal aplikasi pintar dari Microsoft ini, bukan? Paint.NET, aplikasi open source sekaligus grafik untuk edit dan memanipulasi gambar yang di reka untuk sistem operasi Windows.
Info: www.getpaint.net
Harga: Freeware

Panorado Flyer 1.2
Panorado Flyer merupakan sebuah tool sederhana yang dapat digunakan untuk mengetahui dilokasi mana sebuah foto diabadikan dengan menggunakan bantuan koordinat geografi.
Info: http://panorado.com/en/index.htm
Harga: Freeware

Photocopier 3.03
Photocopier merupakan sebuah tool yang dapat dikombinasikan dengan scanner dan dapat anda manfaatkan seperti mesin fotostat. Dengan bantuan tool ini, anda dapat melakukan proses scanner beberapa dokumen dan hasilnya terus dicetak melalui printer.
Info: http://www.nico2000.com/
Harga: Freeware

PhotoFiltre 6.2.7
PhotoFiltre merupakan sebuah program yang dapat digunakan untuk melakukan proses retouch agar foto yang dimiliki nampak lebih menarik.
Info: http://photofiltre.free.fr/frames_en.htm
Harga: Freeware

Picture-Shark 1.0
Picture-Shark merupakan sebuah tool photo watermark yang dapat digunakan untuk menambahkan kesan watermark kedalam sebuah foto atau gambar.
Info: http://www.picture-shark.de/index.htm
Harga: Freeware

Red Eye Remover Pro 1.2
Red Eye Remover merupakan sebuah program professional yang dapat membantu anda untuk memperbaiki masalah red-eye pada sebuah foto atau gambar.
Info: http://www.vicman.net
Harga: Freeware

RedField Face Control 1.20
RedField Face Control merupakan sebuah tool yang dapat membantu anda dengan mudah mengubah ekpresi wajah atau mimik muka dari sebuah gambar digital.
Info: http://www.redfieldplugins.com
Harga: Freeware

RPM Beautifier 1.0
RPM Beautifier merupakan sebuah tool yang dapat digunakan oleh anda untuk mempercantik foto atau gambar dengan mudah dan cepat.
Info: http://www.redpawmedia.com/
Harga: Freeware

Scan2PDF 1.4
Scan2PDF merupakan tool yang dapat digunakan untuk membuat file PDF melalui proses scanner.
Info: http://www.koma-code.de
Harga: Freeware

ShiftN 2.7
ShiftN merupakan tool yang dapat digunakan untuk meluruskan beberapa garis yang terdapat dalam sebuah gambar digital.
Info: http://www.shiftn.de/
Harga: Freeware

Stepok's Raw Importer 1.1
Stepok's Raw Importer merupakan sebuah tool konversi dan import file raw grafik yang sesuai digunakan oleh berbagai model kamera digital. Dengan bantuan tool ini, anda dapat melakukan proses komversi file RAW kedalam beberapa format gambar, seperti JPEG atau TIFF.
Info: http://www.stepok.net
Harga: Freeware

StripFile 1.0.1
StripFile merupakan tool yang dapat melakukan proses kompresi file GIF, JPEG, PNG, dan HTML. Dengan bantuan tool ini, semua file gambar atau foto yang ditempatkan kedalam website akan dapat dilihat atau dibuka lebih cepat.
Info: http://www.nuetools.co.uk
Harga: Freeware

The Rasterbator
The Rasterbator merupakan tool yang dapat digunakan untuk menganggar sebuah file gambar kedalam ukuran poster.
Info: http://homokaasu.org/rasterbator/
Harga: Freeware

TinyPic 3.12
TinyPic merupakan sebuah tool yang dapat digunakan untuk mengubah ukuran file gambar atau foto digital dengan mudah dan cepat.
Info: http://www.efpage.de/eTinypic.html
Harga: Freeware

TKexe Kalender
TKexe Kalender merupakan sebuah tool yang dapat digunakan untuk menambahkan kalender kedalam sebuah gambar.
Info: http://www.tkexe.de/kalender/index.htm
Harga: Freeware

U.R. Celeb 2.00
U.R. Celeb merupakan tool yang dalam waktu singkat dan mudah digunakan untuk menambahkan foto anda ke dalam sebuah cover majalah terkenal.
Info: http://urceleb.oniton.com/
Harga: Freeware

WebImageGrab 4.0
WebImageGrab merupakan sebuah 3D web image browser yang dapat anda gunakan untuk download file gambar dari google dan alltheweb.
Info: http://www.sas21.de/htmlversion/home.htm
Harga: Freeware

WinMorph 3.01
WinMorph merupakan sebuah tool yang dapat digunakan oleh anda untuk melakukan proses morphing pada sebuah file gambar atau foto digital.
Info: http://www.debugmode.com/winmorph/
Harga: Freeware


Sumber : Majalah Chip 09 2007




Iklan Khidmat Masyarakat

Download PERCUMA E-Kamus

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Anda pernah dengar e-kamus? E-kamus ialah software kamus yang tercanggih yang dilengkapi dengan 18 kamus dan disertakan sebutan dalam English UK. Mudah bukan? Hanya "double click" atau "mouse move", makna perkataan anda terjawab. Boleh digunakan untuk kesemua software berasakan text seperti Microsoft Office (Word,excel dll) , PDF Reader, Mozilla Firefox, Internet Explorer dan macam-macam lagi. Anda mahu mencubanya? Dapatkan secara PERCUMA SEKARANG!


Blog ini dapat ditampilkan dengan baik menggunakan Browser Mozilla Firefox.

Download Disini...

Spread Firefox Affiliate Button