Firefox versi Mobile
Beberapa kelebihan yang saya dapati dari blog rasmi Mozilla adalah:
* Weave sync, memudahkan anda yang sering memindahkan urusan kerja dari handphone ke desktop vice-versa tanpa kehilangan history browser anda, bookmarks, serta password.
* Add-ons, fungsi Firefox yang kini boleh dinikmati dalam versi mobile.
* Location-Aware Browsing, user boleh mendapatkan maklumat tentang lokasi dan maps, dimana pengguna berada.
* Tabbed browsing, yang membolehkan pengguna membuka tabs destop sebagai tumbnails sehingga memudahkan untuk memilih web pages apa yang ingin anda buka selanjutnya.
* Awesome Bar, yang memudahkan pengguna untuk masuk ke laman kegemaran mereka hanya dengan beberapa shortcut dan carian.
* Safe browsing dan versi mobile ini terdapat lebih daripada 30 bahasa.
Firefox mendakwa bahawa versi mobile mereka ini merupakan mobile web browser pertama yang support add-ons, bagi pengguna yang memang menjadikan salah satu fans add-ons, pengalaman seperti membuka pelayar di dekstop yang bertukar ke versi mobile akan menjadi daya tarikan tersendiri.
Personaliti juga menjadi kata kunci di versi mobile ini, selain dengan add-ons, weave sync juga membolehkan pengguna mempunyai browser mobile yang boleh dipersonalisasikan sesuai dengan keutamaan masing-masing.
Firefox menjelaskan sampai ketika ini sudah tersedia sekitar 40 Firefox add-ons yang tersedia untuk versi mobile.
Versi mobile ini masih terhad bagi pengguna handphone Nokia N900 dan belum boleh digunakan untuk mobile phone lain, Firefox menjelaskan bahawa mereka tidak bercadang untuk menyediakan versi mobile mereka untuk iPhone, Blackberry, Symbian atau pun standard mobile phone, hanya mobile phone ber basic Android sahaja yang sedang disediakan , dan sedang memasuki fasa
development dan test.
Kalau mahu cuba,
sila buka http://firefox.com/m daripada peranti mobile Nokia N900 anda.
Setakat ini baru Nokia N900 yang disokong oleh Firefox Mobile.
Jika anda pengguna Nokia N900, dan sudah mencuba versi mobile Firefox ini, anda boleh share pengalaman anda kepada rakan.
Atau anda juga boleh menilai, apakah versi mobile dari Firefox ini boleh menandingi Opera Mini dalam jangka waktu tertentu?
BlueTrack: Generasi baru dari Microsoft
Apple bukan satu-satunya syarikat IT di luar sana yang suka mengumumkan produk-produk baru mereka malah yang terbaru, syarikat IT terkemuka: Microsoft melancarkan mouse komputer generasi baru: "BlueTrack" teknologi (via Engadget) yang akan tampil dalam dua versi tetikus baru.
Satu model adalah: Microsoft Explorer Mouse dan yang lain adalah Microsoft Explorer Mini Mouse .
BlueTrack berupaya memanfaatkan teknologi wide-angle "specular optik arsitektur" untuk meningkatkan kemampuan tetikus untuk bekerja dalam keadaan heavy atau dalam keadaan permukaan yang tidak rata, seperti kayu, granit, dan karpet.
Harga Explorer Mouse dan Explorer Mini Mouse masih tidak dapat diputuskan lagi.Boleh search di internet.Disamping itu, semua gamer harus menunggu versi ini mouse BlueTrack daripada Microsoft. Mungkin juga versi IntelliMouse Explorer 3.0: BlueTrack Edition
Mungkin tidak lama lagi kita akan mengucapkan selamat tinggal pada mouse laser?
Microsoft BlueTrack Mouse lihat video di sini.
Komputer Masa Hadapan
Sejak akhir-akhir ini, banyak syarikat komputer berlumba-lumba untuk mengeluarkan komputer serta kenyataan berkaitan dengan masa hadapan dunia pengkomputeran dalam nada yang optimistik dan positif. Para saintis dan juga pakar-pakar komputer telah menyenaraikan beberapa aspek pengkomputeran yang bakal muncul nanti. Malah inisiatif untuk menghasilkan teknologi komputer terbaru telah dijalankan sejak empat atau lima tahun sebelum memasuki abad ke 21 ini oleh beberapa syarikat komputer gergasi.
Namun begitu segalanya bergantung kepada kehendak dan keupayaan pengguna untuk menyerap segala teknologi baru ini dan digunakan dengan baik. Untuk merealisasikan impian untuk mengujudkan teknologi komputer terbaik maka mereka telah menyenaraikan 10 ciri-ciri teknologi komputer termaju sebagai panduan umum. Walaupun ada di antaranya boleh dianggap agak terkehadapan tetapi ia tidak mustahil untuk dicapai dan dicipta oleh manusia.
Komputer akan mempunyai sifat kemanusiaan - Komputer dikatakan akan mempuyai sifat-sifat kemanusiaan dengan memahami arahan suara, kepenggunaan kehadiran maya (virtual presence) dan mengenal kelakuan atau emosi.
sebuah pc tablet berasaskan windows
ibm netvista berbentuk futuristik
Perisian pintar - Perisian-perisian akan menggunakan arahan suara, penggunaan bahasa semulajadi, menggunakan teknologi Neural Net. Perisian sistem pengoperasian rangkaian juga akan menjadi lebih pintar seperti Bayesian Networks yang mampu berfungsi secara sendiri. Sistem pengoperasian dan perisian rangkaian juga menjadi lebih proaktif dalam membaiki dirinya sendiri serta bijak mengimbangi beban kerja rangkaian.
Ekonomi Internet akan berkembang - Ekonomi Internet akan berkembang dengan pesat dan laman Web e-dagang akan menjadi satu agenda utama pada alaf baru. Dengan seramai 180 juta pengguna Internet seluruh, jumlah yang bakal dibelanjakan dalam Internet adalah sebanyak AS$41 bilion menjelang 2003.
Komputer generasi baru - Komputer akan menggunakan paparan Super XGA (1,280-by-1,024) untuk penghasilan monitor. Manakala paparan Roentgen iaitu sebuah paparan 16.3-inci dengan resolusi 2,560 x 2,048 dan paparan yang luas serta besar. Penggunaan LCD juga semakin maju dan mampu mencapai paparan XGA dengan luas paparan sehingga 29 inci.
Ramalan pemproses - Menjelang tahun 2011, mikroproses akan menggunakan satu bilion transistor dan beroperasi pada kelajuan 10GHz serta menggunakan proses teknologi semikonduktor 0.07-mikron yang mampu melakukan kiraan 100 bilion operasi sesaat. Senibina pemproses PC juga akan ditingkatkan daripada 32 bit kepada 64 bit bagi meningkatkan tahap pemprosesan untuk PC.
Hiburan maya - Lebih banyak watak digital realistik dapat dihasilkan. Teknologi 3D dan aliran SIMD Extensions (SSE) akan dipermajukan. Ruangan Chat akan muncul dalam bentuk 3D chat dan dalam pembikinan permainan pula DirectX 8.0 akan dihasilkan. Latarbelakang studio atau pentas juga akan menggunakan paparan maya bagi memberikan paparan yang menarik.
Laptop Mini Dari Nokia
Baru dari LG Arena KM900
LG Mobile Phone dengan 3 "WVGA Screen, 5 MP Camera, Dolby ® Mobile Music, 8 GB memori
Teknologi ICT makin berkembang tidak ketinggalan juga dalam teknologi talifon bimbit. Yang terbaru dari LG handphone bernama Arena dengan skrin sesentuh sepenuhnya. 3" layar sesentuhnya menjanjikan kualiti gambar dan video DivX yang cantik. Juga pemain muzik dengan sistem Dolby Mobile. Mengambil gambar resolusi tinggi dengan kamera digital 5 MP, Browsing Internet, Merancang perjalanan dengan GPS semuanya hanya di hujung jari.
Cukup teruja bila dapat cuba hanphone nih... canggih beb siap boleh sambung kat Tv lagi untuk main video atau gambar hak yang ada dalam memory handphone tu (maklumlah memory 8GB)
Nape tak percaye?
PDF FILE
Spesifikasi
Download PERCUMA E-Kamus









