Dapatkan artikel terbaru dari Celiksiber dengan percuma.Masukkan alamat email anda:

Delivered by FeedBurner

free logo design

Letakkan kod html di bawah ini di website atau blog anda

Menukar Teks Pada Jam Di Taskbar

Labels: ,

Bagi yang hobinya mengkotak-katik kan komputer memang satu "pekerjaan" yang menyeronokkan dan kadangkala boleh menjadi ketagihan. Kesempatan kali ini, Celiksiber akan menyajikan cara mengubah teks di belakang jam yang ada pada desktop anda. Jika mahu anda boleh menuliskan nama anda sendiri atau mungkin nama orang yang kita sayangi. 

Sila ikuti tips berikut:
 
Sebenarnya cara ini hanya mengubah penanda masa "am" atau "pm" yang mengikut penunjuk waktu dengan teks yang kita inginkan. Namun untuk memaparkan penanda waktu tersebut (am / pm), kita harus mengubah setting jam dari system 24 jam menjadi 12 jam. Untuk mengubahnya, kita menggunakan menu Regional Setting and Language yang ada di menu Control Panel.

Langkah-langkahnya seperti berikut.

Pertama, klik Control Panel>> Regional Setting and Language hingga akan muncul "Regional Setting and Language Options", seperti screenshot di bawah ini. 

  
Kedua, pada tab "Regional Options", pilih Standard and formats menjadi "English (United States)" kemudian pada lokasi pilih "Malaysia" kemudian tekan button "Apply".
 
Ketiga, kemudian masih pada tetingkap tersebut, klik Customize, hingga muncul Customize Regional Options, kemudian pilih tab "time", seperti di bawah ini. 


Keempat, kemudian pada Am Symbol dan PM Symbol, tukar tulisan AM dan PM dengan teks atau nama yang kita inginkan.

Kelima, kemudian klik OK.

Keenam, pastikan teks atau nama yang kita inginkan sudah muncul di belakang jam yang berada di systray, seperti di bawah ini. 



Selamat mencuba.

Photobucket



Cara Menambah Memori Dalam Keadaan Terdesak

Labels:


Cara Menambahkan Memori jika dalam keadaan darurat. Kita sering bekerja sambil mendengar muzik atau adakalanya sambil menjalankan aplikasi lain dengan tujuan untuk menjimatkan masa. Menjalankan aplikasi secara bersamaan dapat menyebabkan komputer menjadi "kehabisan" memori. Kita sering mendapati komputer mengalami apa yang disebut dengan "low memory" di mana kapasiti memori yang berbaki tinggal sedikit.

Menambah RAM (Memori) kadang-kadang bukanlah penyelesaian yang bijak kerana selain perlu kemaskini dan simpan hardware juga terpaksa mengeluarkan kos untuk membeli RAM tersebut. 

Ada cara kecemasan lain yang boleh kita lakukan iaitu dengan cara membuat Virtual Memory, teknik di mana system operasi akan memperuntukkan sebahagian isi harddisk untuk menjadi memori tambahan pada computer. Lokasi sebahagian isi harddisk tersebut dinamakan Paging File. 

Berikut langkah-langkah untuk membuat Virtual Memori pada computer.
Pertama, klik Start>> Control Panel>> System hingga akan muncul "System Properties".
Kedua, klik tab "Advance" kemudian pada kotak "performance", klik setting hingga muncul "Perfomance Options".
Ketiga, pada "Perfomance options", pilih tab "Advance", seperti screenshot di bawah ini.


Keempat, kemudian pada kotak "Virtual Memory", klik "Change", kemudian akan muncul senarai harddisk pada computer kita, seperti screenshot di bawah ini.



Kelima, kemudian pilih salah satu drive anda tempat Virtual Memory yang akan kita buat. Pilihlah drive yang berbeza dengan lokasi drive system. Kemudian klik pada "Custom Size".
 
Keenam, isikan nilai pada Initial size dan pada Maximum size dalam MB. Sebagai pedoman, untuk nilai Initial size, kapasiti RAM dikali 1,5. Sedangkan untuk nilai Maximum size, kapasiti RAM didarab 3.
Sebagai contoh, misalkan kapasiti RAM kita adalah 512 MB, maka nilai pada Initial sizenya adalah 756 MB, untuk maximum sizenya adalah 1512 MB.

Ketujuh, pastikan masih ada free space pada harddisk untuk menampung virtual memory yang kita buat tersebut.

Kelapan, kemudian klik OK kemudian OK dan OK lagi.

Kesembilan, selesai dan kemudian pastikan performance computer kita menjadi lebih baik atau cepat berbanding sebelumnya.

Kesepuluh, selamat mencuba!!


Photobucket



Iklan Khidmat Masyarakat

Download PERCUMA E-Kamus

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Anda pernah dengar e-kamus? E-kamus ialah software kamus yang tercanggih yang dilengkapi dengan 18 kamus dan disertakan sebutan dalam English UK. Mudah bukan? Hanya "double click" atau "mouse move", makna perkataan anda terjawab. Boleh digunakan untuk kesemua software berasakan text seperti Microsoft Office (Word,excel dll) , PDF Reader, Mozilla Firefox, Internet Explorer dan macam-macam lagi. Anda mahu mencubanya? Dapatkan secara PERCUMA SEKARANG!


Blog ini dapat ditampilkan dengan baik menggunakan Browser Mozilla Firefox.

Download Disini...

Spread Firefox Affiliate Button