Dapatkan artikel terbaru dari Celiksiber dengan percuma.Masukkan alamat email anda:

Delivered by FeedBurner

free logo design

Letakkan kod html di bawah ini di website atau blog anda

Nokia Maps (GPS)

Labels: , ,


Untuk pengguna phone Nokia kini dapat melihat dunia dalam cara baru dengan Nokia Maps. Download peta dengan lebih dari 200 negara, dan jutaan tempat menarik untuk diketahui.

Mencari lokasi.
Anda dapat menemukan tujuan anda dan dapat memperoleh perspektif yang berbeza dengan satelit, hybrid, dan peta jalan.Anda dapat meningkatkan kunjungan Anda dengan panduan kota multimedia.

Pemanduan.
Mendapatkan pandangan yang jelas arah jalan.Dengan navigasi turn-by-turn visual dan panduan suara,ditambah dengan masa sebenar lalu lintas untuk membantu anda tiba tepat waktu.






Apa ada pada monitor?

Labels: , ,


APABILA menyentuh mengenai dunia komputer peribadi (PC) pengguna, kita sering kali mengaitkannya dengan unit pemprosesan komputer (CPU), sistem operasi atau jenis pemprosesannya yang memberi nyawa ketika kita menghidupkan komputer.

APABILA menyentuh mengenai dunia komputer peribadi (PC) pengguna, kita sering kali mengaitkannya dengan unit pemprosesan komputer (CPU), sistem operasi atau jenis pemprosesannya yang memberi nyawa ketika menghidupkan komputer.

Ibarat aur dengan tebing, komputer tidak lengkap tanpa paparan monitor yang memainkan peranan penting menjelaskan imej yang ditafsir daripada kod nombor dibaca CPU menjadikan gambar terpampang pada skrin.

Membeli monitor bukan seperti membeli pemacu USB di kedai kerana ia memerlukan pemerhatian daripada pelbagai aspek yang menjurus kepada kualiti imej dibantu pemasangan kad grafik terbaik.

Kalau pengguna berjalan di gedung komputer di Plaza Low Yat, kita akan mendapati situasi apabila orang ramai tidak menitikberatkan pembelian monitor bertenaga tapi sebaliknya lebih risau kalau kekotak CPU tidak cantik.

Memang tidak salah berfikiran demikian dan terpulang kepada individu menilai keperluan semasa namun tidak harus meminggirkan 'kuasa' yang ada pada monitor.

Menurut bahasa komputer, monitor terletak di bawah kategori unit paparan visual yang berupaya memaparkan visual dijana pemprosesan grafik menerusi kad grafik.

Boleh dikatakan, peranti memaparkan imej terbabit mempunyai dua jenis spesies pada masa kini termasuk tiub sinar katod (CRT) dan pemapar cecair kristal (LCD) yang berlegar di pasaran.

Selain itu, dunia perkomputeran turut mengklasfikasikan monitor kepada empat jenis iaitu monokrom, warna, segerak berbilang dan paparan kecerahan elektro (ELD).

Mutu monitor tergantung kepada beberapa faktor terutama bilangan piksel yang dipaparkan oleh skrinnya kerana lebih banyak pikselnya, lebih tajam teks dan grafik yang dicetuskan.

Pada awalnya semua monitor tergolong dari jenis CRT sama seperti yang dilihat menerusi tiub televisyen namun kini populariti monitor jenis LCD kian mendapat perhatian dan bakal menggantikan CRT secara perlahan-lahan.

Semestinya monitor LCD lebih mencuri perhatian apatah lagi ia mampu ditempatkan pada ruang yang terhad, lebih ringan serta menjimatkan bil elektrik berbanding monitor terdahulu.

Paparan PC terawal menggunakan monitor monokrom digunakan untuk memproses imej perkataan saja yang digunakan sistem perkomputeran terdahulu pada 1970-an sebelum IBM memperkenalkan sistem lain pada 1981.

Sistem paparan Penyesuai Grafik Warna (CGA) pada tahun itu berjaya memperkenalkan empat warna dengan meleraikan piksel kepada 320 secara mendatar dan 200 menegak (320 x 200).

Teknik peleraian CGA sudah cukup untuk kegunaan permainan komputer mudah seperti permainan 'solitaire' namun ia tidak mampu memproses perkataan, aplikasi dan penggunaan grafik mudah.

Pada tahun 1984, IBM memperkenalkan sistem paparan Penyesuai Grafik Tertingkat (EGA) yang dapat memberikan sehingga 16 warna berlainan dan peleraian sehingga 640 x 350.

Secara tidak langsung, ia memperbaiki kualiti berbanding paparan lebih awal selain memungkinkan pembacaan teks yang lebih mudah.

Sungguhpun begitu, EGA tidak memberikan peleraian imej mencukupi untuk kegunaan bertahap tinggi seperti reka bentuk grafik.

Yang menariknya, mod EGA masih boleh didapati untuk pemprosesan lama dan PC pada kediaman lama.

Sementara itu, pada tahun 1987, IBM memperkenalkan sistem paparan Susunan Grafik Video (VGA).

Sistem terbabit masih digunakan sehingga sekarang dan dijadikan piawaian minimum yang dapat diterima untuk PC dengan peleraian maksimum bergantung kepada bilangan warna dipaparkan.

Pengguna boleh memilih antara enam belas warna pada 640 x 480, ataupun 256 warna pada 320 x 200.

Menjelang tahun 1990, sekali lagi IBM melangkah untuk mengumumkan sistem paparan Susunan Grafik Terluas (XGA) sebelum mengetengahkan versi berikutnya, iaitu XGS-2 yang memberikan peleraian 800 x 600 piksel dalam warna yang benar (16 juta warna).

Ia juga mampu membuat peleraian 1024 x 768 dalam 65,536 warna.

Kedua-dua tahap peleraian imej ini terus mendapat permintaan hebat di pasaran pada hari ini.

Persatuan Piawaian Elektronik Video (VESA) pula mengasaskan antaramuka pengaturcaraan piawaian untuk paparan Susunan Grafik Video Super (SVGA) yang digelarkan Sambungan BIOS VESA ("VESA BIOS Extension").

Lazimnya, paparan SVGA dapat mendukung palet sehingga 16 juta warna bergantung kepada jumlah memori video tersedia dalam sesuatu komputer yang akan mengehadkan bilangan warna dapat dipaparkan.

Spesifikasi peleraian imej berbeza-beza. Pada umumnya, lebih besar skrin Monitor SVGA, lebih banyak piksel dapat dipaparkan secara datar dan tegak.

Zaman moden turut melampiaskan 'peluhnya' kepada monitor ala baru menerusi Susunan Grafik Terluas Super (SXGA) dan Susunan Grafik Terluas Ultra (UXGA).

Kebiasaannya, istilah SXGA digunakan untuk merujuk kepada skrin yang mempunyai peleraian 1280 x 1024 manakala UXGA membawa pengertian kepada peleraian 1600 x 1200.

Manakala dua teknologi yang diperkenalkan pada monitor baru termasuk paparan berteknologi plasma dan diod sinar organik (OLED) yang mampu memberi keunggulan visual kepada pengguna.

Prestasi monitor banyak bergantung kepada faktor seperti:

1. Luminan

Ia diukur berdasarkan kandela setiap meter persegi yang mempamerkan kekuatan cahaya monitor.

2. Saiz skrin

Walaupun secara teorinya, saiz 10 inci cukup untuk memberi penglihatan kepada pengguna namun monitor turut menawarkan saiz sehingga 42 inci.

3. Nisbah Aspek

Beberapa nisbah aspek kini ditawarkan seperti 4:3 sehingga teknologi terkini iaitu 16:9 bergantung kepada jenis monitor.

4. Resolusi

Antara aspek penting termasuk resolusi paparan memberi makna jumlah piksel setiap dimensi yang boleh disiarkan.

5. 'Dot Pitch'

Ia adalah jarak antara piksel untuk warna sama dalam millimeter. Secara umumnya, lebih kecil jumlah dot pitch, lebih jelas imej dipaparkan.

6. Kadar 'Refresh'

Jumlah nombor dalam sesaat yang membuatkan paparan menjadi terang.

7. Masa tindak balas

Jumlah piksel dalam monitor yang berubah dengan pantas. Ia diukur berdasarkan millimeter. Lebih sedikit nombornya, lebih pantas nombor itu, lebih laju pergerakan imej dibawa.

8. Nisbah Kontras

Keseimbangan kecerahan antara putih dan hitam yang mampu dihasilkan monitor.

9. Penggunaan tenaga

Diukur berdasarkan 'watt'

10. Sudut pandangan

Ia memaparkan sudut pandangan paling jauh yang boleh dilihat berdasarkan darjah.

Acer antara pengeluar monitor paling unggul dengan puluhan produk yang menawarkan keunggulan rekaan dan teknologi malah ia turut memperkenalkan produk terbarunya iaitu Acer H235H dilengkapi beberapa teknologi.

Antaranya, teknologi Pengurusan e-Color yang menyesuaikan mod visual mengikut kehendak pengguna dengan nisbah kontras dinamik 100,000:1.

Kini, monitor menuju perubahan dunia digital apabila turut mengalami evolusi definisi tinggi apabila mula menyokong format HDMI yang dijangka digunapakai dalam lima tahun mendatang.

Harga monitor bagi monitor LCD mungkin bermula RM400 hingga RM2,000 manakala harga bagi HDMI masih tinggi namun demi kepuasan visual terbaik, pengguna perlu memilih produk berkualiti tinggi yang menjamin tahap inovasi canggih.

Walaupun memilih monitor tidak sesukar membuat penilaian terhadap produk dalaman CPU, pengguna masih perlu berhati-hati dalam memastikan pelaburan jangka panjang mampu membawa keuntungan.

Setakat ini, pengguna menyaksikan rekaan monitor berbentuk empat segi tepat namun tidak mustahil pada masa depan, ia boleh dipelbagaikan mengikut selera mata serta keperluan pengguna.

Selain itu, monitor kini berjaya dievolusikan agar ia mampu disentuh seperti dilihat melalui kajian Microsoft menjadikannya lebih dekat dengan naluri manusia yang menggantikan papan kekunci sedia ada.

Kita menunggu evolusi skrin sesentuh pada monitor mampu menghilangkan papan kekunci konvensional pada masa akan datang dan menggantikannya kepada papan kekunci maya yang lebih baik serta menjimatkan ruang.




SimplePassword: Cara mudah membuat dan mengingati password

Labels:



Apa saja yang berhubungan dengan password sudah tentu sesuatu yang sangat peribadi dan rahsia. saya pasti anda sudah menggunakan kombinasi terhebat untuk menentukan password.

Kadang-kadang terlalu hebatnya password boleh membuat kita sendiri kadang lupa untuk mengingatnya.

Tiada masalah bila kita hanya menggunakan satu password untuk banyak pekara terutama dalam mengekses komputer/internet kita, lain cerita pulak kalau setiap satunya menggunakan password tersendiri susah juga nak ingat kesemuanya.

Simplepassword merupakan salah satu perkhidmatan yang memudahkan kita sekaligus dalam mengingati password.

Kemudahan Simplepassword ini bagi saya unik dan bagus dimana kita hanya perlu mengingat satu Master password saja. Kemudian dari satu master password ini kita dapat menghasilkan password lain yang berbeza untuk setiap akses.

Sebagai contoh kita menyimpan password berbeza untuk gmail.com, facebook.com dan yahoo.com disini yang kita perlukan hanya nama dan satu master password saja.

Selanjutnya biarkan simplepassword yang mengingati password kita.

Saya tidak begitu jelas juga seberapa selamat kombinasi password dan mode enkripsi yang dibuat dengan perkhidmatan ini, jika masih ragu sila layari passwordmeter.com





InstantRankmeter menganalisa status blog/web anda

Labels:

Mengapa anda harus membayar untuk layanan yang sama jika anda boleh mendapatkannya secara percuma?


Atas sebab diatas lah telah membuatkan saya tertarik mencuba tools SEO dari InstantRankMeter, tau sendirikan tools SEO yang harganya sudah pasti menggoncang saku tambahan pula situasi sekarang dengan keadaan ekonomi yang tak menentu.

Dengan Instant Rank meter akan membuatkan kita untuk analisa blog/web anda jadi semakin mudah, dimana ianya akan memberikan gambaran umum mengenai data statistik yang lengkap dan bagaimana situasi blog anda didalam search engine Google atau Yahoo!.

Untuk melihat hasil analisa data tersebut disini.

Cara menggunakan perisian ini juga tidak sukar, yang perlu di lakukan adalah dengan klik alamat blog/web, dan anda tidak akan hanya menerima laporan berupa statistik website anda, tetapi juga pada dua laporan dari pesaing blog/web anda.

Selamat Mencuba




Cara untuk mengabaikan peringatan HD Low Memory?

Labels:

Kebiasaannya windows akan menampilkan pesanan peringatan bila anda menjalankan banyak program melibatkan penggunaan RAM pada komputer anda.
Anda dapat mengabaikan masalah ini dengan meningkatkan size sistem file juga disebut sebagai penentu tahap memori.
Untuk meningkatkan sistem file :

Control Panel > System > Advanced > Klik setting > Advanced >
Ubah Di sini di bawah Drive (volume label), Anda memiliki pilihan untuk memilih salah satu dari hard disk drive, tapi pilihan terbaik adalah, pilih drive selain drive C.
Tetapkan dua ukuran iaitu minima & maksima anda mengikut tahap memori sebenar. Disini minima ukuran 700 MB dan ukuran maksima hingga 1000MB;
Anda dapat mengubah ukuran sesuai dengan ruang kosong pada hard drive anda.




AVG Antivirus (Free Download)

Labels:

Anti virus ini menawarkan perlindungan rock-solid . AVG Free bare menyediakan apa yang diperlukan, termasuk real-time perisai untuk mencegah infeksi, anti-virus dan anti-malware dalam satu, dan sebuah link scanner untuk Web.


Kebiasaanya, aplikasi diatur untuk mencari definisi virus baru setiap hari, namun anda dapat mengubah settingnya sendiri.

AVG akan membuat scan disk untuk melindungi komputer anda dalam mode MS-DOS.

Download disini




Shock 4Way 3D 1.21

Labels:

Untuk memudahkan pengguna notebook berskrin kecil, shock 4way memberikan 4 bentuk layar. Shock 4Way adalah mudah untuk digunakan. Desktop managernya akan memberikan 4 layar sekaligus berbentuk 3D.

Download disini



Labels:


Dengan menggunakan Kaspersky Internet Security 8.0 surfing internet anda akan merasa lebih aman dan tidak merasa takut akan virus-virus atau spyware dan adware.. berikut keterangan mengenai KIS 8.0

Product Highlights

* Integrated protection from all Internet threats
* Integrated antivirus protection: 1) Hourly automated database updates, 2) Preliminary behavior analysis, 3) On-going behavior analysis. New!
* Real-time scanning for email, Internet traffic and files
* Personal firewall with an IDS / IPS system. Improved!
* Protection from leaks of confidential data. New!
* Parental Control. New!
* Protection from spam and phishing
* Automatic database updates

Additional Features

* Protection from viruses, Trojans and worms
* Protection from spyware and adware
* Protection from all types of keyloggers. Improved!
* Detection of all types of rootkits. Improved!
* Protection from viruses when using ICQ and other IM clients
* Rollback of malicious changes on your PC
* Self-defense of the antivirus program from being disabled or stopped
* Tools for creating a Rescue Disk
* Free technical support
Copy url dibawah ini dan paste di url mesin pencari anda

http://rapidshare.com/files/121724115/Kaspersky_Anti-Virus___Internet_Security_2009_8.0.0.357.rar




Downlaod Kaspersky Internet Security 2009 with crack (Freeware)

Labels:


Dengan menggunakan Kaspersky Internet Security 8.0 surfing internet anda akan merasa lebih selamat dan tidak merasa takut akan virus-virus atau spyware dan adware.. berikut keterangan mengenai KIS 8.0

Product Highlights

* Integrated protection from all Internet threats
* Integrated antivirus protection: 1) Hourly automated database updates, 2) Preliminary behavior analysis, 3) On-going behavior analysis. New!
* Real-time scanning for email, Internet traffic and files
* Personal firewall with an IDS / IPS system. Improved!
* Protection from leaks of confidential data. New!
* Parental Control. New!
* Protection from spam and phishing
* Automatic database updates

Additional Features

* Protection from viruses, Trojans and worms
* Protection from spyware and adware
* Protection from all types of keyloggers. Improved!
* Detection of all types of rootkits. Improved!
* Protection from viruses when using ICQ and other IM clients
* Rollback of malicious changes on your PC
* Self-defense of the antivirus program from being disabled or stopped
* Tools for creating a Rescue Disk
* Free technical support
 

Copy url dibawah ini dan paste di url di  search engine anda
http://rapidshare.com/files/121724115/Kaspersky_Anti-Virus___Internet_Security_2009_8.0.0.357.rar







Virus telefon bimbit

Labels: ,


SATU ketika dulu jika memiliki sebuah telefon bimbit sudah dianggap gah walaupun ia bersaiz besar dan berat kerana peranti berkenaan mahal untuk dimiliki.

Apabila teknologi semakin berkembang, telefon bimbit membanjiri pasaran umpama cendawan yang tumbuh melata, malah ia ditampilkan dengan pelbagai bentuk, aplikasi, saiz, berat dan warna yang bersesuaian dengan kemajuan industri teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).

Pastinya ramai yang tersenyum dengan perubahan alat telekomunikasi hari ini yang dipelopori organisasi terkemuka dalam perindustrian seperti Sony Ericsson yang bermula pada 2001 apabila mengeluarkan telefon pintarnya yang pertama melalui siri P, jenama Nokia menerusi siri N, diikuti pelbagai jenama lain lagi termasuk HTC dan yang terbaru iPhone.

Ledakan teknologi memberi kesan positif kepada masyarakat kerana perkembangan itu bertindak sebagai pemacu ke arah kemunculan teknologi telefon bimbit yang semakin memenuhi pasaran negara, namun senario berkenaan turut dikaitkan dengan kehadiran virus dan penggodam atau penceroboh komputer.

Ia wujud dengan sifatnya yang menyerang ribuan komputer menerusi penyebaran pelbagai jenis virus yang mampu mendatangkan kerosakan kepada sistem pemproses komputer.

Kini telefon pintar menjadi tarikan penggodam yang sama ada sengaja menyebarkan virus atau cuba mencuri maklumat di telefon dan mensasarkan ruang telekomunikasi untuk menyebarkan kerosakan dari satu telefon ke satu yang lain.

Virus pertama yang dikesan dikenali sebagai SymbOS Cabir dari Czech Republic dan Slovakia pada 2004.

Cabir dihantar ke syarikat perisian keselamatan Kaspersky Lab di Rusia dan dianggap sebagai 'bukti' bahawa virus boleh ditulis dan disebarkan menerusi telefon bimbit.

Ia dibina untuk telefon bimbit yang menggunakan aplikasi Symbian Series 60 dan bertindak menerusi Bluetooth (dalam lingkungan 30 meter) dengan menghantar dirinya sendiri yang menyamar sebagai fail keselamatan.

Selepas penerima memasang fail terbabit, perkataan 'Caribe' akan terpamer di telefon bimbit.

Sekiranya telefon yang dijangkiti itu aktif, Cabir akan melancarkan dirinya sendiri dan mengimbas frekuensi untuk menghantar dirinya ke telefon bimbit yang lain. Proses imbasan ini yang melemahkan tenaga bateri telefon yang dijangkiti.

Selain Bluetooth, telefon bimbit turut dijangkiti menerusi inframerah, penukaran kad memori, SMS, MMS, GPRS dan pindah turun menerusi 'over-the-air-programming' (OTA) iaitu cara terbaru memindah turun perisian ke telefon bimbit.

Hampir 400 virus telefon bimbit dikesan dan dijangkakan meningkat dengan kedatangan teknologi telefon pintar.

Masyarakat hari ini berlumba-lumba ingin memiliki telefon pintar kerana dibekalkan dengan pelbagai alternatif untuk berhubung seperti WiFi, Bluetooth, port USB, CD/DVD dan slot memori kad 'flash' bagi memudahkan pemindahan data yang pelbagai.

Pengarah Teknikal Kaspersky Lab APAC, Nathan Wang, berkata pengguna harus berhati-hati jika ingin muat turun atau naik pelbagai data seperti klip video, gambar dan nada dering kerana cara penyebaran dan jangkitan virus ini adalah sama seperti melalui komputer.

"Pada 2005, virus pertama yang menyerang menerusi Mobile Messaging System (MMS) dikenali sebagai CommWarrior menerusi aplikasi Symbian Series 60. Podloso pula dikesan sebagai virus pertama yang menyerang iPod pada 2007.

"Statistik 2007 menunjukkan virus telefon bimbit berkembang pantas hingga 110,000 telefon bimbit dijangkiti virus. Manakala trojan Viver menjangkiti hampir 500 telefon bimbit dalam sehari.

"Berdasarkan penyedia perkhidmatan Vimpelcom, Kaspersky Mobile Security berjaya menghentikan hampir 1000 MMS yang dijangkiti dalam sehari," katanya.

Menurut Nathan, pengguna mempunyai banyak maklumat peribadi di dalam telefon berbanding e-mel maka tidak menghairankan jika penularan virus merebak lebih banyak di kalangan pengguna telefon bimbit berteknologi pintar yang mempunyai aplikasi terbaru menyerupai komputer peribadi.

"Pengguna telefon bimbit suka menyimpan pelbagai data penting menerusi Short Messaging System (SMS) atau MMS seperti maklumat akaun bank dan butiran peribadi kerana mudah untuk dirujuk jika terlupa.

"Ia menjadi tarikan penggodam untuk memasuki telefon pengguna seterusnya menggunakan data terbabit untuk kepentingan sendiri.

"Laporan daripada media turut mempengaruhi pemikiran pengguna yang beranggapan virus hanya menyerang komputer dan tiada penekanan mengenai kecurian data telefon bimbit.

"Berita mengenai serangan virus di telefon bimbit agak kurang diperkatakan. Justeru, ia perlu ditekankan agar pengguna sentiasa berhati-hati dengan serangan virus yang tiada kesudahan," katanya.

Atas dasar ini Kaspersky memperkenalkan Kaspersky Mobile Security 8.0 (KMS) sebagai langkah keselamatan bagi semua telefon bimbit yang bertindak melindungi ancaman virus yang mampu mencuri dan memadam maklumat, menyalin senarai nombor telefon, membeku serta memusnahkan fungsi telefon.

Program yang mesra pengguna ini menawarkan perlindungan masa nyata bagi melindungi telefon bimbit daripada semua sumber iaitu MMS, SMS, Bluetooth, kad memori flash, data sync dan Wi-Fi.

Seperti mana jangkitan di komputer, pengguna diberi pilihan untuk membiarkan, kuarantin atau membuang fail yang dijangkiti.

Kad memori dan memori dalaman akan diimbas untuk dilindungi daripada sebarang virus.

Sementara untuk menghentikan spam, pengguna perlu menentukan sumber yang diperoleh sama ada mahu menerimanya atau tidak.

Sekiranya pengguna pernah menerima panggilan daripada nombor yang tidak dikenali atau mendapat spam, bolehlah menempatkan nombor terbabit di kalangan senarai hitam.

Menurut Nathan, selain bertindak sebagai antivirus Kaspersky merupakan satu-satunya perisian keselamatan yang turut menawarkan perlindungan antikecurian.

Sama ada telefon bimbit hilang secara tidak sengaja atau ia dicuri, pastinya pemilik telefon berhadapan dengan risiko kerana maklumatnya kini terdedah.

"Tiga pertahanan untuk antikecurian telefon membabitkan SMS Block, SMS Clean dan Subscriber Identity Module Watch (SIM Watch).

"Sekiranya telefon didapati hilang, pemilik telefon boleh menghantar SMS tersembunyi yang memberi arahan kepada telefonnya untuk menghalang data daripada diakses ataupun terus menyingkirkan data daripada memori dalaman dan kad memori," katanya.

SIM Watch berperanan dengan menghantar isyarat ke nombor telefon baru apabila pencuri menukarkan kad sim asal dengan yang baru di telefon bimbit yang dicuri. Secara automatik, telefon terbabit akan menghantar nombor telefon baru kepada pemiliknya tanpa pengetahuan si pencuri.

SMS Find pula membolehkan pemilik asal mengesan lokasi telefon bimbitnya melalui SMS yang diterima yang menggunakan aplikasi Global Positioning System (GPS).

Selepas menghantar SMS ke telefon bimbit yang hilang, pemilik akan disambungkan ke peta Google dengan koordinat yang tepat.

Menarik dan berbaloi dengan adanya antikecurian yang disediakan dalam KMS.

Ini bermakna pengguna dan pencuri akan saling berhati-hati sama ada untuk menjaga telefon bimbit atau jika berniat mencuri telefon bimbit kerana pastinya berhadapan dengan hukuman dan undang-undang.

KMS sememangnya direka memenuhi platform telefon bimbit dan secara praktikalnya amat sesuai untuk kedua-dua jenis sistem pemproses, Symbian dan Windows Mobile. Interaksinya amat mudah untuk digunakan, tidak memerlukan ruang penyimpanan yang besar, malahan tidak mengganggu bateri telefon bimbit.

Sama seperti mengendalikan jadual mengimbas virus di komputer, pengguna mudah mengendalikan jadual imbasan mengikut masanya sendiri ataupun secara automatik.

Imbasan ini meliputi semua objek, direktori, sektor dan keseluruhan cakera dan mempunyai pilihan untuk membuang atau kuarantin virus terbabit.

Manakala, hasil tindakan dan imbasan akan disimpan dan dilaporkan dalam log aktiviti.

Pengguna juga digalakkan untuk mengemaskini pangkalan data antivirus termasuk menerusi penyelarasan dengan komputer bagi membolehkan ia mengemaskini program dan bertindak ke atas virus dengan berkesan.

Komponen terbaru seperti 'parental control' membolehkan ibu bapa mengehadkan mesej terima dan hantar di telefon bimbit anak-anak bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini. Ibu bapa juga boleh menggunakan SMS Find untuk mengetahui lokasi anak mereka.

Kita tidak mampu mempertikaikan kebolehan antispam yang dibekalkan menerusi KMS 8.0 ini.

Sistem saringan spam mampu menghalang mesej dan panggilan telefon yang tidak dikenal pasti, malah menyelamatkan pengguna daripada penipuan iklan.

Versi ini membolehkan pengguna membuat penyaringan panggilan dan mesej menerusi mod senarai putih (menerima panggilan dan mesej daripada nombor sedia ada) dan senarai hitam (menerima panggilan dan mesej daripada nombor yang tiada dalam senarai putih).

Fungsi firewall turut dikemas kini antara langkah keselamatan untuk mengelakkan serangan penggodam dan cecacing mobil yang merebak menerusi penyambungan Bluetooth dan Wi-Fi.

Lambakan telefon bimbit pintar bakal menjadi perhatian pengguna hari ini namun kawalan keselamatan dalam telefon yang harus diberi perhatian bagi mengelakkan sebarang kecurian dan kerugian. Tidak salah jika kita berhati-hati sekarang daripada menyesal di kemudian hari.





Perkhidmatan jalur lebar tanpa wayar DiGi

Labels:

Kelajuan capaian dijamin

HARGA: RM58, RM108, RM188 sebulan

PENYEDIA: DiGi Telecommunications Sdn Bhd

PERTANYAAN: DiGi Telecommunications Sdn Bhd

TELEFON: 1 800 68 3333

LAMAN WEB: www.digi.com.my

DIJAMIN dengan kelajuan pindah turun pada kadar minimum 700 kilobit sesaat (kbps), manakala pindah naik kadar minimumnya ialah 200kbps, ia sudah cukup memuaskan dan semuanya mudah dilakukan menerusi Internet di atas talian jalur lebar tanpa wayar.

Itulah yang ditawarkan oleh DiGi Telecommunications Sdn Bhd (DiGi) sebagai penyedia perkhidmatan telekomunikasi tanpa wayar yang baru memasuki arena rangkaian 3G/HSPA dengan rangkaian berkelajuan sebenar sehingga 14.4 Megabit sesaat (Mbps).

Tidak termasuk modem, tiga pelan disediakan iaitu Discover ditawarkan dengan yuran RM58 sebulan bagi jumlah penggunaan tiga Gigabit (GB); Explore RM108 sebulan dengan penggunaan 10GB; manakala Extreme RM188 sebulan untuk penggunaan 20GB. (Ketiga-tiga pelan ini kini dalam tempoh promosi dengan modem percuma).

Kesemua pelan juga memerlukan anda membayar pendahuluan satu bulan yuran bulanan yang kemudiannya ditolak pada bil pertama.

Tempoh sebulan lebih diberi peluang untuk menguji pakai perkhidmatan ini ia boleh dikategorikan sebagai amat memuaskan.

Penguji diberi pelan Extreme berserta modem dengan kelajuan pindah turun sehingga 7.2Mbps. Modem dari jenis USB mudah dikendalikan serta dibawa ke mana saja.

Pertama kali dipasang, ia akan memasang perisian pemacu terlebih dulu secara automatik, dan tidak sampai tiga minit sudah siap lalu terbitlah satu ikon baru dengan logo DiGi di atas paparan desktop anda.

Untuk memulakannya, klik pada ikon itu satu tetingkap pengurusan akan dipaparkan, lalu klik 'connect'. Apabila sudah bersambung, ia akan terus ke laman web rasmi (www.myinternet.com.my).

Dari tetingkap itu juga, pengguna boleh melihat carta kelajuan pindah turun dan naik ketika itu, selain memberi maklumat jumlah penggunaan yang sudah digunakan, sekali gus membantu pengguna merancang dan mengurus penggunaannya supaya tidak melebihi had yang dibenarkan. (Kajian menunjukkan kebanyakan pengguna hanya menggunakan 50 peratus daripada kadar kapasiti yang diperuntukkan.

Penggunaan penguji yang lebih banyak di pejabat yang terletak di Bangsar, Kuala Lumpur, memang tidak dapat dinafikan bahawa inilah kelajuan capaian yang amat sesuai ketika ini sama ada untuk bekerja atau berhibur.

Namun agak kecewa kerana rumah penguji di Bangi lama tidak diliputi dengan rangkaian 3G DiGi. Apa yang diharapkan agar peningkatupayaan rangkaian disegerakan sejajar dengan misi kerajaan untuk merapatkan jurang digital.

Janganlah asyik menumpukan kawasan bandar, sedangkan kawasan kampung yang kadang kala memiliki pengguna berkeupayaan tinggi dan memerlukan jalur lebar, tapi tidak disediakan dengan perkhidmatan yang sepatutnya.

Walaupun dalam ketiadaan liputan 3G ia akan menggunakan rangkaian EDGE, namun kelajuannya amat berbeza dan agak menjengkelkan kerana sudah terbiasa dengan kelajuan tinggi. Bagaimanapun, lebih baik ada daripada tiada langsung.

Baru-baru ini penguji pergi ke Pulau Pinang membawa anak-anak bersiar-siar sempena cuti sekolah. Capaian di sana amat mengagumkan dan dilihat ia berkelajuan di sekitar 7.0Mbps. Dan ia begitu stabil. Memang memuaskan. Kepada penduduk Pulau Pinang, perkhidmatan jalur lebar DiGi perlu dipertimbangkan.

Lawatan ke laman multimedia termasuk YouTube tidak mengecewakan dengan kelajuan seperti itu. Malah untuk menghantar e-mel pun, jika tiada fail sisipan ia hanya mengambil masa kurang lima saat untuk dikirimkan.

Kesimpulannya, DiGi dilihat jujur menawarkan perkhidmatan, ciri perkhidmatan yang mesra pengguna. Kita cuma perlu bersabar untuk perluasan kawasan liputan perkhidmatan yang seterusnya. Diharapkan DiGi dapat mempercepatkannya





WiMAX relevan jana ekonomi


BILANGAN guna pakai rangkaian WiMAX kini meningkat kepada 468 di 139 negara seluruh dunia berbanding hanya 400 pada pertengahan 2008 untuk menunjukkan perniagaan itu terus mendapat perhatian dan menjadi tarikan.

"Jalur lebar adalah sesuatu yang diperlukan pengguna di mana saja dan jika dilihat daripada kajian mendapati segmen hiburan terus menjadi antara faktor yang amat diperlukan oleh pengguna walaupun dalam keadaan ekonomi meruncing.

"Apabila bercakap mengenai video, WiMAX boleh melakukan proses pindah turun dengan baik sekali pada kelajuan tinggi dan murah walaupun data yang dipindah itu bersaiz besar.

Menurut Ketua Pegawai Packet One Networks (M) Sdn Bhd (P1), lebar lajur, prestasi dan keanjalan yang mampu diberi oleh rangkaian WiMAX amat sesuai memenuhi peningkatan permintaan capaian Internet mudah alih berkualiti dan berkelajuan tinggi.

"Tahun ini P1 menumpukan kepada perluasan ruang liputan, selain memperkenalkan produk, perkhidmatan dan peranti yang boleh menarik pengguna serta menekankan soal kualiti perkhidmatan," katanya.

P1 yang menjadi satu daripada empat pemegang lesen WiMAX di Malaysia bergerak menghampiri jangkaan untuk mencapai sasaran 250,000 pelanggan menjelang akhir 2009.

"P1 akan memperkenalkan lebih banyak aplikasi perkhidmatan berbanding hanya capaian Internet. Ia termasuklah perkhidmatan panggilan telefon asas suara atau video menjelang akhir tahun ini.





Nikmat jalur lebar

Labels:

DENGAN belanja mencecah berbilion ringgit, kerajaan dengan kerjasama sektor swasta melaksanakan apa yang dipanggil sebagai projek jalur lebar berkelajuan tinggi (HSBB).

DENGAN belanja mencecah berbilion ringgit, kerajaan dengan kerjasama sektor swasta melaksanakan apa yang dipanggil sebagai projek jalur lebar berkelajuan tinggi (HSBB).
Projek berkenaan yang bermatlamat membawa industri teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) negara ke tahap lebih maju dan berdaya saing dilancarkan di ibu kota, baru-baru ini.

Bagaimanapun, ramai rakyat Malaysia masih tidak mengetahui faedah yang bakal dibawa HSBB kepada mereka khasnya dan negara amnya sedangkan nilai tambah yang dijana teknologi baru itu tidak mempunyai batasnya.

Tidak hairanlah, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim melahirkan kegusaran dengan perkembangan berkenaan.Beliau berkata, masyarakat masih samar mengenai HSBB yang tidak dilihat secara serius dan masih menimbulkan persoalan serta perlu dijelaskan dengan lebih menyeluruh.Justeru, pihaknya bercadang mewujudkan unit khas bagi memberi penerangan kepada masyarakat luar bandar berhubung kebaikan perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi.

Menurutnya, ia akan dilaksanakan dengan kerjasama Telekom Malaysia Bhd (TM) bagi memudahkan pemahaman serta mengaitkannya dengan perkembangan pesat industri ICT pada masa kini.

"Kita perlu mengaitkan HSBB dengan dunia perkomputeran, telefon bimbit, aplikasi dan sebagainya agar masyarakat lebih celik dan tidak menganggapnya sebagai satu pembaziran," kata Rais.

Beliau menambah masyarakat perlu diingatkan mengenai kebaikan HSBB yang membantu dari aspek k-ekonomi di samping melahirkan insan lebih cemerlang dalam dunia yang semakin mengecil.

"Selain itu, HSBB perlu dieksploitasi sebagai pemangkin kepada pembangun kandungan digital bersifat tempatan yang secara tidak langsung menaikkan nama Malaysia dalam industri teknologi," katanya

.Katanya, dalam keghairahan Malaysia menceduk teknologi luar, ia tidak seharusnya mengenepikan nilai budaya tempatan yang bukan saja bertujuan untuk memelihara ketulenan negara ini, malah melonjakkan nama di persada antarabangsa.

"Inilah peluang kita untuk 'menjual' nama Malaysia serta keunikan yang wujud bagi menunjukkan sesuatu yang boleh dibanggakan seperti dilihat di negara lain," katanya.

Rais menjelaskan tugas utama unit khas itu adalah memberi kefahaman kepada masyarakat mengenai faedah, risiko, kos pembabitan aplikasi dan bagaimana cara hidup rakyat berubah dengan kehadiran perkhidmatan jalur lebar di kawasan luar bandar.

Malah, Rais turut menggesa TM dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bekerjasama erat dalam merealisasikan penebusan jalur lebar yang disasarkan tahun depan."TM perlu terbabit dalam usaha ini kerana mereka lebih mengetahui selok-belok, teknik dan falsafah keseluruhan berkenaan jalur lebar," katanya.

Beliau turut memaklumkan sasaran penebusan jalur lebar kepada 50 peratus daripada isi rumah pada tahun depan dijangka menyumbang kepada kenaikan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak satu peratus dan menyediakan 135,000 peluang pekerjaan baru.Gentian optik yang memacu jalur lebar ialah sejenis kabel yang diperbuat daripada benang kaca halus bagi menyalur cahaya digunakan dalam kebanyakan sistem komunikasi terutama di negara Asia yang maju seperti Korea Selatan, Hong Kong dan Jepun memandangkan keupayaannya menyalurkan data lebih jitu berbanding kabel tembaga.

Ia menjadi perantara bagi telekomunikasi kerana bersifat mudah lentur dan boleh diikat sebagai kabel walaupun dibuat daripada plastik lut sinar atau kaca.Cahaya dipancarkan melalui gentian yang disimpan di dalamnya disebabkan pantulan penuh bahan terbabit menjadi ciri penting dalam menyingkirkan isyarat bersilang antara optik dalam kabel seterusnya membenarkan pemasangan kabel dengan kaedah pusingan.

Sistem optik bertindak sebagai pemandu gelombang ini memiliki dua mod pengaliran iaitu mod tunggal menghasilkan prestasi yang tinggi berbanding mod pelbagai membolehkan cahaya dipancarkan dalam mod berlainan tiba pada masa berbeza.Kabel gentian optik mampu membawa sehingga seribu optik dalam satu kabel bagi menjana prestasi unggul yang mampu memenuhi permintaan untuk jalur lebar berdasarkan pada hujung-ke-hujung dengan mudah.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TM, Datuk Zamzamzairani Mohd Isa, kerja fizikal sambungan akses gentian optik untuk HSBB kini giat diusahakan serentak di 22 kawasan ibu sawat Zon 1 di seluruh negara.

"Kita akan memulakan projek ini di empat kawasan berpotensi tinggi iaitu di Bangsar, Taman Tun Dr Ismail (TTDI), Subang Jaya dan Shah Alam.."

Kami berharap menjelang suku pertama tahun hadapan, kita akan dapat memperkenalkan perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi kepada rakyat Malaysia," katanya.

Zamzamzairani berkata, TM akan melabur RM8.9 bilion bagi tempoh 10 tahun, manakala kerajaan pula melalui pelaburan bersama sebanyak RM2.4 billion bagi tempoh tiga tahun untuk membiayai pelaksanaan pelaksanaan projek berkenaan.

"Projek HSBB ini bukanlah pelaksanaan akses rangkaian semata-mata, malah ia meliputi penyediaan penyelesaian menyeluruh yang merangkumi rangkaian teras dan prasarana antarabangsa," kata Zamzamzairani.

Katanya, TM mengambil langkah awal dalam penyediaan prasarana dan tidak hanya bergantung kepada permintaan saja."Sekiranya kita bergantung terhadap permintaan, maka masa tunggu untuk mendapat perkhidmatan ini akan menjadi agak lama," katanya ketika pelancaran pertama projek HSBB di TTDI yang turut disaksikan Rais serta Menteri Wilayah Persekutuan,

Senator Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.Sejak pengumuman mengenai perjanjian Usahasama Kerajaan-TM pada September 2008 bagi melancarkan rangkaian jalur lebar berkelajuan tinggi dan perkhidmatan yang berkaitan, kerajaan sudah membayar balik sebanyak RM290 juta untuk kerja yang dilaksanakan setakat akhir suku tahun pertama 2009.

"Proses pembayaran balik ini merangkumi kos kerja prasarana akses HSBB dan pelaksanaan Internet Protokol (IP) terasnya serta penambahan kapasiti rangkaian antarabangsa di bawah perjanjian Perjanjian Usahasama Projek (PPP)," katanya.

Jelasnya, kerajaan menerusi Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan dan SKMM menetapkan proses semakan yang ketat untuk tuntutan projek HSBB. Tuntutan yang diberi TM akan diaudit dan disahkan oleh perunding bebas dilantik kementerian seterusnya ia akan mencadangkan jumlah bayaran kepada kementerian sebelum membayar balik tuntutan terbabit.

"Justeru, saya berharap pemain industri merebut peluang ini dan menggunakan rangkaian HSBB untuk menyediakan perkhidmatan tambah nilai kepada pengguna dan menjadikan persekitaran ekosistem ICT di Malaysia lebih rancak," saran beliau.

Kira-kira 1.3 juta premis di seluruh negara akan mempunyai akses HSBB menjelang 2012. HSBB menawarkan lebar jalur pada kelajuan rangkaian sehingga 100Mbps bergantung kepada perkhidmatan.Ia yang membabitkan penyambungan kabel menggunakan sistem gentian optik dilihat kesinambungan dalam teknologi komunikasi apabila ia mampu membantu kabel tembaga sedia ada bagi memberikan prasarana yang lebih efektif terutama di Malaysia.

Dalam perkembangan berkaitan, pemasangan kabel gentian optik mendapat sambutan menggalakkan membolehkan masyarakat dunia kini bercakap mengenai Gentian ke Rumah (FTTH).Jika dilihat dari sudut sejarah, penciptaan gentian optik yang pertama direka pada tahun 1970 oleh penyelidik syarikat pembuat kaca Amerika Corning Glass Works iaitu Maurer, Keck, Schultz dan Zimar.

Landskap jalur lebar berubah pantas selari peningkatan aplikasi lebar jalur tinggi seperti rakaman video secara langsung, karaoke online, 'webcast', permainan online dan 'podcast.'Permintaan seperti ini meningkatkan permintaan lebar jalur lebih tinggi kerana pengguna mahu fail multimedia lebih berkualiti dan muat turun pantas.Kebanyakan pengguna mula mencari teknologi baru yang mampu menggantikan penggunaan tembaga sedia ada kerana ia mempunyai kapasiti terhad untuk membawa aplikasi lebar jalur tinggi.

Teknologi gentian turut membolehkan penggunaan aplikasi perkhidmatan video kualiti tinggi seperti televisyen definisi tinggi dan telefoni video menjadi pantas.

Bayangkan teknologi gentian membolehkan muat turun filem berkualiti tinggi dengan fail sebesar 30 gigabait mampu dilakukan dalam masa 40 minit berbanding lapan jam sebelum ini menggunakan teknologi diperbuat daripada tembaga.

sumber harian metro
21/Julai/2009



Tetikus sejauh 15 meter

Labels:

SEMESTINYA lambakan tetikus di pasaran menyukarkan pilihan dibuat apatah lagi situasi 'tanpa wayar' semasa juga menjangkitkan teknologinya kepada peranti itu yang kian digemari.

Sambungan tanpa wayar menggunakan 'bluetooth' sudah acapkali dilambakkan di pasaran, apa kata kita beralih kepada tetikus yang menggunakan transmisi radio sebagai sumber antara tetikus dan pemancarnya.

Model G7630 dari A4Tech adalah contoh tetikus menggunakan sambungan tanpa wayar 2.4GHz yang boleh berfungsi sejauh 15 meter.Selepas diuji, ternyata ia bukan teori semata-mata dengan jangkauan tetikus dan CPU sejauh 14.6 meter berjaya dicapai.

Ia dikatakan bersesuaian untuk kaki 'game' tapi tak perlu bimbang kerana penulis merasakan produk ini turut mantap kalau disesuaikan dengan laptop yang dibawa ke mana saja.Kaedah pemasangannya pun cukup mudah.

Pengguna hanya perlu menggunakan satu bateri bersaiz AA ke dalam tetikus dan memasang pemancarnya pada slot USB dan ia akan terus boleh digunakan. Jangka hayat bateri pula mampu bertahan empat hingga enam bulan bergantung kepada kekerapan pemakaiannya.

Rekaan 'simple' dengan tawaran empat warna iaitu merah, biru, kuning dan hitam pasti memberi pilihan baik yang ditambah konsep 'plug n play' menyenangkan si pemakai walau di mana mereka berada.

>Spesifikasi
PRODUK: Tetikus A4Tech G7630
HARGA: RM79
PERTANYAAN: VERTEX Distribution Sdn Bhd
LAMAN WEB: www.vertex.com.my



Keajaiban wayarles

Labels:


KEMUDAHAN hari ini membolehkan umum mendapat pelbagai maklumat dari dalam dan luar negara sepantas kilat.Semuanya menjadi mudah apabila peralatan yang diperlukan berada di hujung jari dan tanpa jangkauan.

Menurut perangkaan, pada masa ini sekurang-kurangnya 21.2 peratus isi rumah di negara ini menggunakan Internet dan ia dijangka meningkat 50 peratus menjelang 2010.
Dan tidak hairanlah Malaysia disenaraikan antara 10 negara popular yang memiliki ramai pelayar Internet.Ketika Internet mula diperkenalkan, negara diperkaya dengan penggunaannya di rumah menerusi satu talian tetap.
Jika sekadar melayari Internet tanpa mengambil masa yang lama mungkin tidak menjadi gangguan kepada pengguna lain tetapi bagaimana pula jika hendak bermain permainan atas talian?
Pengguna sendiri pasti tidak berasa seronok sekiranya permainan yang rancak terencat akibat masalah talian.Kemudian negara dibanjiri dengan limpahan kafe siber yang meluaskan lagi penggunaan Internet kepada orang ramai terutama di kalangan remaja yang semakin gila dengan permainan atas talian.
Kafe siber mewujudkan sikap saling berkongsi maklumat namun di sebalik itu ia turut menyebabkan berlakunya gejala sosial.Ini bermakna tiada istilah 'rumahku syurgaku' bagi mewujudkan komuniti kekeluargaan yang lebih mesra.
Pada zaman serba maju terutama di bandar raya besar seperti Kuala Lumpur, konsep rumahku syurgaku perlu disesuaikan ke setiap kediaman mengikut gaya hidup terkini yang semakin mudah mengikut kepelbagaian arus teknologi.Ibu bapa perlu meneruskan pemantauan agar dapat melihat kegiatan serta aktiviti anak mereka, sekali gus perlu mencari peluang dan kaedah bagi menerapkan aspek kekeluargaan yang lebih bernilai.
Penerapan nilai kasih dan sayang turut boleh dizahirkan dengan kedatangan teknologi hari ini menerusi konsep kediaman mesra media (media-enabled home).Kediaman mesra media yang diperkenalkan Cisco Malaysia dianggap sebagai satu pembaharuan ke arah gaya hidup digital yang lebih mudah menerusi keluaran terbaru rangkaian produk media tanpa wayar Linksys by Cisco.
Konsep ini membawakan kelas terbaru dalam pengalaman komunikasi dan hiburan yang bakal mempertingkatkan gaya hidup digital ke tahap seterusnya, memudahkan capaian pengguna kepada kandungan multimedia seperti foto, muzik, video dan fail dalam pelbagai peralatan ketika berada di dalam atau di luar rumah.Pengarah Jualan Serantau Asia, Kumpulan Perniagaan Pelanggan Cisco, Boon Ping Tang berkata, kediaman mesra media bakal menjadi kenyataan dengan adanya teknologi jaringan terbaik Cisco yang tidak terikat kepada satu lokasi tertentu, tidak lagi perlu menguruskan peralatan yang berasingan dan dunia tanpa wayar.
"Kini pengguna di rumah boleh menikmati pengalaman menggunakan hiburan tanpa wayar dengan audio dan visual yang berkualiti tinggi yang boleh dicapai dengan cepat dan mudah di samping capaian kepada maklumat yang lain juga," katanya.
Berdasarkan statistik kumpulan penyelidik Wireless Federation, tahap penembusan tanpa wayar di Malaysia dijangkakan meningkat kepada 96.8% pada 2010 kerana penggunaan peralatan mudah alih yang semakin meningkat.
Pembangunan dan penyediaan jalur lebar yang berterusan dengan Internet dan video menjadi sumber hiburan di rumah membolehkan rakyat Malaysia menikmati kehidupan yang serba terhubung ini, konsep kediaman mesra media ini datang tepat pada waktunya.
"Cisco sudah bersedia membawakan pengalaman ini ke setiap rumah di Malaysia dengan tawaran siri terbaru tanpa wayar dan media Linksys by Cisco yang menjadi asas kepada konsep terbabit. "
Produk bersesuaian direka bagi memudahkan pemasangan Kediaman Mesra Media dengan aplikasi mesra pengguna yang menjadikannya sesuai untuk semua pengguna.
"Linksys berjaya mencipta Media Hub yang berkapasiti 500GB sebagai penyimpan data pengguna. Pengguna mampu mengakses data di Media Hub tidak mengira lokasi dan masa dengan adanya jaringan Internet. Produk terbabit turut menggabungkan faktor reka bentuk baru yang sesuai bagi setiap rumah tanpa menjejaskan prestasi, ketahanan dan kualiti tanpa wayar," kata Boon.
Andai kata, pengguna berada di luar negara, capaian maklumat ke atas komputer di rumah di Malaysia masih boleh dilakukan sama ada menggunakan Internet Explorer (IE), Firefox atau Safari, meskipun berada jauh ribuan kilometer.Menurut Boon, pengguna tidak perlu risau mengenai keselamatan kerana untuk berhubung dengan Media Hub pengguna perlu memasukkan maklumat seperti nama pengguna dan kata kunci.
Ia menitikberatkan aspek keselamatan pengguna sama seperti rangkaian keselamatan tanpa wayar lain, yang akan meminta kata kunci jika pengguna luar cuba memasuki rangkaian terbabit.
Keselamatan menerusi akses remote diperketatkan menerusi kata kunci dan jaringan 'https://' (perkataan 's' menandakan jaringan terbabit selamat)."Kediaman mesra media adalah langkah terkini dalam evolusi jaringan di rumah.
Pengguna mahukan lebih daripada jaringan mereka berikutan peningkatan kandungan, permainan atas talian dan muat turun media yang dikongsi. "Pengguna boleh memasang jaringan rumah yang mudah yang menyambungkan pelbagai peralatan digital serta membenarkan akses pengguna kepada Internet dan fail media di mana saja di rumah.
Ini bermakna, kita sekarang boleh bergerak jauh dari meja dan melakukan strim muzik dan video yang disimpan di dalam komputer peribadi terus ke ruang tamu," katanya.
Pakar Niaga Produk, Kumpulan Perniagaan Pelanggan Cisco, Rico Allan Ongcoy berkata, masyarakat di negara ini semakin mementingkan capaian kepada maklumat dan pelbagai data digital yang lain sama ada berkaitan dengan pekerjaan mahupun untuk hiburan semata.
"Media Hub dianggap sebagai peranti yang memudahkan penyimpanan dan pencapaian pelbagai data digital seperti muzik, video dan foto yang boleh diakses dari mana saja.
"Ia menampilkan antara muka yang mudah, bersesuaian dengan kehendak pengguna menerusi laman web www.ciscomediahub.com sebagai perantaraan.
"Peranti canggih ini amat mudah dikendali, lengkap dengan pemain program untuk memutarkan muzik, video, foto dan carian fail disokong program pencari data.
Setiap fail disusun mengikut jenis yang dihubungkan ke Media Hub dan boleh diakses di komputer atau telefon bimbit.
"Menerusi Media Hub, pengguna boleh menerokai kandungan fail (contohnya muzik) dan memainkan muzik berkenaan secara langsung daripada failnya tanpa perlu memasang aplikasi muzik atau video.
Menariknya, kandungan Media Hub juga boleh dimainkan secara terus ke skrin televisyen," katanya.Menurut Rico, bagi peminat permainan playstation, ia boleh dihubungkan ke router menerusi kabel atau WiFi.
Manakala, kamera yang bertindak seperti CCTV dihubungkan ke router. Pengguna boleh mengaksesnya jika dihubungkan ke alamat Internet Protocol (IP) di rumah dan mengawasinya di komputer.Katanya lagi, pengguna boleh mengakses data telefon bimbit menerusi Media Hub atau mengakses kandungan Media Hub melalui telefon bimbit sekiranya telefon terbabit disambungkan ke router.
Hanya telefon yang menyokong aplikasi Universal Plug and Play (UPnP) saja boleh digunakan.Media Hub yang dihubungkan ke seisi rumah, boleh diakses oleh sesiapa saja. Ini bermakna, ibu bapa boleh memantau aktiviti anak-anak di Internet secara langsung seperti melihat perbualan anak-anak di laman sembang dan laman web yang dilawati mereka.
Ia turut bertindak sebagai data sokongan yang boleh diakses lebih daripada seorang pengguna pada masa yang sama.Manakala, fail dalam Media Hub boleh diisyaratkan untuk dikongsi bersama atau terbuka untuk diakses oleh sesiapa sahaja.
Bermakna, masih ada lagi kebebasan kepada pengguna untuk melindungi peribadi masing-masing.
>InfoDengan gabungan produk tanpa wayar dan media terbaru Linksys by Cisco, pengguna pastinya seronok menikmati Internet tanpa wayar yang melangkaui sempadan jaringan di rumah. Produk baru yang memenuhi keperluan kediaman mesra media ialah WRT610N Dual-Band Wireless-N Router, WUSB600N Wireless-N USB Network Adapter with Dual Band, NMH300 Media Hub dan WVC54GCA Wireless-G Internet Home Monitoring Camera.
> Router tanpa wayar WRT610N berperanan sebagai penyokong standard tanpa wayar-N yang terbaru. Ia adalah peralatan utama yang direka bentuk untuk menggandakan lebar jalur dan prestasi optimum menerusi penyambungan tanpa wayar yang lebih pantas dan tiada gangguan. Menggunakan dua jalur tanpa wayar-N, teknologi tanpa wayar termaju masa kini iaitu jalur 5GHz dan 2.4GHz direka untuk berfungsi secara berasingan, tetapi selari agar anda dapat menentukan konfigurasi yang ideal.
> Adapter rangkaian USB tanpa wayar WUSB600N memberikan lebih kebebasan dan kemudahan kepada pengguna dengan penyambungan tanpa wayar yang fleksibel dan pantas. Keupayaan dua jalur tanpa wayar-N menawarkan fleksibiliti untuk menyambung kepada frekuensi 2.4GHz atau 5GHz agar pengguna dapat mencapai kedua-dua jenis rangkaian secara maya tanpa mengira lokasi.
> Kamera rumah Internet tanpa wayar WVC54GCA adalah unit kamera tunggal yang kecil direka untuk memberikan video dan audio berkualiti tinggi secara langsung, terus ke jaringan rumah pengguna tanpa wayar. Ia tidak memerlukan sambungan kepada komputer memandangkan pelayan Web yang dibina secara dalaman membolehkannya penyaluran imej dan bunyi secara terus melalui Wireless-G ataupun sambungan Ethernet. Ia sesuai untuk mengawasi keluarga, harta benda ataupun apa juga yang dirasakan penting di rumah.
> Media Hub NMH300 direka bentuk untuk memudahkan akses dan interaksi dengan kandungan digital yang berperanan sebagai pengumpul dan mempersembahkan data ke pelbagai peralatan pengguna yang ada di rumah. Pengguna boleh menikmati semua media melalui antara muka yang diakses di rumah serta di seluruh dunia melalui laman web.
sumber harian metro
21/Julai/2009




BlackBerry Storm guna papan kekunci maya

Labels:

PELBAGAI model telefon pintar BlackBerry sinonim dengan kemudahan e-mel tolakan. Ia akan ditolak terus dan dipaparkan di atas skrin BlackBerry terbabit.

Model terbaru di pasaran ialah BlackBerry Storm. Penguji baru menerimanya untuk ujian sedangkan sebelum ini sudah menggunakan BlackBerry Bold kira-kira setahun lamanya.

Dari segi saiz, kedua-duanya lebih kurang sama, tetapi berbeza dari segi penggunaan papan kekunci. Bold menggunakan papan kekunci fizikal dan Storm secara maya.

Kelebihan papan kekunci maya adalah ia boleh dihilangkan jika tidak diperlukan dan boleh digunakan pada paparan melintang kerana ada kemudahan ‘accelerometer’ yang mampu mengesan posisi Storm sama ada dipegang melintang atau menegak.

Daripada pengamatan, maklum balas accelerometer Storm adalah agak lambat dibandingkan dengan kemudahan yang sama di telefon bimbit model syarikat lain. Ia mengambil masa beberapa saat untuk mengubah posisi paparan.Jika respon lambat, kemungkinan untuk digunakan oleh perisian yang dibangunkan pihak ketiga akan berkurangan.Papan kekunci maya Storm menggunakan teknologi ClickThrough atau boleh klik yang mana skrin akan bergerak ke dalam sedikit apabila kekunci ditekan.

Ia mewujudkan rasa seperti menekan papan kekunci sebenar walaupun hanya secara maya. Pada mulanya, ia agak sukar untuk digunakan kerana saiz kekuncinya yang kecil mengakibatkan kesilapan mudah berlaku berbanding dengan papan kekunci yang sebenar.Storm juga menggunakan kemudahan teknologi SureType seperti T9 dan jumlah butang di papan kekunci boleh dikurangkan serta saiz butang boleh dibesarkan.

Kepada pengguna yang sering menggunakan kemudahan T9, ia berbeza sedikit kerana butangnya mengandungi hanya dua huruf berbanding tiga pada kebiasaannya. Oleh kerana papan kekunci adalah secara maya, maka bentuk reka letaknya boleh dibentuk mengikut kesesuaian.

Satu daripadanya adalah pengguna masih boleh mendail menggunakan huruf, yang mana kemudahan ini kebanyakannya tidak wujud lagi apabila menggunakan telefon dalam kategori pintar.Isu utama yang menyebabkan saya lambat bertukar ke Storm adalah isu Wi-Fi.

Percaya atau tidak Storm tidak mempunyai kemudahan Wi-Fi? Wi-Fi adalah kemudahan penting di dalam semua perkakasan terkini dan Storm tanpa Wi-Fi adalah kurang masuk akal.

Namun mungkin itu strategi pemasaran Blackberry dan syarikat telekomunikasi untuk meningkatkan penggunaan sambungan data melalui rangkaian 3G.Walaupun ia mungkin kurang membebankan dengan plan data tanpa had tempatan, namun sudah pasti membebankan jika pengguna ke luar negara yang pasti dikenakan caj perayauan yang tinggi.

Satu lagi isu yang tidak diketahui ramai adalah penggunaan microUSB berbanding miniUSB yang dikira sebagai standard di kebanyakan telefon bimbit setakat ini. MicroUSB lebih kecil dan memerlukan adapter untuk menggunakan kabel miniUSB ke microUSB. Itu bermakna alat pengecas yang dulunya serasi dengan BlackBerry model lama tidak boleh digunakan lagi oleh Storm.

Anda juga memerlukan set kabel baru untuk menyambungkannya ke peralatan aksesori lain seperti speaker ataupun stereo di dalam kereta.Secara ringkas berikut adalah beberapa perkara yang perlu diambil pertimbangan jika anda bercadang untuk menukar telefon sedia ada kepada BlackBerry Storm:

Aspek positif pada Storm
1. Aplikasi penambahan e-mel kini terdapat dalam bentuk aplikasi bukan lagi melalui browser.
2. Jangkasama bateri lebih lama berbanding dengan Bold.
3. Paparan ikon semasa standby lebih banyak.
4. Skrin lebih besar dan boleh ditukar mengikut kedudukan.

Aspek negatif pada Storm
1. Pengunaan Papan Kekunci Maya agak sukar untuk digunakan pada beberapa hari yang pertama.
2. Sukar untuk melakukan arahan Copy dan Paste dengan skrin sesentuh.
3. Tiada sambungan WiFi
4. Pengunaan microUSB berbanding miniUSB
5. Lebih berat berbanding kategori yang sama di pasaran.
6. Accelerometer terlampau sensitif, paparan bertukar ke kedudukan melintang walaupun masih di kedudukan menegak.
7. Tiada Multi-Gesture, tidak boleh memberi arahan melalui cubitan atau sentuh-gerak.
8. Mengambil masa beberapa saat untuk dibangunkan apabila skrin di dalam mod tidur.
9. Kadar cahaya tidak boleh dikelamkan walaupun sudah diselaraskan ke kadar yang paling minimum. (Perlu untuk menjimatkan bateri)
10. Banyak aplikasi dan perisian pemacu yang masih tidak serasi. (Misalnya papan kekunci luaran sambungan Bluetooth)
11. Tidak boleh mendail di dalam keadaan melintang.

Kemudahan yang tertinggal di dalam Storm
1. Butang OK. Semua butang OK yang dipaparkan perlu ditekan menggunakan sentuhan. Jika ada butang khusus OK, penggunaan menjadi lebih mudah. Butang Menu sepatutnya boleh dijadikan sebagai butang OK.
2. Pilihan paparan papan kekunci maya di muka hadapan. Ini memudahkan proses mendail mengikut nama, tanpa perlu membuka arahan Phone dan memilih Phone Book.
3. Jika alamat e-mail tidak ada di dalam Contact sedia ada, ia sepatutnya dimasukkan secara automatik selepas ia ditaip. Tidak perlu untuk memasukkan melalui Contact > Edit.

PRODUK: BlackBerry Storm
HARGA: RM2,499 (bergantung kepada penyedia perkhidmatan)
PENGELUAR: Research In Motion (RIM)
PERTANYAAN: Maxis dan Celcom
LAMAN WEB: www.blackberry.com



Informasi

Labels:

Yahoo! lancar laman web baru.
NEW YORK: Firma Internet terkemuka, Yahoo! dijangka menampilkan reka bentuk baru laman web enjin cariannya hari ini dengan ciri capaian dalam laman ke aplikasi web seperti Twitter dan Facebook.Laporan online Wall Street Journal, berkata pelancaran itu adalah usaha penjenamaan semula yang dilakukan lebih awal daripada jadual sebenar iaitu akhir September atau Oktober. - AFP

Mimos jangka 100 aplikasi teknologi dipindah.
KUALA LUMPUR: Sebanyak 100 aplikasi teknologi yang dibangunkan oleh Mimos Berhad dijangka bakal dipindahkan kepada pemain industri menjeang akhir tahun ini.Sehingga kini, 76 teknologi sudah diterima pakai oleh lapan syarikat tempatan membabitkan perkomputeran grid, platform pengetahuan kejuruteraan dan perkakasan mudah alih iaitu JEN-ii serta iDola.Antara penerima teknologi itu termasuk Jaring Communications Sdn Bhd, Mutiara.com dan Smart Computing Sdn Bhd.

Tukar kepada Windows 7
HP mengumumkan tawaran kepada pengguna yang berminat untuk menukar sistem operasi mereka kepada Microsoft Windows 7 bermula 22 Oktober depan.Peluang berbuat demikian hanya sah untuk pembeli produk HP bagi memenuhi keperluan penggunaan perkomputeran di samping memelihara kos yang dilaburkan mereka.

Pengurus Besar Negara, Kumpulan Sistem Peribadi, HP Malaysia, Danny Lee, berkata langkah terbabit diambil bagi memperbaharui pengalaman pengguna bagi persekitaran Windows7.
"Kami sentiasa peka dengan sistem operasi yang rata-rata menggunakan Windows. Oleh itu, pengguna perlu diberi kesenangan sebaik perubahan dilaksanakan kelak," katanya.


VESevar virus guna nama Jacko
VENDOR keselamatan terkemuka, Symantec mengeluarkan amaran ancaman virus menerusi e-mel berkaitan kematian Raja Pop, Michael Jackson yang kian menular dalam dunia siber.Ancaman virus 'worm' terbabit akan merebak ke komputer pengguna jika mereka membuka fail yang mengandungi subjek 'Remembering Michael Jackson' atau lampiran 'Michael songs and pictures.zip.'

Fail berformat .zip itu memuatkan kandungan lain iaitu 'MichaelJacksonsongsandpictures.doc.exe' yang menyimpan salinan virus worm serta akan merebak serta-merta sebaik ia diklik.Symantec menyifatkan worm berkenaan sebagai W32.Ackantta.F@mm yang bukan saja menular melalui e-mel, malah mampu disebarkan apabila pengguna memasukkan pemacu USB menggunakan autorun.inf.

Teroka produk Apple lima hari
PERISIAN Mac dan iPod antara produk keluaran Apple yang sememangnya dikenali ramai di seluruh negara, malah ia menjadi titik tolak kepada Machines sebagai pengedar utama jenama Apple di Malaysia.

Pengarah Machines, Dylan Fan berkata, sejak 2006 Machine berjaya mengembangkan rangkaiannya ke Johor Bharu dan Pulau Pinang serta mempunyai tujuh rangkaian kecil di Lembah Klang termasuk di Mid Valley Megamall, Lot 10 dan Sunway Pyramid.

"Machine berperanan sebagai pusat sehenti yang menawarkan pelbagai produk dan perkhidmatan khusus untuk pelbagai barangan Apple," katanya.

Sehubungan dengan itu, Machine akan menganjurkan Discovery Week mulai hari ini hingga Ahad bagi memberi peluang kepada pengguna merasai pengalaman menggunakan barangan Apple yang selama ini disangkakan sukar dikendali di samping beberapa pendedahan menerusi bengkel Apple.

Discovery Week 2009 dianjurkan kali kedua bertempat di Mid Valley Megamall. "Machine mensasarkan 100 peratus peningkatan jualan dengan kedatangan pengguna yang ingin menyaksikan produk dan aksesori Mac, iPod dan iPhone 3G," katanya.

Menurutnya, walaupun dunia menghadapi masalah krisis ekonomi, Machines tidak merasai kesan yang ketara kerana pengguna Apple di Malaysia masih berada dalam kelompok kecil dan bakal meningkat mengikut masa.

Pengguna berpeluang mengikuti bengkel mencipta lagu, bermain alat muzik dan merekod muzik menerusi perisian Apple GarageBand 2009, manakala perisian iLife, iWork dan iPhoto 2009 turut didedahkan sepanjang lima hari terbabit.

Penuhi kehendak 'gamers'
PENGELUAR produk memori ternama, Kingston Technology Company Inc (Kingston) memperkenalkan modul memori berpenimbal penuh dwibaris HyperX DDR3 XMP (SO-DIMMS).

Direka untuk komputer yang menggunakan set cip komunikasi Intel Cantiga serta sistem yang menyokong DDR3 XMP iaitu sistem pemproses Intel Centrino 2.

Model HyperX ini direka dengan sifatnya yang tahan lasak untuk menerima keupayaan komputer pengguna. Ia menggunakan pemproses empat teras 1600MHz yang didatangkan dengan program JEDEC dan XMP.

Pengurus Produk, Modul Memori Kingston, Ann Bai, berkata memori HyperX DDR3 ini menawarkan kepantasan, mengurangkan bunyi bising, meningkatkan lebar lajur data dan mengurangkan tenaga elektrik.

>Spesifikasi

PRODUK: Kingston HyperX DDR3 XMP SO-DIMMS
HARGA: tidak diperoleh
KAPASITI: 2GB dan 4GB
SUHU OPERASI: 0o C to 85o C
SUHU PENYIMPANAN: -55o C to +100o C


Platform terbaru Google cari peta Malaysia

GOOGLE Inc (Google) melancarkan platform pencarian terbarunya, Google Maps Malaysia yang mementingkan kandungan tempatan bagi kemudahan penduduk negara ini.

Malah, organisasi enjin carian Internet itu mewujudkan kerjasama dengan syarikat telekomunikasi tempatan bagi membolehkannya dipindah turun ke telefon bimbit.

Ketua Pemasarannya, Derek Callow berkata, Google Maps Malaysia menawarkan inovasi bercirikan tempatan dalam arah tuju pemanduan, pencarian lokasi, perniagaan tempatan, peta dan aplikasi telefon bimbit.

"Oleh itu, kami bekerjasama dengan Maxis Communications Bhd yang menyediakan platform pencarian untuk mengesan alamat dan memandu arah dengan pindah turun melalui m.google.com.my/maps," katanya.

Dalam pada itu, Google turut membuka peluang kepada organisasi tempatan untuk bekerjasama dengan mereka yang mampu meningkatkan kualiti perkhidmatannya di negara ini.

Ia dinyatakan Pengurus Produk Google Asia Tenggara, Andrew McGlinchey yang mahu memastikan maklumat dan kandungan dalam Google Map Malaysia sentiasa diperbaharui.

"Walaupun kami belum beoperasi di negara ini, pelancaran Google Maps Malaysia mungkin satu permulaan yang baik," katanya.

Google Maps Malaysia menawarkan platform carian maklumat jalan, alamat dan perniagaan bagi memudahkan pengguna yang mahukan maklumat lebih komprehensif, cepat dan mudah.

Platform itu menyediakan kandungan dalam pelbagai bahasa termasuk Bahasa Melayu, Cina dan Tamil untuk membolehkan rakyat tempatan dan pelancong menyumbang kandungan daripada teks kepada foto atau video, sekali gus meningkatkan kualiti peta secara online yang mampu dilayari pengguna lain.

Aplikasi Google Maps Malaysia boleh diakses melalui laman web http://maps.google.com.my dengan perkhidmatan ditawarkan secara percuma.


sumber harian metro
21/Julai/2009





Teknologi: Kehadiran WiMAX dinantikan

Labels:


Penggunaan bermula tahun ini manakala operasi menyeluruh dijangka pada 2009

KEHADIRAN teknologi Kebolehoperasian Global untuk Capaian Gelombang Mikro (Wimax) adalah penyelesaian sambungan Internet berkelajuan tinggi yang dinantikan pelbagai pihak termasuk industri teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), kerajaan, pembangun teknologi global serta tempatan dan paling utama pengguna.
Wimax adalah standard yang diperkenalkan Institut Jurutera Elektrikal dan Elektronik (IEEE), gabungan standard telekomunikasi berwayar dan tanpa wayar yang berpotensi menggantikan prasarana sedia ada dan beroperasi dalam persekitaran saling bergantungan.

Wimax berkemampuan untuk menyediakan perkhidmatan seperti suara, video dan data menerusi spektrum gelombang frekuensi radio kepada pengguna statik dan bergerak.

Bagi Wimax tetap, ia dibangunkan berasaskan standard IEEE 802.16‐2004 yang digunakan pada aplikasi tetap dan nomad dalam persekitaran LOS dan NLOS.

Wimax mudah alih pula berasaskan standard IEEE 802.16e dengan sasaran khusus untuk aplikasi mudah alih dalam persekitaran NLOS. Bagaimanapun, sistem Wimax mudah alih itu turut mampu menyediakan akses tetap dan nomad.

Sekiranya WiFi mampu menyediakan jarak sambungan ke rangkaian sehingga dalam lingkungan 100 meter, transmisi Wimax pula disifatkan mampu menghantar isyarat pada jarak maksimum 50 kilometer (km) untuk stesen tetap manakala sehingga 15 km bagi stesen mudah alih.

Dari segi ciri penyampaiannya, Wimax berkemampuan menyediakan kadar pengaliran data pada kelajuan sehingga 70 megabait sesaat (mbps).

Teknologi itu boleh digunakan bagi menghubungkan hotspot WiFi dengan bahagian Internet lain, menyediakan alternatif sambungan tanpa wayar, menawarkan perkhidmatan data serta telekomunikasi dan sambungan mudah alih.

Pada Mac 2007, kerajaan memberikan lesen Wimax kepada empat syarikat tempatan iaitu Green Packet Bhd, YTL E‐Solutions Bhd (YTLe), REDtone International Bhd (REDtone) and Asiaspace dotcom Sdn Bhd (Asiaspace).

Lebih mengejutkan pelbagai pihak apabila pemberian lesen itu membabitkan saiz syarikat yang kecil dalam industri itu berbanding beberapa pembida lain yang dianggap lebih berkemampuan melaksanakannya.

Bagaimanapun, susulan daripada pengumuman pemberian lesen itu, Kementerian Tenaga Air dan Komunikasi di bawah pentadbiran bekas menterinya, Tun Dr Lim Keng Yaik ketika itu menegaskan empat pemegang lesen berkenaan perlu memastikan teknologi itu mula beroperasi di negara ini pada pertengahan 2008.

Penghujung bulan lalu, Packet One Networks (Malaysia) Sdn Bhd (P1), anak syarikat Green Packet Bhd, merancang melancarkan perkhidmatan jalur lebar Wimax secara komersial pada suku ketiga tahun ini, dengan sasaran liputan minimum kepada 25 peratus penduduk.

Perkhidmatan itu yang akan mula diperkenalkan di sekitar Lembah Klang, kini di peringkat akhir percubaan intensifnya yang dilaksanakan menerusi khidmat pengguna sukarela kediaman dan perniagaan.

Ketua Eksekutifnya, Michael Lai, berkata keputusan daripada aktiviti penilaian serta percubaan penggunanya memberi gambaran positif dan syarikat itu sedang meningkatkan aspek penyampaiannya bagi memastikan ia menepati standard perkhidmatan yang bermutu.

Beliau berkata, antara komponen utama yang dinilai sebelum pelaksanaan secara komersial adalah dari segi langganan, peringkat permulaan pelaksanaan, penyampaian, kualiti perkhidmatan dan sokongan pelanggan.

“Apabila ia dilancarkan pada suku ketiga nanti, P1 adalah syarikat pertama di Malaysia yang memperkenalkan rangkaian Wimax 802.16e 2.3 GHz pada skala besar dan pertama melakukannya selain Korea,” katanya dalam kenyataan baru‐baru ini.

Tiga syarikat pemegang lesen lain turut memberi komitmen mereka untuk melancarkan secara komersial perkhidmatan Wimax di negara ini menjelang penghujung 2008.

Baru‐baru ini, Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi, berkata empat syarikat terbabit sudah memberi jaminan akan memastikan perkhidmatan itu bakal disediakan menjelang Disember.

Beliau berkata, sekiranya empat syarikat berkenaan gagal menyediakan perkhidmatan itu kepada pengguna selewat‐lewatnya akhir tahun ini, kementerian akan bertindak demi kepentingan rakyat.
"Jika mereka tidak mampu menyediakan perkhidmatan Wimax, kita (kementerian) akan mengeluarkan surat meminta menyatakan sebab mengapa lesen mereka tidak boleh ditarik balik," katanya di Kuala Lumpur, baru‐baru ini.

Katanya, tidak dinafikan wujudnya sedikit masalah di peringkat awal pembangunannya yang seharusnya dimulakan Mei lalu. Penangguhan yang berlaku itu disebabkan sijil pengiktirafan perkakasannya masih tidak diluluskan di peringkat antarabangsa melalui Forum Wimax.

Di sebalik keghairahan menyediakan perkhidmatan itu, antara cabaran memajukan teknologi terbabit di negara ini meliputi kos penggunaannya dan kesediaan produk atau kelengkapan yang mampu menyokong teknologi Wimax.

Sehingga kini, P1 sudah mengumumkan kesediaan syarikat itu menawarkan produk yang dibangunkannya bagi menyokong teknologi Wimax dalam menangani kos penggunaan perkhidmatan terlalu tinggi.

Penganalisis dan pemerhati industri berpendapat pelaksanaan perkhidmatan Wimax secara berkesan hanya dapat dinikmati secara meluas menjelang 2009 dengan kesediaan komponen prasarana menyeluruh dan rangkaian produk sokongan yang mudah didapati di pasaran.

Bagi 2008, kehadiran perkhidmatan WiMAX masih dinanti‐nantikan yang dianggap mampu mengubah landskap penggunaan dan penembusan perkhidmatan jalur lebar di negara ini.

INFO:
• Spektrum 2.3 GHz dibangunkan bagi WiMAX di Malaysia.
• Dibida 18 syarikat dan empat dipilih kerajaan sebagai pemegang lesen sah.
• P1 akan menyediakan 600 stesen dasar sehingga akhir 2008.
• Kerajaan memansuhkan lesen jalur spektrum 2.5GHz dan 3.5GHz bagi menangani masalah
keberkesanan pelaksanaan dan kesesakan menara.
• Pelaburan setiap syarikat untuk membangunkan WiMAX membabitkan antara RM600 juta
hingga RM2 bilion.
Terus ke website : P1 Wimax

Pakej Desktop Modem with WiFi - pakej ni boleh on WiFi dan online ramai-ramai. Nak online sorang pun boleh sebab dia ada password. Tak payah nak beli router dah sebab modem ni dah siap sekali. Smart habis woo modem dia. Tak tipu.

Pakej Portable Wiggy (USB Modem)

Untuk korang yg area nya belum ada coverage P1 Wimax check sini

Takder coverange feedback ke P1. Request la kat diorang suruh cepat.





Menonton ASTRO Di Internet

Labels:

Kali saya nak berkongsi satu perisian (software) yang boleh digunakan untuk menonton siaran terutamanya sukan.Macam siaran ESPN dengan STAR Supersports kat Astro tu.Kita boleh tengok live guna software ni kat internet.Bagi peminat bola sepak dunia (macam member-member kat tempat keje tu) dan tiada Astro sekurang-kurangnya tak la melepak kat kedai mamak time ada bola :)

Sofware tu namanya Sopcast.Anda boleh mendownload secara percuma di laman web http://www.sopcast.org.Sopcast adalah televisyen internet menggunakan kaedah P2P (Peer-To-Peer).P2P menggunakan kaedah pengkongsian data,video,audio dalam satu rangkaian (network).Dalam P2P yang sebenar selalunya tiada server sebab itulah data yang dihantar oleh ahli sesuatu network jadi laju dan konsisten.

Sopcast boleh di dapati secara percuma dan cara penggunaannya adalah mudah.Cara install macam software lain.Kita boleh menonton video dan mendengar lagu/audio secara live di internet.

Jangan lupa install dan nilai sendiri.

Selamat mencuba



Kemunculan Google Chrome OS! Google akan bersaing dengan Windows!

Labels:


Setelah sistem operasi seperti Windows,Linux,Mac dan lain-lain masing2 bersaing...kini Google ingin melebarkan sayapnya dengan membina sistem operasi mereka sendiri,setelah beberapa kejayaan Google di dalam dunia maya ini seperti menguasai enjin carian,email(gmail),blog(blogger.com) dan banyak lagi.
Sistem operasi google ini kemungkinan besar akan dilancarkan pada tahun 2010...Google dikatakan ingin bersaing dengan sistem operasi yang tidak kurang hebatnya iaitu Microsoft Windows,adakah sistem operasi google ini mampu menewaskan Windows?
Google Chrome OS akan diguna pakai di netbooks, dan juga desktop dan laptop computers. Adakah Chrome OS bakal mencabar Microsoft yang akan melancarkan sistem operasi terbaru Windows 7 nya pada Oktober tahun ini?

Menurut Google, Chrome OS dicipta dengan menegaskan kepada elemen kelajuan, mesra pengguna dan mempunyai kawalan sekuriti yang ketat. Seperti kebanyakan produk2 google yang lain, antaramuka OS ini sangat ringkas dan pengguna juga tidak perlu tentang updates, serangan virus, trojan etc.

Perkara utama yang saya suka mengenai Google ialah semua produk2 mereka yang sangat berkualiti, baik dari segi aplikasi web seperti Google search, blogger.com , Gmail, Google Reader etc. Malah, produk perisian dari Google seperti Google Picasa juga sangat berkualiti. Google juga menghasilkan OS untuk smartphone, iaitu Android yang kini juga semakin popular berbanding OS smartphone lain.

Apa yang menjadi persoalan sekarang ialah; adakah Google Chrome OS ini akan dapat digunakan secara percuma, adakah compatible dengan perisian seperti Photoshop dan Word, bagaimana compatibility dengan hardware,dan banyak lagi.
Sedikit info mengenai Google Chrome OS;
- Menggunakan kernel linux
- Kemungkinan aplikasi seperti Gmail, Google Docs dll akan dijalankan secara cloud (online) dan mungkin ada sokongan Google Gears untuk fungsi offline
- Jika menggunakan kernel linux, besar kemungkinan perisian2 dalam windows dapat dijalankan di Chrome OS menggunakan Wine
- Mendapat sokongan OEM dari pihak ASUS, ACER dan HP. Lain2 OEM akan diumumkan.
Sistem operasi terbaru dari google ini dalam blog nya juga menyatakan sistem operasi mereka ini adalah lebih laju,sekuriti dan simple.Saya sendiri adalah merupakan peminat enjin carian Google ini,diharapkan sistem operasi google ini lebih stabil dari sistem operasi Windows seperti yang kita harapkan...termasuk juga masalah yang dihadapi oleh Windows berkenaan dengan virus.

Google Chrome 2.0 mempunyai banyak peningkatan dari segi penambah fungsi2 baru dan sokongan terhadap javascript. Menurut Google, Chrome 2.0 loads javascript 30% lebih laju berbanding versi sebelumnya.

Walaupun Explorer 8 adalah browser default bagi Windows 7, saya memang tak pernah guna. Kali pertama guna terus dapat impresi buruk. Ingatkan dah upgrade versi baru IE jadi makin mantap, tapi tak pernahnya ada peningkatan yang betul2 membanggakan.

Bagi pengguna Chrome sedia ada tidak perlu download dan install Chrome 2.0 kerana Chrome versi lama akan diupdate secara automatik.

Pengguna yang baru nak mencuba Chrome boleh download di sini: Download Google Chrome.

Oh ya, perasan tak ada widget baru di sidebar celiksiber?
Widget Notifixious membolehkan pengunjung blog anda subscribe latest updates dari blog ada dengan lebih banyak cara seperti melalui Instant Messaging (IM) dan SMS. Default blog hanya boleh langgan guna rss reader dan melalui email. Mungkin salah satu cara untuk meningkatkan readership blog anda, ianya percuma dan kenapa anda tidak menggunakannya?

Petikan dari blog google mengenai Chrome OS,
It's been an exciting nine months since we launched the Google Chrome browser. Already, over 30 million people use it regularly. We designed Google Chrome for people who live on the web — searching for information, checking email, catching up on the news, shopping or just staying in touch with friends. However, the operating systems that browsers run on were designed in an era where there was no web. So today, we're announcing a new project that's a natural extension of Google Chrome — the Google Chrome Operating System. It's our attempt to re-think what operating systems should be.Google Chrome OS is an open source, lightweight operating system that will initially be targeted at netbooks. Later this year we will open-source its code, and netbooks running Google Chrome OS will be available for consumers in the second half of 2010. Because we're already talking to partners about the project, and we'll soon be working with the open source community, we wanted to share our vision now so everyone understands what we are trying to achieve.Speed, simplicity and security are the key aspects of Google Chrome OS. We're designing the OS to be fast and lightweight, to start up and get you onto the web in a few seconds. The user interface is minimal to stay out of your way, and most of the user experience takes place on the web. And as we did for the Google Chrome browser, we are going back to the basics and completely redesigning the underlying security architecture of the OS so that users don't have to deal with viruses, malware and security updates. It should just work.Google Chrome OS will run on both x86 as well as ARM chips and we are working with multiple OEMs to bring a number of netbooks to market next year. The software architecture is simple — Google Chrome running within a new windowing system on top of a Linux kernel. For application developers, the web is the platform. All web-based applications will automatically work and new applications can be written using your favorite web technologies. And of course, these apps will run not only on Google Chrome OS, but on any standards-based browser on Windows, Mac and Linux thereby giving developers the largest user base of any platform.Google Chrome OS is a new project, separate from Android. Android was designed from the beginning to work across a variety of devices from phones to set-top boxes to netbooks. Google Chrome OS is being created for people who spend most of their time on the web, and is being designed to power computers ranging from small netbooks to full-size desktop systems. While there are areas where Google Chrome OS and Android overlap, we believe choice will drive innovation for the benefit of everyone, including Google.We hear a lot from our users and their message is clear — computers need to get better. People want to get to their email instantly, without wasting time waiting for their computers to boot and browsers to start up. They want their computers to always run as fast as when they first bought them. They want their data to be accessible to them wherever they are and not have to worry about losing their computer or forgetting to back up files. Even more importantly, they don't want to spend hours configuring their computers to work with every new piece of hardware, or have to worry about constant software updates. And any time our users have a better computing experience, Google benefits as well by having happier users who are more likely to spend time on the Internet.We have a lot of work to do, and we're definitely going to need a lot of help from the open source community to accomplish this vision. We're excited for what's to come and we hope you are too. Stay tuned for more updates in the fall and have a great summer.

Update on 7/8/2009: We have posted an FAQ on the Google Chrome Blog.

Google Chrome Blog: Google Chrome OS - FAQ

Google Chrome Blog: 10 days left to submit your video




Panggilan Percuma Menerusi Wi-Fi di Telefon Bimbit

Labels:

SETIAP hari ada saja kemudahan baru yang diwujudkan bagi memanfaatkan teknologi sedia ada. Kemudahan baru akan lahir apabila ia menepati tiga perkara iaitu prasarana, peralatan dan perisian.

Banyak model telefon bimbit yang dilengkapi kemudahan Wi-Fi atau capaian Internet tanpa wayar. Jika pejabat anda mempunyai kemudahan Wi-Fi, pengguna boleh melayari laman web dengan mudah dengan hanya menggunakan telefon bimbit.

Dengan adanya telefon bimbit berupaya Wi-Fi, di pejabat pula ada kemudahan perkhidmatan Wi-Fi, setakat ini kita masih tidak membuat panggilan menggunakan telefon bimbit menerusi kemudahan Wi-Fi kerana sebelum ini tidak terdapat perisian yang membolehkan kita berbuat demikian.

Penantian kita sudah berakhir apabila perisian yang membolehkan kita membuat panggilan telefon menerusi kemudahan Wi-Fi menggunakan telefon bimbit sudah wujud.

Kemudahan itu dinamakan Wi-Fi Mobile dan boleh diperoleh di www.wifimobile.com
Dengan kemudahan ini, prasarana Wi-Fi sedia ada boleh digunakan untuk membuat panggilan telefon.Oleh kerana nombor telefon didaftarkan ketika proses memindah turun perisian, maka nombor itu juga boleh digunakan untuk membuat panggilan dari telefon ke telefon yang lain.

Ikutilah langkah berikut untuk memindah turun perisian seterusnya menggunakan kemudahan Wi-Fi untuk membuat panggilan telefon secara percuma.

1. Lawati laman web www.wifimobile.com

2. Pilih, pilihan untuk kegunaan persendirian (Consumer Service).

Pindah turun perisian untuk telefon bimbit. Terlebih dulu hendaklah dipastikan model telefon bimbit anda terdapat di dalam senarainya. Masukkan negara, alamat e-mel dan nombor telefon.

3. Isikan huruf sekuriti yang dipaparkan

4. Satu capaian untuk anda memindah turun perisian Wi-Fi Mobile akan dihantar ke telefon bimbit melalui khidmat pesanan ringkas (SMS).

5. Apabila anda mengklik di atas capaian, perisian OneFone akan dipasang di dalam telefon bimbit anda.

6. Pilih sambungan Internet yang diinginkan dengan menekan menu > IAP, anda boleh memilih untuk menggunakan sambungan Wi-Fi atau sambungan 3G.

Selepas memilih sambungan, masukkan nombor telefon yang hendak dihubungi seperti biasa. Pastikan Ikon telefon berwarna hijau sebelum membuat panggilan. Apabila panggilan dijawab, bercakaplah seperti biasa. Kualiti suara bergantung kepada kualiti sambungan Internet yang digunakan.

Jika anda melanggan perkhidmatan 3G Data tanpa had, perisian ini juga boleh membuat panggilan melalui sambungan Internet 3G.

7.Telefon rakan anda yang sudah dipasang dengan perisian OneFone ini akan berdering seperti biasa dan perbualan boleh dilakukan seperti biasa tanpa dikenakan sebarang caj tambahan.

8. Selepas membuat panggilan tekan Options dan pilih Hang Up untuk menghentikan panggilan.Oleh kerana teknik panggilan ini menggunakan kemudahan Internet, anda boleh berbual di mana saja asalkan ada kemudahan Wi-Fi tanpa dikenakan bayaran panggilan telefon seperti yang biasa.



Format windows xp guna pendrive

Labels:

Photobucket

Biasa anda install Windows xp mestilah menggunakan medium cd atau dvd kan?

Saya akan memberitahu anda satu tool yang membolehkan anda install windows xp menggunakan pendrive.

Kelebihan menggunakan pendrive untuk menginstall windows xp ialah; proses installation berjalan lebih laju dan senang dibawa ke mana2. Tetapi, teknik ini hanya boleh digunakan bagi pc dan laptop yang menyokong boot from usb dalam bios.

Tutorial ini juga agak advanced, jika tidak faham boleh rujuk kepada pakar!

Anda perlu gunakan tool WinSetupFromUsb.


Pertama sekali, format pendrive anda menggunakan HP format tool atau PE to USB. Pendrive perlu diformat, kalau tak bios tidak akan detect pendrive anda sebagai bootable.

Selepas itu, masukkan cd windows xp anda, dan pada box Windows 2000/xp/2003 source, browse kepada location file2 windows2 xp anda.

Pada bahagian usb disk selection, pilih pendrive anda yang akan digunakan sebagai medium. Saya cadangkan anda force target disk type as removable bagi pendrive.

Lain2 option anda tidak perlu tukar melainkan anda pakar dan faham semua option2 tersebut.
Bila anda dah ready, tekan butang GO dan tunggu sehingga siap.

Cucuk pendrive yang dah dimasukkan windows xp dan dijadikan bootable, restart komputer, set boot from usb dalam bios dan install windows xp seperti biasa.

Nantikan entri akan datang mengenai cara format windows xp secara lengkap, serta cara install windows vista dan windows 7 menggunakan pendrive juga.

Link download WinSetupFromUsb.





USB Portable Software

Labels:

Bayangkan dengan teknologi terkini, anda boleh membawa bersama perisian kegemaran anda dan biasa anda gunakan untuk digunakan dimana jua dan apa jenis PC di dalam dunia ni. Sekiranya ada perisian yang anda perlukan, anda hanya perlu bawa USB thumbdrive anda dan simpan. Gunakan bila perlu tanpa download semula atau install semula pada mana-mana PC. Mudah bukan?! Dan yang paling menarik sekali kebanyakkannya adalah percuma!Dengan saiz thumbdrive/pendrive yang semakin besar, tak menjadi masalah untuk anda muatkan sekali perisian-perisian yang berguna.

Sebelum itu, anda tahu apa itu USB Portable Software (Perisian Mudah alih)? Dengan teknologi terkini, kebanyakkan perisian telah dibina dan boleh disimpan di USB thumbdrive untuk digunakan terus di mana-mana komputer. Terdapat pelbagai jenis aplikasi sekarang yang boleh dijalankan hanya dengan thumbdrive/pendrive anda seperti perisian email, web browser, perisian pejabat, antivirus, perisian utiliti dan malahan sistem operasi (OS) juga ada yang telah boleh disimpan dan dijalankan hanya melalui thumbdrive/pendrive anda! Dan yang paling menarik, segala setting akan disimpan di dalam thumbdrive/pendrive anda. Jadi, tiada sebarang maklumat akan disimpan atau ditinggalkan di dalam pc orang lain yang anda gunakan.

Kini, terdapat pelbagai laman web yang menyediakan perisian mudah alih ini, malah ada yang telah mengumpulkannya di dalam satu laman web untuk memudahkan pengguna mendapatkan perisian-perisian mudah alih yang terkini yang kebanyakkannya percuma. Ada juga syarikat-syarikat yang menawarkan perisian mudah alih berbayar tapi ia bergantung kepada kelebihannya bukan?!

Antara laman web yang menyediakan USB Portable Software (Perisian Mudah alih) ialah :

Percuma :

http://portableapps.com/

http://www.portablefreeware.com/

http://www.pendriveapps.com/

http://www.myportables.info/

Ini berbayar :

http://www.smarthumb.com/product/index.html

Antara senarai koleksi perisian mudah alih percuma :

Perisian Pejabat Mudah-Alih

Perisian Email Client Mudah-Alih

Perisian IM (Internet messaging) Mudah-Alih

Perisian Multimedia Mudah-Alih

Perisian Grafik Mudah-Alih

Perisian Web Browser dan internet tools Mudah-Alih

Perisian Keselamatan Mudah-Alih

Permainan Mudah-Alih


Dan maca-macam lagi perisian anda boleh dapati di internet nih…

Apa yang perlu anda buat ialah Google kan ajer ok…





Iklan Khidmat Masyarakat

Download PERCUMA E-Kamus

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Anda pernah dengar e-kamus? E-kamus ialah software kamus yang tercanggih yang dilengkapi dengan 18 kamus dan disertakan sebutan dalam English UK. Mudah bukan? Hanya "double click" atau "mouse move", makna perkataan anda terjawab. Boleh digunakan untuk kesemua software berasakan text seperti Microsoft Office (Word,excel dll) , PDF Reader, Mozilla Firefox, Internet Explorer dan macam-macam lagi. Anda mahu mencubanya? Dapatkan secara PERCUMA SEKARANG!


Blog ini dapat ditampilkan dengan baik menggunakan Browser Mozilla Firefox.

Download Disini...

Spread Firefox Affiliate Button