Dapatkan artikel terbaru dari Celiksiber dengan percuma.Masukkan alamat email anda:

Delivered by FeedBurner

free logo design

Letakkan kod html di bawah ini di website atau blog anda

Auto Submit Software

Labels: , ,

Mungkin banyak cara untuk meningkatkan traffic blog / website anda tapi saya akan beritahu salah satu cara untuk meningkatkan traffic blog / website iaitu dengan cara menggunakan software Auto Submit.  

Banyak nama software auto submit dan peranan nya juga mungkin berbeza. Auto submit adalah software untuk mengumpul traffic blog / website sebanyak mungkin. 

Link ini merupakan kumpulan software Auto Submit mulai dari yang percuma sampai yang berbayar.
Tapi saya menganjurkan untuk download yang percuma hehehehe. 


Tapi jika anda banyak duit cuba beli software itu agar boleh gunakan semua

kemudahan yang disediakan secara lengkap. Maklumlah nama pun free mesti ada yang depa tak kasi yer dak :)


Link Download Auto Submit

Photobucket



Free Web Hosting 3 GB Prcuma Untuk Selamanya

Labels: , , ,


Mungkin kita sering dengar perihal "Free Web hosting", tapi apakah selama ini anda tahu free hosting yang mana yang bagus? Mungkin free webhosting dengan cara "iklan" yang tersembunyi iaitu sebenarnya berbayar. Kadang-kadang dalam beberapa minit/jam domain kita di sambungkan dengan website oleh si pemilik free hosting..

Saya ada satu link dimana anda boleh cuba Free Web hosting yang satu ini..iaitu free-web-host.me ,,dan selama saya pakai free hosting ini tidak ada masalah pun.Salah satu ciri yang mereka berikanialah 100 Script Autoinstaller :


















Free Hosting



Photobucket



Jika flashdisk kesayangan anda rosak dan tidak dapat dibaca oleh komputer anda.

Labels: ,



Jika pekara ini terjadi pada anda pasti yang akan anda lakukan adalah cuba memformatnya, tapi dengan formatformat, masih tidak menndatangkan apa-apa. kerena flashdisk anda tidak lagi boleh dibaca oleh sistem komputer anda.

Masih ada sebuah cara lama untuk menyelesaikan permasalahan seperti ini.
jika anda berani dan nekad bolehlah cuba buka casing flashdisk, buka dengan menggunakan pisau atau benda tajam (hati-hati jangan sampai terkena tangan).

Jika sudah buka jadi anda boleh nampak semua bahagian dalam flashdisk anda. (lihat gambar)




1. penyambung

2. IC Controller

3. test point

4. IC Memory

5. Crystal (pengatur frekuensi)

6. LED

7. Switch write protection

8. Tempat untuk menyimpan memory tambahan

(NB: flashdisk anda mungkin tidak sama kedudukan komponennya dengan gambar diatas tapi secara umum komponen yang ada sama dan serupa dengan semua flashdisk.)

jika anda memiliki blow-air sila gunakan tapi jika tidak ada cuba pergi ke tempat service handphone atau kedai motor lepastu sembur flashdisk dengan blow-air, jangan menggunakan hair-dryer kerana panas.


blow kearah permukaan IC seterusnya kaki-kakinya dan semua solder point yang ada.

kemudian biarkan sebentar dan cuba anda sambungkan ke komputer.

daripada pengalaman saya dengan cara ini (kerana nekad dan ingin mencuba) maka flashdisk saya masih boleh diselamatkan.

Perhatian: data tidak dijanjikan selamat, kerana matlamat utama adalah menyelamatkan hardware flashdisk bukan data. Perlu di ingatkan lebih baik mencuba dari tidak berbuat apa-apa dan barangkali data dalam flashdisk anda masih berjaya diselamatkan.



selamat mencuba
ikhlas

Photobucket



Cara Kerja Virus Komputer Mengikut Jenisnya

Labels: ,

Celiksiber kembali mengingatkan kegiatan dan cara tersebarnya setiap virus komputer, iaitu mengenai bagaimana cara kerja virus komputer tersebut.

Virus merupakan suatu program komputer yang memiliki kemampuan untuk merosakan file atau merosakan sistem komputer.Kira macam memporak perandakan komputer kita.

Virus mempunyai pelbagai jenis dan mempunyai cara kerja yang berbeza-beza,

Berikut Jenis-jenis virus dan cara kerja masing-masing :

1. Virus File
Virus ini mempunyai cara kerja iaitu menjangkiti aplikasi atau dokumen yang ada dalam komputer anda. Ketika aplikasi yang dijangkiti tersebut dijalankan, maka virus ini akan menyebar dengan cara terus menerus menjangkiti semua file atau dokumen yang diakses oleh aplikasi tersebut. Tetapi perlu di ingatkan bagaimana bentuk jangkitan setiap aplikasi dan file yang dijangkiti itu ada berbagai-bagai rupa.

2. Virus Boot Sector
Virus ini mempunyai cara kerja iaitu menjangkiti boot sector harddisk (boot sector merupakan satu bahagian dalam hardisk yang mana ia yang pertama  diakses semasa komputer dihidupkan). Jika virus boot sector ini aktif, pengguna tidak akan boleh booting komputer nya secara normal.

3. Virus E-mail
Virus ini mempunyai cara kerja iaitu menyebar melalui e-mel (biasanya dalam bentuk file lampiran / attachment). Virus jenis ini memiliki ciri khusus berupa sambungan. Scr,. Exe,. Pif, atau. Bat.
Apabila Virus ini aktif, maka dia akan mengirimkan dirinya sendiri ke berbagai alamat e-mel yang terdapat dalam buku alamat pengguna.

4. Virus Multipartite
Virus ini mempunyai cara kerja iaitu menjagkiti  file-file komputer sekaligus boot sector pada harddisk.
Virus jenis ini akan menimbulkan banyak masalah kerana menyebabkan kerosakan yang teruk.

5. Virus Polimorfis
Virus ini mempunyai cara kerja yang unik iaitu virus ini dapat mengubah code dirinya (wujud secara berganti-ganti) ketika menyebarkan diri ke komputer lain. Virus ini lebih sukar dikesan kerana mempunyai sifat / kemampuan seperti itu iaitu mengubah code nya sendiri.

6. Virus Siluman (stealth virus)
Virus ini mempunyai cara kerja iaitu dia mampu menyembunyikan dirinya dengan cara membuat sebuah file yang dijangkitinya seolah-olah file tersebut tidak dijangkiti.

7. Virus Macro
Virus ini mempunyai cara kerja iaitu menjangkiti Aplikasi Microsoft Office, seperti Word dan Excel.

Biasanya Dokumen yang dijangkiti oleh Virus Makro akan mengubah arahan yang ada di Microsoft Office seperti arahan "Save" untuk menyebarkan dirinya ketika arahan tersebut di ikuti.

Photobucket



Auto shutdown (mematikan komputer secara automatik)

Labels: ,

Anda boleh mematikan komputer anda secara automatik pada waktu / jam sesuai yang anda inginkan menggunakan software autoShutdown ini (OS: Windows), lesen software ini adalah percuma,

Sila download di sini


Photobucket



Bagaimana memasukkan filem YouTube ke PowerPoint gambar?

Labels: ,

Anda boleh memasukkan filem YouTube ke dalam Slide PowerPoint untuk tujuan pelbagaikan idea atau cara yang lebih baik untuk menyampaikan sesuatu. Anda boleh menyampaikan idea-idea ini dalam cara yang lebih berkesan, jika anda menggunakan file film dengan gambar sederhana anda.

Ikuti langkah-langkah yang diberikan untuk menambah filem YouTube ke dalam PowerPoint:

Mula-mula download filem YouTube.com dan kemudian save pada komputer anda. Kebanyakan filem yang sedia dalam format flash video di laman YouTube. Anda boleh download film dari YouTube ke dalam format umum, misalnya,windows media video file (wmv), windows video file (avi) and movie file (mpeg).

Buka presentation di mana anda ingin memasukkan movie file.

Sekarang klik Insert pilihan  "Movies and Sounds" menu dan pilih option" Movie from File ".




Sekarang pilih filem yang anda ingin masukkan ke dalam gambar dan klik butang Ok.



Di sini anda ditanya "Adakah anda mahukan movie bermain secara automatik? Jika tidak, ia akan dimainkan bila anda klik."



Disarankan memilih pilihan main secara automatik. 

Akhirnya save presentation PowerPoint anda dan cuba running bagi tujuan percubaan.

Photobucket



Turbo - Senjata Baru Browser Opera 10

Labels:

Bagi penggemar browser Opera patut bergembira, kerana kini opera 10 telah dilengkapi dengan senjata baru, iaitu TURBO. Selain dilengkapi dengan senjata turbo, opera 10 juga memiliki paparan yang lebih menarik.

Dengan mengaktifkan fungsi turbo ini akan dapat mempercepat loading page halaman website. cara ianya berfungsi adalah dengan mengkompres (omputih di melayukan) gambar/image yang ada dalam suatu halaman website, sehingga proses loading  akan lebih cepat kerana lebih ringan.

Kembali ke ciri Turbo tadi anda mungkin pernah mendengar tentang tools yang boleh badwidth (sistem compression) dan mempercepat proses transfer data seperti On speed atau pun Tune. Opera 10 Turbo berfungsi sama seperti tools tersebut.

Opera 10 Turbo Sangat sesuai digunakan kepada sesiapa yang menggunakan jaringan internet dengan kadar kelajuan yang kecil atau sederhana.


opera browser with turbo
Untuk mengaktifkan fungsi turbo pada browser opera 10, anda tinggal mengklik toggle ciri turbo yang ada di bahagian kiri bawah browser opera 10 tersebut. Untuk setting  klik “Configurasi Opera Turbo”. Hanya terdapat tiga pilihan atau option iaitu On – Off – dan Automatic. Bila memilih automatic, maka ketika speed connection internet slow maka secara automatik fungsi turbo akan aktif/on dan sebaliknya.
Anda berminat menggunakan Browser Opera 10 Turbo

Bolehlah download software nya di sini.


Photobucket




Download Anti Virus AVG 9.0 Free Edition

Labels:

logo antivirus avg Anti Virus AVG versi 9.0 Free Edition. Awalnya AVG 9 hanya ada untuk versi berbayar (premium), tapi kini AVG 9 free edition tersedia untuk dimuat turun secara percuma. Bagi para pengguna yang biasa menggunakan anti virus AVG versi percuma, tentu ini merupakan berita yang sangat baik walaupun dengan ciri yang terbatas. Namanya pun percuma kan. Big Grin
Sudah pasti  AVG 9.0 ini, banyak ciri baru yang ditambahkan untuk menambah lagi ketangkasan dalam mengatasi dan melindungi komputer anda dari  berbagai  macam virus dan spyware.
AVG 9.0 sudah compatible dengan windows XP, windows Vista, dan windows 7. Untuk muat turun (Free Edition), disini  AVG Anti-Virus Free Edition 9.0.



Photobucket




5 Text Editor Pilihan Pengganti Notepad

Labels: ,



Jika anda memerlukan sebuah text edNotepad merupakan text editor oleh Windows yang sejak pertama kali muncul sampai sekarang hampir tidak ada fungsi tambahan. Notepad ini hanya bagus digunakan untuk menulis catatan ”ringkas” atau teks yang sederhana dengan kemampuan lebih seperti syntax highlighting, multi document, search and replace, dll maka sila lah pilih 5 notepad replacement di bawah ini.


1. Notepad ++

Notepad++ merupakan text editor dan source code editor percuma yang mempunyai fungsi yang cukup banyak. Freeware ini berguna buat anda yang memerlukan text editor dengan kemampuan yang lebih.
banyak fungsi:
  • Syntax Highlighting and Syntax Folding
  • WYSIWYG
  • User Defined Syntax Highlighting
  • Auto-completion
  • Multi-Document
  • Multi-View
  • Regular Expression Search/Replace supported
  • Full Drag ‘N’ Drop supported
  • Dynamic position of Views
  • File Status Auto-detection
  • Zoom in and zoom out
  • Multi-Language environment supported
  • Bookmark
  • Brace and Indent guideline Highlighting
  • Macro recording and playback
2. PSPad

PSPad merupakan text editor untuk keperluan programmer. ketika ini PSPad support untuk bahasa programmer C++, Cobol, MS-Dos batch, CSS, Forth, Fortran, FoxPro, HTML, XHTML, INI, Inno Setup, Java, JavaScript, KixStart, Object Pascal, Perl, PHP, Python, RSS, SQL, TCL/TK, Unix ShellScript, VBScript, Visual Basic, X86 assembler dan lebih dari 120 bahasa lainnya.

3. NoteTab Light

NoteTab Light mempunyai fungsi berikut:
  • Easy to use, reliable, fast, and very flexible.
  • Open, navigate and edit many documents at once, even huge files.
  • AutoCorrect/Auto-replace mode, thesaurus, and spell checking with 13 language dictionaries available.
  • Formatting and conversion commands galore: text case, alignment, strip tags, convert to HTML, unquote e-mails, and much more. Can automatically capture and save text sent to the Clipboard from any application.
  • Supports many file formats: DOS, MAC, UNIX, ANSI, ASCII, UNICODE, and EBCDIC.
  • Calculates the results of mathematical expressions and inserts them in your text.
  • Includes regular expression’s engine based on PCRE (Perl 5 compatible) for wildcard searches and replacements.
  • Powerful Clipbook tool makes it easy to access handy macro functions and boilerplate text.
  • Programmable – add your own custom commands using an easy-to-learn, full-featured script language.
4. Notepad2

Notepad2 merupakan text editor yang cukup kecil dan ringan dengan fungsi syntax highlighting. Software ini dapat digunakan terus. Anda boleh gunakan tanpa perlu di install terlebih dahulu.

5. EditPad Lite

EditPad Lite merupakan text editor dengan banyak kelebihan dibanding Notepad, sistem operasi Windows NT4, 98, 2000, ME, XP and Vista.

Photobucket



MencantikanDesktop Dengan Rainmeter

Labels: , ,



Rainmeter merupakan software percuma untuk menampilkan berbagai informasi system seperti CPU, RAM, capaian jaringan, weather, playlist, dll dalam bentuk widget. Tidak sekadarr menampilkan informasi saja, widget tersebut sekaligus akan mempercantik pernampilan desktop anda.


Dalam Rainmeter versi terbaru disertakan skin Enigma, salah satu skin Rainmeter paling popular. Anda dapat download Rainmeter di http://rainmeter.net/.

Beberapa contoh tampilan Rainmeter:







Jika anda memerlukan skin tambahan untuk Rainmeter, Anda dapat mencarinya di:

Photobucket



7 Software Antivirus Percuma

Labels: ,


Software antivirus merupakan salah satu software yang wajib diinstall di setiap komputer. Tanpa adanya software yang satu ini bersedialah untuk kehilangan data penting kerena serangan virus, trojan, worm, dsb.
Banyak pilihan antivirus yang dapat anda gunakan. Berikut ini saya tampilkan antivirus percuma yang boleh anda cuba. Walaupun percuma tapi ciri yang ditawarkan antivirus ini sudah cukup lengkap ;-)


1. AVG Anti-Virus Free Edition

Ini merupakan salah satu software antivirus percuma terbaik dengan fungsi yang cukup lengkap. Salah satu fungsi yang cukup menarik dan jarang dimiliki antivirus lain adalah fungsi LinkScanner Active Surf-Shield dan LinkScanner Search-Shield yang akan membantu menyelamatkan komputer anda ketika surfing di internet.

2. Avira AntiVir Personal

Avira cukup bagus untuk melawan virus, trojans, backdoor program, hoax, worm, dialer, dll. cuma masalahnya ada sedikit ”mengganggu” dari Avira adalah nag screen yang muncul secara periodik yang menawarkan kepada penggunanya untuk upgrade ke versi berbayar.Boring jer kan :-)

3. Avast Home Free Edition

Walaupun software ini percuma, tapi untuk menggunakan secara full selama setahun anda perlu membuat pendaftaran terlebih dahulu. Untuk membuat pendaftaran anda boleh mengunjungi halaman ini. Setelah itu license key akan dikirimkan via email.

4. PC Tools AntiVirus Free Edition

Freeware ini cukup berkesan untuk mengesan, mengkuarantin, dan memperbaiki file yang rosak kerena serangan virus, trojan, dan worm.

5. Comodo Internet Security

Comodo Internet Security terdiri dari Comodo Firewall dan Comodo Antivirus. Software ini boleh digunakan pada Windows XP dan Windows Vista.

6. MicroWorld Free AntiVirus Toolkit Utility (MWAV)

MWAV adalah antivirus sekaligus antispyware dan antiadware. Software ini dapat terus digunakan, tanpa perlu di install terlebih dahulu.

7. BitDefender Free Edition

Ini adalah salah satu antivirus yang sudah cukup lama dengan ciri yang cukup menarik seperti virus scanning and removal, scheduled scanning, immediate scanning, skinable interface, quarantine, reports.

Photobucket



Download Microsoft Office Professional Plus 2010 Beta

Labels: ,

Download Microsoft Office Professional Plus 2010 Beta



Microsoft baru  Microsoft Office Professional Plus 2010 versi Beta, pihak microsoft menjemput pengguna untuk untuk mencuba.
Paket Microsoft Office Professional Plus 2010 ini terdiri dari:
  • Microsoft Word
  • Microsoft Excel
  • Microsoft Power Point
  • Microsoft Outlook
  • Microsoft OneNote
  • Microsoft Access
  • Microsoft Publisher
  • Microsoft InfoPath
  • Microsoft SharePoint Workspace
  • Microsoft Communicator

Jika anda berminat untuk mencuba, Anda boleh download di: http://www.microsoft.com/office/2010/

Microsoft Word


Microsoft Excel

Untuk download tidak ada syarat khusus, hanya diperlukan akun Windows Live. Jika tidak anda boleh membuatnya secara percuma. Ukuran file installer Microsoft Office Professional Plus 2010 Beta sekitar 700 MB.
Anda boleh menggunakan versi Beta ini sampai bulan October 2010. Jadi hampir satu tahun anda boleh menggunakan software legal ini dengan percuma.


Photobucket



Cd Drive Tools, untuk buka tutup tray CD/DVD Rom dengan klik mouse.

Labels: ,

Ada masanya kita merasa susah atau malas untuk menekan tombol eject CD/DVD ROM di CPU, ini mungkin kerena letaknya CPU yang agak jauh, atau kita memang jenis yang malas tambahan pula dah duduk dalam posisi santai tidak mau bergerak / berpindah. atau karena tombol eject CD/DVD ROM yang sudah rosak, atau ada sebab-sebab lain yang anda sendiri yang tahu.

Tools kecil 'Cd Drive Tools' dapat berfungsi sebagai remote untuk membuka / menutup tray CD/DVD ROM, hanya dengan klik mouse.

softwarenya dapat di muat turun di alamat ini : http://tinyurl.com/b6ote4

Setelah di muat turun dan install, semasa klik kanan pada tray icon (kanan bawah) seperti gambar berikut ini :







Photobucket



Tidak Tentunya Software Versi Terbaru Lebih Baik

Labels: , ,



"Kadangkala kita jumpa suatu versi program yang baru ternyata tidak lebih baik di banding versi sebelumnya, bahkan kadang kala lebih buruk. Lebih kurang ada 13 aplikasi program dimana pengguna lebih menyukai versi sebelumnya daripada yang terbaru."
Developer software selalu ingin anda mempercayai bahawa setiap produk terbaru mereka adalah lebih baik, padahal kadang-kadang banyak kekurangan yang mereka sembunyikan seperti permintaan kecepatan prosesor dan RAM yang lebih tinggi dari sebelumnya. Banyak aplikasi yang terbaru ini selalu menyatakan bahawa versi terbarunya dibuat untuk memenuhi keperluan dan kemajuan penggunaan software. Tetapi seperti yang kita ketahui, tidak selalunya pekara itu benar.  

Kita semua pastinya ingat bagaimana aplikasi software itu sendiri berkembang dari yang paling sederhana hanya berukuran sekitar 1 MB hingga menjadi sebuah aplikasi raksasa dengan ukuran yang tidak pernah terfikir sebelumnya hingga kita memerlukan seorang pakar IT untuk menerangkannya. Pada setiap upgrade kadangkala sesebuah aplikasi membuang beberapa firi terbaiknya hanya supaya dapat meningkatkan ciri lebih kompleks yang nantinya diharapkan mempunyai nilai jual (permintaan/market) lebih tinggi. Ini dapat kita lihat dari semakin 'Tamak' sebuah aplikasi memakan space dalam sistem komputer kita. Tentu saja pengguna tidak menyadarinya, kerana lebih suka dibuai dengan tampilan interface yang lebih cantik .walaupun kadang kala mungkin sebenarnya tidak begitu berguna. Namun itulah kenyataanya.  

Satu pekara  yang harus diingat adalah bahawa jika kita memutuskan untuk bertahan memakai versi software yang lama, maka pastikan bahawa dari segi keselamatan dan aplikasi yang lain dapat support dengan aplikasi yang baru jika kita install sesuatu aplikasi yang terbaru. Sebab seringkali suatu versi terbaru dari sebuah aplikasi menggunakan helah keselamatan seperti antivirus sebagai senjata untuk memaksa penggunanya untuk beralih kepada versi terbaru yang dikeluarkan, dan resiko seperti ini perlu di fikir dan dipertimbangkan dengan wajar.

Photobucket



Tahukah Kemana Perginya Fail Yang Dipadam [ Delete ] Dari Komputer ?

Labels:

Bagaimana hendak mendapatkan kembali fail selepas fail dipadam dan setelah mengkosongkan tong sampah ( recycle bin ). Mungkin anda juga pernah terpikir untuk mengembalikan fail yang terpadam secara sengaja atau tak sengaja. Kebanyakkan pengguna komputer beranggapan, memadam fail bermakna fail itu hilang atau fail itu tidak akan dipaparkan lagi. Haaa...anggapan anda itu mungkin salah..


Secara teknikalnya, fail yang anda delete tidak pergi kemana – mana pun. Ia masih lagi berada di dalam komputer anda.( percaya tak? ) Didalam cakera keras ( hard disk ) anda mempunyai satu fungsi yang dipanggil FAT ( File Allocation Table ) dimana ia ditugaskan mengatur fail – fail atau data – data didalam komputer anda. FAT ini ditugaskan menyusun fail pada hard disk dan juga ia juga mengandungi senarai isi kandungan bagi fail yang terdapat pada hard disk anda.
Apabila anda memadam sesuatu fail, ia tidak bermakna data terus hilang. Sebenarnya fail yang dipadam tadi hanyalah dipadam daripada isi kandungan sahaja cuma ia tidak dapat diakses. Apa yang sebenarnya berlaku ialah apabila fail dipadam, Windows akan mengenal pasti ruang fail yang dipadam tadi tersedia untuk kemasukkan fail / data atau maklumat baru. Fail yang dipadam tadi akan bertahan sehinggalah fail / data baru ditulis pada ruang yang sama dengan fail lama yang telah dipadam.
Contohnya saya bagi gambaran…
Sebuah buku, apabila anda padam BAB 1 pada isi kandungan, anda masih lagi dapat mencari dimana muka surat BAB 1, tetapi dengan cara susah  menyelak setiap helaian muka surat. Apabila anda padam BAB 1, dan anda gantikan BAB 2 pastulah BAB 1 tu akan hilang dan anda tidak akan jumpa mukasurat BAB 1 tu kerana telah digantikan dengan BAB 2.
Berbalik pada fail dalam komputer, apabila anda terpadam fail, tidak mustahil untuk anda mendapatkannya kembali dengan menggunakan perisian – perisian yang boleh mengembalikan fail itu tersebut. Tetapi ia bergantung kepada berapa lama fail anda itu berada dalam hard disk. Sekiranya  anda terpadam fail, kemudian anda telah mencipta satu fail baru, kebarangkalian untuk anda mendapatkan fail itu yang lama itu agak tipis kerana ruang yang lama adalah untuk fail yang baru. Tetapi kalau hard disk anda tersedia banyak ruang untuk fail baru, anda mungkin dapat mengembalikan fail yang terpadam tadi.



Photobucket



Iklan Khidmat Masyarakat

Download PERCUMA E-Kamus

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Anda pernah dengar e-kamus? E-kamus ialah software kamus yang tercanggih yang dilengkapi dengan 18 kamus dan disertakan sebutan dalam English UK. Mudah bukan? Hanya "double click" atau "mouse move", makna perkataan anda terjawab. Boleh digunakan untuk kesemua software berasakan text seperti Microsoft Office (Word,excel dll) , PDF Reader, Mozilla Firefox, Internet Explorer dan macam-macam lagi. Anda mahu mencubanya? Dapatkan secara PERCUMA SEKARANG!


Blog ini dapat ditampilkan dengan baik menggunakan Browser Mozilla Firefox.

Download Disini...

Spread Firefox Affiliate Button