Semua orang boleh jadi blogger
Apakah Itu Blog?
Blog juga adalah satu jenis laman web. Namun, berbeza dari laman web biasa, artikel-artikel baru harus sentiasa ditambah dari masa ke semasa. Ada yang menulis blog setiap minggu, dan ada juga yang menulis blog setiap hari. Dalam blog juga, pembaca boleh memberikan komen dan maklum balas terhadap hasil tulisan anda.
Mengapa Nak Buat Blog?
Tidak dapat dinafikan bahawa kini, blog lebih cepat popular berbanding laman web biasa. Jadi, lebih ramai orang yang mula untuk membuat blog dengan pelbagai tujuan, antaranya ialah:
- *Sebagai diari dan catatan harian
- *Tempat berkongsi ilmu pengetahuan
- *Sumber pendapatan, iaitu sebagai cara untuk buat duit secara online seperti krulnizamnordin
Antara contoh-contoh blog adalah Saifulislam yang mengajak kita berfikir, Affuan.net yang memberi tips tentang bisnes Internet,krewkembarasufi dan juga KNizam Artwerk yang membawa anda ke tempat-tempat makan yang menarik. Tak lupa juga pada SembangKomputer.com yang mengandungi banyak tips-tips mengenai komputer.
Mudahnya Menggunakan Blog!
Adakah anda perlu menjadi seorang pakar IT untuk memulakan blog? Tidak sama sekali! Cukuplah jika anda pandai menaip dan menggunakan Internet, anda sudah mampu untuk memiliki sebuah blog.
Untuk mendaftar di Google sebagai Blogger sila klik untuk keterangan lanjut
Untuk keterangan lebih terperinci sebagai Blogger sila klik info untuk keterangan lanjut