Tidak Tentunya Software Versi Terbaru Lebih Baik
skip to main | skip to sidebar
"Kadangkala kita jumpa suatu versi program yang baru ternyata tidak lebih baik di banding versi sebelumnya, bahkan kadang kala lebih buruk. Lebih kurang ada 13 aplikasi program dimana pengguna lebih menyukai versi sebelumnya daripada yang terbaru."
Kita semua pastinya ingat bagaimana aplikasi software itu sendiri berkembang dari yang paling sederhana hanya berukuran sekitar 1 MB hingga menjadi sebuah aplikasi raksasa dengan ukuran yang tidak pernah terfikir sebelumnya hingga kita memerlukan seorang pakar IT untuk menerangkannya. Pada setiap upgrade kadangkala sesebuah aplikasi membuang beberapa firi terbaiknya hanya supaya dapat meningkatkan ciri lebih kompleks yang nantinya diharapkan mempunyai nilai jual (permintaan/market) lebih tinggi. Ini dapat kita lihat dari semakin 'Tamak' sebuah aplikasi memakan space dalam sistem komputer kita. Tentu saja pengguna tidak menyadarinya, kerana lebih suka dibuai dengan tampilan interface yang lebih cantik .walaupun kadang kala mungkin sebenarnya tidak begitu berguna. Namun itulah kenyataanya.
Satu pekara yang harus diingat adalah bahawa jika kita memutuskan untuk bertahan memakai versi software yang lama, maka pastikan bahawa dari segi keselamatan dan aplikasi yang lain dapat support dengan aplikasi yang baru jika kita install sesuatu aplikasi yang terbaru. Sebab seringkali suatu versi terbaru dari sebuah aplikasi menggunakan helah keselamatan seperti antivirus sebagai senjata untuk memaksa penggunanya untuk beralih kepada versi terbaru yang dikeluarkan, dan resiko seperti ini perlu di fikir dan dipertimbangkan dengan wajar.
Tahukah Kemana Perginya Fail Yang Dipadam [ Delete ] Dari Komputer ?
Bagaimana hendak mendapatkan kembali fail selepas fail dipadam dan setelah mengkosongkan tong sampah ( recycle bin ). Mungkin anda juga pernah terpikir untuk mengembalikan fail yang terpadam secara sengaja atau tak sengaja. Kebanyakkan pengguna komputer beranggapan, memadam fail bermakna fail itu hilang atau fail itu tidak akan dipaparkan lagi. Haaa...anggapan anda itu mungkin salah..
Secara teknikalnya, fail yang anda delete tidak pergi kemana – mana pun. Ia masih lagi berada di dalam komputer anda.( percaya tak? ) Didalam cakera keras ( hard disk ) anda mempunyai satu fungsi yang dipanggil FAT ( File Allocation Table ) dimana ia ditugaskan mengatur fail – fail atau data – data didalam komputer anda. FAT ini ditugaskan menyusun fail pada hard disk dan juga ia juga mengandungi senarai isi kandungan bagi fail yang terdapat pada hard disk anda.Apabila anda memadam sesuatu fail, ia tidak bermakna data terus hilang. Sebenarnya fail yang dipadam tadi hanyalah dipadam daripada isi kandungan sahaja cuma ia tidak dapat diakses. Apa yang sebenarnya berlaku ialah apabila fail dipadam, Windows akan mengenal pasti ruang fail yang dipadam tadi tersedia untuk kemasukkan fail / data atau maklumat baru. Fail yang dipadam tadi akan bertahan sehinggalah fail / data baru ditulis pada ruang yang sama dengan fail lama yang telah dipadam.
Contohnya saya bagi gambaran…Berbalik pada fail dalam komputer, apabila anda terpadam fail, tidak mustahil untuk anda mendapatkannya kembali dengan menggunakan perisian – perisian yang boleh mengembalikan fail itu tersebut. Tetapi ia bergantung kepada berapa lama fail anda itu berada dalam hard disk. Sekiranya anda terpadam fail, kemudian anda telah mencipta satu fail baru, kebarangkalian untuk anda mendapatkan fail itu yang lama itu agak tipis kerana ruang yang lama adalah untuk fail yang baru. Tetapi kalau hard disk anda tersedia banyak ruang untuk fail baru, anda mungkin dapat mengembalikan fail yang terpadam tadi.
Sebuah buku, apabila anda padam BAB 1 pada isi kandungan, anda masih lagi dapat mencari dimana muka surat BAB 1, tetapi dengan cara susah menyelak setiap helaian muka surat. Apabila anda padam BAB 1, dan anda gantikan BAB 2 pastulah BAB 1 tu akan hilang dan anda tidak akan jumpa mukasurat BAB 1 tu kerana telah digantikan dengan BAB 2.
Browsing melalui telefon bimbit dengan Opera Mini
Kini berinternet semakin mudah. Teknologi handphone dan perkhidmatan dari operator rangkaian talian di tanah air memungkinkan aktiviti browsing dapat dilakukan melalui hanphone sahaja. Selain menggunakan browser yang tersedia asal dalam handphone, penggunaan browser alternatif pihak ketiga juga sangat digemari. Salah satu browser handal dan popular untuk browsing melalui handphone adalah Opera Mini.
Pencarian teks di halaman web secara cepat
Pengisian alamat web automatik (auto complete)
Kemampuan download dan upload file
Penyimpanan halaman web untuk akses offline
Sinkronisasi dengan daftar bookmark pada Opera Browser versi desktop
Penyajian halaman web dengan mode landscape (melintang)
Virtual mouse
Mengambil Objek Animasi Flash di Website
Anda tertarik dengan sebuah animasi flash yang ditampilkan di sebuah halaman web ? Bingung bagaimana mengambilnya ?
1.Download dan install tool flash capture, misalnya http://flashcapture.zbsoft.net.
2.Jalankan Flash Capture, klik URL halaman web yang mengandungi animasi flash.
3.Proses pencarian file animasi di halaman web tersebut akan dilakukan. Hasilnya ditampilkan dalam daftar file di bahagian kiri. Klik link namafile.swf . Klik Save atau Save as.
4.Periksa file hasil capture di folder C:\Program Files\Flash Capture\Temp\. Kini animasi flash yang Anda inginkan telah tersimpan di komputer anda.