Cara Kerja Virus Komputer Mengikut Jenisnya
Celiksiber kembali mengingatkan kegiatan dan cara tersebarnya setiap virus komputer, iaitu mengenai bagaimana cara kerja virus komputer tersebut.
Virus merupakan suatu program komputer yang memiliki kemampuan untuk merosakan file atau merosakan sistem komputer.Kira macam memporak perandakan komputer kita.
Virus mempunyai pelbagai jenis dan mempunyai cara kerja yang berbeza-beza,
Berikut Jenis-jenis virus dan cara kerja masing-masing :
1. Virus File
Virus ini mempunyai cara kerja iaitu menjangkiti aplikasi atau dokumen yang ada dalam komputer anda. Ketika aplikasi yang dijangkiti tersebut dijalankan, maka virus ini akan menyebar dengan cara terus menerus menjangkiti semua file atau dokumen yang diakses oleh aplikasi tersebut. Tetapi perlu di ingatkan bagaimana bentuk jangkitan setiap aplikasi dan file yang dijangkiti itu ada berbagai-bagai rupa.
2. Virus Boot Sector
Virus ini mempunyai cara kerja iaitu menjangkiti boot sector harddisk (boot sector merupakan satu bahagian dalam hardisk yang mana ia yang pertama diakses semasa komputer dihidupkan). Jika virus boot sector ini aktif, pengguna tidak akan boleh booting komputer nya secara normal.
3. Virus E-mail
Virus ini mempunyai cara kerja iaitu menyebar melalui e-mel (biasanya dalam bentuk file lampiran / attachment). Virus jenis ini memiliki ciri khusus berupa sambungan. Scr,. Exe,. Pif, atau. Bat.
Apabila Virus ini aktif, maka dia akan mengirimkan dirinya sendiri ke berbagai alamat e-mel yang terdapat dalam buku alamat pengguna.
4. Virus Multipartite
Virus ini mempunyai cara kerja iaitu menjagkiti file-file komputer sekaligus boot sector pada harddisk.
Virus jenis ini akan menimbulkan banyak masalah kerana menyebabkan kerosakan yang teruk.
5. Virus Polimorfis
Virus ini mempunyai cara kerja yang unik iaitu virus ini dapat mengubah code dirinya (wujud secara berganti-ganti) ketika menyebarkan diri ke komputer lain. Virus ini lebih sukar dikesan kerana mempunyai sifat / kemampuan seperti itu iaitu mengubah code nya sendiri.
6. Virus Siluman (stealth virus)
Virus ini mempunyai cara kerja iaitu dia mampu menyembunyikan dirinya dengan cara membuat sebuah file yang dijangkitinya seolah-olah file tersebut tidak dijangkiti.
7. Virus Macro
Virus ini mempunyai cara kerja iaitu menjangkiti Aplikasi Microsoft Office, seperti Word dan Excel.
Biasanya Dokumen yang dijangkiti oleh Virus Makro akan mengubah arahan yang ada di Microsoft Office seperti arahan "Save" untuk menyebarkan dirinya ketika arahan tersebut di ikuti.