Dapatkan artikel terbaru dari Celiksiber dengan percuma.Masukkan alamat email anda:

Delivered by FeedBurner

free logo design

Letakkan kod html di bawah ini di website atau blog anda

Mengakses Internet Di Kawasan Terbuka

Labels:

SOALAN:

Selain peralatan asas seperti komputer notebook atau laptop dan talipon bimbit pintar, apakah peranti khas yang diperlukan untuk mengakses internet di kawasan terbuka seperti di padang atau gurun? Jika ada, apakah peralatan atau perisian khas itu? Bagaimana pula dengan alamat IP?

JAWAPAN:

Perkara yang paling penting sekali untuk mencapai Internet ialah liputan "signal" dari pembekal talian sama ada syarikat telekomunikasi atau penyedia perkhidmatan Internet (ISP) atau jaringan tanpa wayar.

Jika menggunakan khidmat selular, anda perlu mendapatkan khidmat pembekal dan pastikan liputan ada di kawasan itu.Anda boleh menggunakan telefon bimbit dan lebih baik lagi sekiranya mempunyai telefon bimbit terkini dengan fungsi 3G atau EDGE.
Bluetooth atau kabel USB dan gunakan perisian yang dibekalkan pembuat telefon bimbit untuk memulakan sambungan ke Internet.

Alamat IP akan dibekalkan oleh pembekal selular anda.Setelah dapat alamat IP, anda boleh mencapai Internet.Gambar yang disertakan menunjukkan perisian Nokia PC Suite dengan pilihan sambungan ke Internet.

Dipetik dari:http://www.hmetro.com.my/



Perisian Anti Virus Percuma

Labels:

SOALAN:

BAGAIMANA cara untuk mendapatkan perisian anti virus secara percuma? Bolehkan saya mendapatkannya melalui perkhidmatan internet.

JAWAPAN:

TERDAPAT beberapa perisisan anti virus percuma untuk penggunaan di rumah atau pelajar. Antara perisian yang paling popular dan berkesan ialah;

1 - AVG Anti-virus (http://free.grisoft.com)

2 - Avast! (http://www.avast.com)

3 - Clamwin (http://www.clamwin.com)

Untuk mendapatkannya, layari laman yang dinyatakan dan pindah turun turun aplikasi anti virus berkenaan.

Bergantung kepada jenis anti virus, anda mungkin perlu mendapatkan lesen untuk mendapatkan kemas kini kerana sifat lazim sesebuah perisian anti virus itu memerlukan rutin kemas kini yang agak kerap.

Pengemaskinian itu penting kerana setiap hari banyak virus baru wujud dalam persekitaran perkomputeran kita, terutamanya apabila kita sering bertukar-tukar komputer dan melayari laman-laman web.

Dipetik dari;http://www.hmetro.com.my/



Perisian Anti Virus : Pastikan Komputer Kita Selamat

Labels:

SOALAN:

Jenis perisian anti virus paling sesuai untuk mengesan semua jenis virus dan bagaimana caranya mengemaskini melalui Internet?

JAWAPAN:

DULU komputer tidak perlukan perisian anti virus. Tapi, berbeza dengan hari ini, komputer tanpa perisian anti virus seperti mengundang padah.
Virus komputer bertindak seperti virus biasa, yang akan menjangkiti komputer dan mengakibatkan komputer "sakit" serta tidak dapat beroperasi dengan betul. Tetapi ada juga virus komputer yang tidak mendatangkan kesan yang memudaratkan, mungkin cuma sengaja untuk membuat kacau.

Antara tiga jenis virus iaitu:
- Virus sektor Boot
- Virus emel
- Virus makro

Perisian anti virus boleh mengurangkan risiko komputer dijangkiti. Bagaimanapun, kebanyakan pengguna tidak mengemaskini paten virus untuk perisian anti virus mereka menyebabkan komputer mereka terdedah kepada jangkitan.

Perisian antivirus boleh didapati secara komersial, Freeware dan Sumber Terbuka.Antara perisian anti virus komersial termasuk Symantec AntiVirus, Norton AntiVirus, Kasperky Antivirus, AVG AntiVirus dan lain-lain lagi.

Antara perisian anti virus dengan pelesenan Freeware ialah
- AVG Free Edition (free.grisoft.com)
- BitDefender (http://www.bitdefender.com/)
- Avast Home Edition (http://www.avast.com/eng/avast_4_home.html)
dan lain-lain lagi.

Perisian antivirus dengan Sumber Terbuka ialah
- ClamAV/ClamWin (http://www.clamwin.com/) dan OpenAntiVirus.

Jika wang menjadi faktor penghalang, gunakan perisian antivirus Freeware atau Sumber terbuka. Anda layak menggunakan perisian antivirus AVG Free Edition, sebagai contoh.Boleh dikatakan semua perisian antivirus mempunyai kebolehan untuk mengemaskini paten virus secara automatik.

Cara penyelarasannya bergantung kepada perisian terbabit. Anda hanya perlu pastikan sambungan ke internet sudah tersedia supaya kemaskini boleh dilakukan.Di samping menggunakan perisian komputer, tabiat penggunaan komputer juga boleh mengurangkan jangkitan.

Antara tabiat yang perlu sentiasa disemai ialah:
- Tidak sembarangan membuka fail sisipan emel.
- Jangan merayau ke tempat yang meragukan seperti laman warez, laman porno, pindah turun perisian cetak rompak, dan sebagainya.
- Tidak log masuk sebagai ‘administrator’ di komputer.

Dipetik dari;http://www.hmetro.com.my/



Iklan Khidmat Masyarakat

Download PERCUMA E-Kamus

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Anda pernah dengar e-kamus? E-kamus ialah software kamus yang tercanggih yang dilengkapi dengan 18 kamus dan disertakan sebutan dalam English UK. Mudah bukan? Hanya "double click" atau "mouse move", makna perkataan anda terjawab. Boleh digunakan untuk kesemua software berasakan text seperti Microsoft Office (Word,excel dll) , PDF Reader, Mozilla Firefox, Internet Explorer dan macam-macam lagi. Anda mahu mencubanya? Dapatkan secara PERCUMA SEKARANG!


Blog ini dapat ditampilkan dengan baik menggunakan Browser Mozilla Firefox.

Download Disini...

Spread Firefox Affiliate Button