Dapatkan artikel terbaru dari Celiksiber dengan percuma.Masukkan alamat email anda:

Delivered by FeedBurner

free logo design

Letakkan kod html di bawah ini di website atau blog anda

Perisian Anti Virus : Pastikan Komputer Kita Selamat

Labels:

SOALAN:

Jenis perisian anti virus paling sesuai untuk mengesan semua jenis virus dan bagaimana caranya mengemaskini melalui Internet?

JAWAPAN:

DULU komputer tidak perlukan perisian anti virus. Tapi, berbeza dengan hari ini, komputer tanpa perisian anti virus seperti mengundang padah.
Virus komputer bertindak seperti virus biasa, yang akan menjangkiti komputer dan mengakibatkan komputer "sakit" serta tidak dapat beroperasi dengan betul. Tetapi ada juga virus komputer yang tidak mendatangkan kesan yang memudaratkan, mungkin cuma sengaja untuk membuat kacau.

Antara tiga jenis virus iaitu:
- Virus sektor Boot
- Virus emel
- Virus makro

Perisian anti virus boleh mengurangkan risiko komputer dijangkiti. Bagaimanapun, kebanyakan pengguna tidak mengemaskini paten virus untuk perisian anti virus mereka menyebabkan komputer mereka terdedah kepada jangkitan.

Perisian antivirus boleh didapati secara komersial, Freeware dan Sumber Terbuka.Antara perisian anti virus komersial termasuk Symantec AntiVirus, Norton AntiVirus, Kasperky Antivirus, AVG AntiVirus dan lain-lain lagi.

Antara perisian anti virus dengan pelesenan Freeware ialah
- AVG Free Edition (free.grisoft.com)
- BitDefender (http://www.bitdefender.com/)
- Avast Home Edition (http://www.avast.com/eng/avast_4_home.html)
dan lain-lain lagi.

Perisian antivirus dengan Sumber Terbuka ialah
- ClamAV/ClamWin (http://www.clamwin.com/) dan OpenAntiVirus.

Jika wang menjadi faktor penghalang, gunakan perisian antivirus Freeware atau Sumber terbuka. Anda layak menggunakan perisian antivirus AVG Free Edition, sebagai contoh.Boleh dikatakan semua perisian antivirus mempunyai kebolehan untuk mengemaskini paten virus secara automatik.

Cara penyelarasannya bergantung kepada perisian terbabit. Anda hanya perlu pastikan sambungan ke internet sudah tersedia supaya kemaskini boleh dilakukan.Di samping menggunakan perisian komputer, tabiat penggunaan komputer juga boleh mengurangkan jangkitan.

Antara tabiat yang perlu sentiasa disemai ialah:
- Tidak sembarangan membuka fail sisipan emel.
- Jangan merayau ke tempat yang meragukan seperti laman warez, laman porno, pindah turun perisian cetak rompak, dan sebagainya.
- Tidak log masuk sebagai ‘administrator’ di komputer.

Dipetik dari;http://www.hmetro.com.my/



Iklan Khidmat Masyarakat

Download PERCUMA E-Kamus

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Anda pernah dengar e-kamus? E-kamus ialah software kamus yang tercanggih yang dilengkapi dengan 18 kamus dan disertakan sebutan dalam English UK. Mudah bukan? Hanya "double click" atau "mouse move", makna perkataan anda terjawab. Boleh digunakan untuk kesemua software berasakan text seperti Microsoft Office (Word,excel dll) , PDF Reader, Mozilla Firefox, Internet Explorer dan macam-macam lagi. Anda mahu mencubanya? Dapatkan secara PERCUMA SEKARANG!


Blog ini dapat ditampilkan dengan baik menggunakan Browser Mozilla Firefox.

Download Disini...

Spread Firefox Affiliate Button