Format windows xp guna pendrive
Biasa anda install Windows xp mestilah menggunakan medium cd atau dvd kan?
Saya akan memberitahu anda satu tool yang membolehkan anda install windows xp menggunakan pendrive.
Kelebihan menggunakan pendrive untuk menginstall windows xp ialah; proses installation berjalan lebih laju dan senang dibawa ke mana2. Tetapi, teknik ini hanya boleh digunakan bagi pc dan laptop yang menyokong boot from usb dalam bios.
Tutorial ini juga agak advanced, jika tidak faham boleh rujuk kepada pakar!
Anda perlu gunakan tool WinSetupFromUsb.
![]()
Pertama sekali, format pendrive anda menggunakan HP format tool atau PE to USB. Pendrive perlu diformat, kalau tak bios tidak akan detect pendrive anda sebagai bootable.
Selepas itu, masukkan cd windows xp anda, dan pada box Windows 2000/xp/2003 source, browse kepada location file2 windows2 xp anda.
Pada bahagian usb disk selection, pilih pendrive anda yang akan digunakan sebagai medium. Saya cadangkan anda force target disk type as removable bagi pendrive.
Lain2 option anda tidak perlu tukar melainkan anda pakar dan faham semua option2 tersebut.
Bila anda dah ready, tekan butang GO dan tunggu sehingga siap.
Cucuk pendrive yang dah dimasukkan windows xp dan dijadikan bootable, restart komputer, set boot from usb dalam bios dan install windows xp seperti biasa.
Nantikan entri akan datang mengenai cara format windows xp secara lengkap, serta cara install windows vista dan windows 7 menggunakan pendrive juga.
Link download WinSetupFromUsb.
USB Portable Software
Bayangkan dengan teknologi terkini, anda boleh membawa bersama perisian kegemaran anda dan biasa anda gunakan untuk digunakan dimana jua dan apa jenis PC di dalam dunia ni. Sekiranya ada perisian yang anda perlukan, anda hanya perlu bawa USB thumbdrive anda dan simpan. Gunakan bila perlu tanpa download semula atau install semula pada mana-mana PC. Mudah bukan?! Dan yang paling menarik sekali kebanyakkannya adalah percuma!Dengan saiz thumbdrive/pendrive yang semakin besar, tak menjadi masalah untuk anda muatkan sekali perisian-perisian yang berguna.
Sebelum itu, anda tahu apa itu USB Portable Software (Perisian Mudah alih)? Dengan teknologi terkini, kebanyakkan perisian telah dibina dan boleh disimpan di USB thumbdrive untuk digunakan terus di mana-mana komputer. Terdapat pelbagai jenis aplikasi sekarang yang boleh dijalankan hanya dengan thumbdrive/pendrive anda seperti perisian email, web browser, perisian pejabat, antivirus, perisian utiliti dan malahan sistem operasi (OS) juga ada yang telah boleh disimpan dan dijalankan hanya melalui thumbdrive/pendrive anda! Dan yang paling menarik, segala setting akan disimpan di dalam thumbdrive/pendrive anda. Jadi, tiada sebarang maklumat akan disimpan atau ditinggalkan di dalam pc orang lain yang anda gunakan.
Kini, terdapat pelbagai laman web yang menyediakan perisian mudah alih ini, malah ada yang telah mengumpulkannya di dalam satu laman web untuk memudahkan pengguna mendapatkan perisian-perisian mudah alih yang terkini yang kebanyakkannya percuma. Ada juga syarikat-syarikat yang menawarkan perisian mudah alih berbayar tapi ia bergantung kepada kelebihannya bukan?!
Antara laman web yang menyediakan USB Portable Software (Perisian Mudah alih) ialah :
Percuma :
http://portableapps.com/
http://www.portablefreeware.com/
Ini berbayar :
http://www.smarthumb.com/product/index.html
Antara senarai koleksi perisian mudah alih percuma :
Perisian Pejabat Mudah-Alih
- Abiword - Serasi dengan Microsoft word
- OpenOffice - Alternatif kepada Microsoft Office
- PDF Viewers: Sumatra , Foxit PDF Reader
- Notepad ++
Perisian Email Client Mudah-Alih
Perisian IM (Internet messaging) Mudah-Alih
- All-in-One (Yahoo, MSN, ICQ, etc.): Gaim, Miranda IM, Adium, Trillian
- Skype
Perisian Multimedia Mudah-Alih
Perisian Grafik Mudah-Alih
Perisian Web Browser dan internet tools Mudah-Alih
- Firefox
- Cross-platform
- Opera
- Safari
- Feedreaders (RSS, Atom …): RSSOwl, GreatNews, Sage
- FTP Clients: Filezilla, FireFTP, CyberDuck
Perisian Keselamatan Mudah-Alih
Permainan Mudah-Alih
Dan maca-macam lagi perisian anda boleh dapati di internet nih…
Apa yang perlu anda buat ialah Google kan ajer ok…
Cara bina Wifi hotspot sendiri dirumah
1.Jika dahulu hanya sebiji komputer atau laptop dapat mengakses internet kini semua komputer dan laptop dirumah anda dapat mengakses internet serentak!
Jika anda berminat untuk mengetahui caranya, ikuti tutorial ini :)
Tutorial ini khas untuk pengguna streamyx yang menggunakan modem biasa (bukannya Wireless Modem)
1.Wireless Router
2.Kabel LAN (2 unit)
Wireless Router Belkin :
2.Jika anda menggunakan modem yang dibekalkan oleh tmnet, sila cabut kabel LAN yang dihubungkan kepada pc anda dari modem tersebut.
contoh modem streamyx :
3.Sekarang sambungkan kabel LAN yang telah dicabut dari pc ke port berlabel Modem pada Wireless Router anda.
contoh:
4.Sekarang modem anda telah disambung ke Wireless Router.
5.Dengan menggunakan satu lagi kabel LAN, sambungkan PC anda ke wireless Router dengan mengunakan port berlabel Computer pada Wireless Router anda.
6.Modem yang telah disambung kepada router.
Bahagian B – Akses Router
1.Pergi ke komputer anda, klik Start->Run->cmd
2.Dalam tetingkap cmd, taip ipconfig dan tekan enter.
3.Sekarang data-data berkaitan IP telah terpapar pada skrin.dapatkan Default Gateway untuk Local Area Connection.
Dalam contoh diatas, default gateway ialah 192.168.2.1
4.Sekarang sila masuk ke browser internet anda Firefox, Opera, IE, etc) dan taip default gateway tersebut sebagai addres dan tekan enter.
5.Sekarang anda telah berjaya mengakses bahagian Setting router tersebut.
Bahagian C – Membuat sambungan internet
1.Untuk memasukkan username dan password streamyx anda, sila cari bahagian yang bernama PPoE.(Anda perlu mengexplore sendiri kerana setiap router mempunyai interface yang berbeza).
3.Masukkan Username dan Password untuk streamyx anda dan klik Apply Changes.
4.Sekarang Router anda akan restart.Selepas itu setiap komputer dan laptop yang connect ke wireless router anda akan mempunyai sambungan internet.
Bahagian D – Sekuriti Wifi
1.Bagi mengelakkan orang lain menggunakan Wifi anda, anda perlu meletakkan sekuriti terhadap wifi anda.Dalam contoh ini, saya akan menggunakan WEP.
2.Cari bahagian bernama WEP.WEP selalunya terletak dalam bahagian security..(Anda perlu mengexplore sendiri kerana setiap router mempunyai interface yang berbeza).
3.Masukkan password yang dikehendaki dan klik Apply Changes.
4.Sekarang setiap komputer atau laptop yang mahu connect ke Wifi anda akan diminta password.Jika anda telah connect ke wifi tersebut sebelum password diletakkan, anda terpaksa connect kembali dan meletakkan password.
Bahagian E – Nama Wifi
1.Untuk mengubah nama wifi anda, cari bahagian bernama SSID.
2.Masukkan nama SSID baru yang anda suka dan klik Apply Changes.
3.Sekarang connection Wifi anda telah bernama Celiksiber!
Sekarang anda telah siap setting wifi pertama anda.Anda boleh mencabut kabel LAN ke pc sekarang sekiranya hanya mahu menggunakan wireless.Untuk mengakses kembali router, hanya taip ip default gateway di web browser anda.
Sekiranya anda follow betul-betul tutorial ini, tahniah untuk anda.Anda telah menjimatkan duit sehingga RM150 sekiranya mahu mengupah orang untuk membuat wifi dirumah anda.
Ringkasan :
3 point iaitu PPoE, SSID dan WEP.Sekiranya anda faham 3 point ini, anda dapat setup semua router yang diberikan kepada anda.
Selamat mencuba...
Download PERCUMA E-Kamus















