Cara melayan komputer tua
1. Membersihkan hardware
Pastikan semua hardware di komputer ini bersih dari debu termasuk kipas angin. Kerana debu akan membuat kipas menjadi berat(sama seperti kipas di rumah anda) dan mengurangkan kecekapan aliran keluar masuk udara. Cubalah untuk mencabut semua hardware dan plug in kembali misalnya prosesor.
Nota: "Black skrin start up". Cabut dan pasang semula prosesor atau RAM. Biasanya pekara ini yang menjadi penyebab black skrin.
2. Periksa Hardware anda
Pastikan semua hardware dalam keadaan baik dan jangan takut untuk menambah RAM baru. Ini untuk memastikan tiada sebarang error berlaku ketika anda cuba untuk memasang sistem operasi (OS) di komputer.
3. Pilih OS
Mengikut keperluan serta fungsi yang berbeza mengikut OS. Jangan install sistem operasi yang biasanya anda gunakan. Cubalah untuk mengeksplorasi OS baru misalnya Windows XP atau anda boleh memilih SLAX untuk perubahan. Pastikan anda memilih sistem operasi dengan bijak dan pastikan komputer anda sesuai dengan OS yang anda install.
4. Menetapkan setting
Jika anda mempunyai komputer lambat, cuba uninstall software yang tidak dipakai. Ini akan meningkatkan prestasi komputer anda.
5.Periksa software anda
Software yang kita pasang pada komputer juga akan mempengaruhi performance komputer. Jangan memasang perisian yang kita tidak guna atau permainan yang memerlukan banyak sumber.