Awas ketika 'download'! PC Anda Dalam Bahaya!!
Posted by
Unknown
Labels:
Info IT,
Nak Tahu,
Tip komputer
Ada banyak sumber perisian dalam Internet yang boleh dimuat turun (download).
Tapi korang tau ke yang mana satu berguna, yang mana membazirkan masa, yang mana lebih merbahaya dan yang mana memberi kebaikan?
Memanglah susah nak tentukan perisian mana satu yang kita betul² perlukan sebelum men'download', biasanya kita main belasah je, pastu baru cuba perisian yg kita download tadi...kalau tak sesuai barulah kita uninstall tetapi kita sebenarnya mengambil risiko terhadap apa yang akan dilakukan perisian berkenaan terhadap PC kita.
Jadi, kalau nak selamat ikutilah tips berikut...Oleh itu berhati-hati sebelum memuat turun. Sedarilah, Web kini menjadi medium maklumat yang dinamik, dan selalu berubah. Contohnya, jika sesuatu pautan (link) itu masih berfungsi hari ini, mungkin sebaliknya hari esok atau lusa. Begitu juga harga, versi, kategori dan lain-lain lagi, tertakluk kepada perubahan.
Jadi, bersedialah untuk mencari lagi. Malah, tidak semua perisian dibekalkan serasi dengan semua sistem operasi (OS). Jadi, semaklah dan pastikan program yang dipindah terima itu berfungsi dengan OS anda atau tidak.
Anda perlu lebih awas jika memindah terima dan memasang aplikasi Freeware dan Shareware pada sistem di dalam rangkaian atau di tempat kerja. Ada program tertentu (seperti permainan) yang mungkin kelihatan baik fungsinya, tetapi boleh mengancam dan menganggu rangkaian. Ini tidak mustahil jika virus “disuntik” pada program ini dan ia bebas “mengamok” setelah dipasang.
Malah, jika ramai pekerja menemui program tersebut dalam komputer pelayan dan dipasang untuk kegunaan sendiri, maka pelayan pun boleh “lumpuh”.
Tips penting sebelum memuat turun :
1. Berwaspada dengan sumber memindah terima. Selain di tapak Web penciptanya, perisian yang sama juga boleh ditemui di tapak Web awam atau persendirian. Sebaik-baiknya, pindah terima dari sumber bereputasi kerana ia mungkin mengimbas perisian itu untuk mengesan virus dan ancaman lain. Biarpun ada tapak Web tidak bereputasi yang menyediakan program yang anda cari-cari, namun tiada jaminan sumber itu mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengesan parasit yang “menumpang” perisiannya.
2. Pastikan anda memang perlukan perisian berkaitan. Antaranya, pelbagai fon berbeza, demo permainan, screen saver, dan sebagainya yang mungkin tidak diperlukan. Jika anda hanyut dan tenggelam dengan bahan-bahan dipindah terima seperti ini, jangan keberatan untuk membuangnya (uninstall). Biasanya, jika anda tidak menggunakan program tersebut selama sebulan, anda tidak akan menggunakannya lagi.
3. Jika sesuatu perisian itu memang perlu, cuba dapatkan daripada sumber yang menyediakan sokongan teknikal untuk penggunanya. Sesetengah tapak Web pencipta atau pembekal menyatakan dengan jelas komitmen mereka terhadap sokongan teknikal lepas jualan. Ini termasuklah menyatakan alamat e-mel dan nombor telefon untuk dihubungi. Ini boleh membantu jika perisian yang digunakan itu bermasalah.
4. Baca perjanjian penggunaan sebelum memasang perisian. Ini berkaitan dengan undang-undang kerana anda mungkin menemui perkara yang tidak dijangka. Contohnya, pengguna yang memasang aplikasi Kazaa mendapati PC mereka terdedah kepada risiko “dirampas” ketika tidak digunakan untuk menjadi sebahagian daripada rangkaian aplikasi tersebut. Risiko ini mungkin “terselindung” dalam perjanjian.
5. Baca ulasan sesuatu perisian itu sebelum mencubanya. Apa sahaja perisian yang ingin dipindah terima sepatutnya telah diulas oleh sumber yang bereputasi. Walaupun ulasan ini bukan satu jaminan sesuatu itu berfungsi dengan baik, namun ia setidak-tidaknya dapat meyakinkan anda untuk memindah terima.
6. Jangan keberatan untuk membuang program yang mendatangkan masalah. Sebaik-baiknya singkirkan secepat mungkin. Jika dibiarkan, masalah itu mungkin menjadi lebih buruk. Mana-mana program yang “degil” boleh dibersihkan dari sistem dengan bantuan utiliti pembuang (uninstall) yang lebih berkesan.
7. Singkirkan sisa fail yang tinggal. Contohnya, sisa fail DLL dan yang berkaitan Registry. Saki-baki fail ini jika dibiarkan mungkin boleh menyebabkan masalah kelak. Jika fail tersebut sukar untuk dikesan dan dibuang, gunakan pogram yang boleh melaksanakan tugas ini dengan cepat, berkesan dan selamat.
8. Gunakan perisian Ad-aware (www.lavasoft.de/). Penggunaan perisian percuma ini disyorkan kerana ia dilaporkan mampu mengesan aplikasi pengintipan Spyware dan Adware dalam sistem atau rangkaian.
Download PERCUMA E-Kamus
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Anda pernah dengar e-kamus? E-kamus ialah software kamus yang tercanggih yang dilengkapi dengan 18 kamus dan disertakan sebutan dalam English UK. Mudah bukan?
Hanya "double click" atau "mouse move", makna perkataan anda terjawab. Boleh digunakan untuk kesemua software berasakan text seperti Microsoft Office (Word,excel dll) , PDF Reader, Mozilla Firefox, Internet Explorer dan macam-macam lagi.
Anda mahu mencubanya?
Dapatkan secara