Simptom-Simptom PC Terkena Jangkitan Virus
Kewujudan sistem rangkaian dan penggunaan Internet yang 'wajib' menyebabkan kita sentiasa terdedah dengan ancaman virus. Mungkin anda sendiri pun selalu menerima 'reminder' dari penyedia perkhidmatan antivirus meminta supaya signature dikemaskinikan.
Mungkin ada dikalangan kita yang pernah mengalami serangan virus yang menyebabkan kerosakan pada sistem PC dan mungkin juga ada diantara kita yang belum pernah merasai gejala serangan ini…
Kita perlu berwaspada setiap masa dan yang paling penting ialah jangan mengabaikan 'perintah' mengemaskinikan signature antivirus. Jangan kita sangka bahawa apabila kita telah memasang perisian antivirus maka PC kita telah selamat.
PC kita tidak akan selamat selagi kita tidak mengemaskini antivirus dari masa ke semasa. Ini adalah kerana semakin banyak virus-virus baru dicipta yang mempunyai pelbagai ciri dan variasi untuk menyerang sistem komputer.Bagi yang pernah mengalami penangan virus, mungkin sudah arif tentang petanda-petanda bahawa sistem PC telah diserang tetapi bagi yang belum pernah mengalaminya disini di senaraikan beberapa simptom yang mungkin disebabkan oleh serangan virus.
Jadi jika anda pernah mengalami salah satu dari simptom dibawah, lebih baik anda lakukan pengimbasan keatas sistem dengan kadar yang segera.Tanda tanda pc anda telah dijangkiti virus adalah seperti berikut:
* PC menjadi hang selepas dibuka, dan seringkali berlaku.
* Prestasi PC tiba-tiba sahaja menjadi lembap. Sebarang aplikasi atau fail yang hendak dibuka menjadi terlalu perlahan.
* Keluar mesej "Out of memory error" walaupun PC mengandungi ruang ingatan yang mencukupi.
* Sistem operasi Windows tidak boleh dijalankan walau sebelum ini kita tidak pernah menyentuh bahagian setting ataupun mengubah registry.
* Sistem operasi Windows tidak dapat dijalankan kerana fail-fail penting untuk menjalankannya hilang tiba-tiba.
* Ada program yang tidak pernah diinstal sebelum ini tiba-tiba muncul dan berjalan dengan sendirinya.
* Terdapat proses yang tidak diketahui sedang berjalan dan menggunakan banyak sumber CPU.
* Kita tidak boleh menginstal sebarang program atau aplikasi baru.
* Windows seringkali reboot dan proses reboot berlaku berulangkali.
* Utiliti cakra seperti scandisk melapurkan banyak error pada cakra selepas melakukan imbasan cakra.
* Program atau aplikasi yang sebelum ini boleh digunakan crash secara tiba-tiba.
* Drive partition bagi cakra keras, CD-ROM dan cakra liut tiba-tiba sahaja hilang.
* Menerima email yang mengandungi sisipan-sisipan yang ganjil, contohnya mengandungi dua ekstensi.
* Perisian Antivirus hilang tiba-tiba.
* Perisian Antivirus tidak boleh di instal.
* Dialog box terpapar pada skrin secara tiba-tiba.
* Sistem PC berjalan dengan sendirinya, misalnya tetikus menunjuk ke sesuatu, membuka dan menutup tray CD-ROM dengan sendirinya.
* Penunjuk tetikus berubah imej dan grafik.
* Ikon-ikon ganjil terpapat pada sistem tray walaupun tidak pernah menginstal sebelum ini.
* Muzik atau Video tiba-tiba sahaja dimainkan dengan sendirinya.
* Saiz sesuatu fail berubah, walaupun kita tidak mengeditnya sebelum ini.
* Fail-fail yang kita simpan hilang satu persatu.
* Properties sesuatu fail berubah dengan sendirinya.