Dapatkan artikel terbaru dari Celiksiber dengan percuma.Masukkan alamat email anda:

Delivered by FeedBurner

free logo design

Letakkan kod html di bawah ini di website atau blog anda

RALAT-RALAT LAZIM DIAL-UP NETWORKING

Labels: , ,

Semoga dapat sedilit sebanyak membantu kita...

Para pengguna komputer yang sering mengakses Internet menggunakan modem dari rumah mungkin biasa ataupun pernah berhadapan dengan pelbagai mesej ralat yang dipaparkan oleh Windows semasa proses mendail dilakukan. Pada kebiasaannya mesej ini mempunyai nombornya yang tersendiri bersama-sama dengan penerangan ringkas tentang masalah yang dihadapi. Seringkali masalah yang dijelaskan tidak dapat membantu pengguna untuk cuba menyelesaikannya, samada kerana tidak faham ataupun telah hilang ikhtiar. Berikut adalah beberapa ralat yang sering dipaparkan dan beberapa kaedah untuk menyelesaikan masalah yang berkaitan dengannya.

Error 629
You have been disconnected from the computer you dialed. Double click the connection to try again.Masalah ini mungkin muncul apabila anda memasang Windows 98 Second Edition, enkripsi data 128-bit tidak akan berfungsi dan mesej ralat seperti diatas akan dipaparkan sewaktu cuba untuk mendail menggunakan Dial-Up Networking (DUN)Memasang semula.Memasang semula komponen peningkatan keselamatan DUN untuk Windows 98 tidak akan dapat menyelesaikan masalah ini, ia disebabkan oleh Windows 98 edisi kedua mempunyai komponen DUN dengan enkripsi 40-bit yang tidak boleh digantikan dengan komponen sebelumnya.Masalah ini perlu dirujuk kepada Microsoft, dan anda boleh mengunjungi tapak web sokongan MIcrosoft untuk mengetahui samada versi baru komponen ini sudah disediakan atau tidak, http://support.microsoft.com/Support/NT-Server/128Eula.asp.

Error 630
The Computer is not receiving a response from the modem. Check that the modem is plugged in, and if necessary, turn the modem off, and then turn it back on.ataupunCommunication port is invalid or busy.Mesej ralat ini boleh muncul sekiranya modem menggunakan serial port yang baru dikesan melalui pengesanan perkakasan Windows 98, atau anda menukar modem ataupun port untuk modem.

Untuk mengatasi masalah ini, masuk ke DUN Properties, iaitu dengan cara mengklik Start > Program > Accessories > Communications > Dial-up Networking, kemudian klik kanan pada DUN yang anda ingin gunakan dan ambil pilihan Properties dari menu pop-up yang muncul.Pada paparan yang muncul, dibahagian Connect using, pilihlah nama modem yang baru dipasang, ataupun mengemaskini maklumat COM port dengan mengklik butang Configure.

Program-program lain yang diarahkan untuk dilaksanakan sewaktu Windows bermula (StartUp) juga mungkin menjadi punca kepada mesej ralat ini.Untuk mematikan buat sementara waktu program-program yang dimulakan secara automatik ini, klik pada Start > Run, taipkan MSCONFIG dan klik OK.

Didalam tetingkap Msconfig, dibahagian Startup, akan disenaraikan semua program yang telah ditentukan untuk dilaksanakan itu. Kenal pasti program yang mungkin mengguna atau mengawal modem anda dan buangkan tanda pada kotak disebelahnya untuk menghalangnya daripada dilaksanakan.Sekiranya anda tidak pasti samada sesuatu program itu perlu dimatikan, buangkan semua tanda pada kotak-kotak itu dan tinggalkan hanya untuk ScanRegistry, TaskMonitor, SystemTray dan LoadPowerProfile.Secara umumnya perkara ini boleh terjadi sekiranya ada program lain yang sedang menggunakan modem anda, contohnya perisian penerima faks atau penjawab panggilan.

Dalam kes-kes yang lain pula, ia mungkin terjadi akibat pepijat atau kelemahan pada sesuatu modem yang diguna. Ia selalunya dapat dibetulkan dengan memindah terima dan memasang fail pemacu yang terkini dan bersesuaian dengan modem terbabit.Bagaimanapun buat sementara waktu, kaedah sementara untuk menangani masalah ini ialah dengan mengklik Start > Settings > Control Panel, klik dua kali pada ikon Modems, periksa bahagian General dan pastikan nama modem yang anda gunakan ada disenaraikan.Seterusnya klik pada tab Diagnostics, pilih COM port yang digunakan oleh modem dan akhir sekali klik pada butang More Info. Selepas beberapa saat, hasil daripada ujian ke atas modem akan dipaparkan.

Apabila anda keluar daripada Modem Properties ini, modem anda seharusnya sudah boleh digunakan seperti biasa sehingga anda selesai kerja dan mematikan komputer (Anda harus mengulang langkah ini setiap kali komputer dimatikan dan Windows dihidupkan semula).

Error 633
The modem is not installed or configured for Dial-Up Networking. To Check your modem configuration, double click the modems icon in Control Panel.Mesej ralat ini akan muncul sekiranya fail Telephon.ini yang diperlukan oleh Windows telah rosak ataupun hilang. Untuk mengembalikan fail ini, mula-mula sekali tukarkan nama fail C:windowsTelephon.ini kepada suatu nama lain sekiranya fail berkenaan masih ada, kemudian matikan dan hidupkan semula komputer.Seterusnya menggunakan windows Explorer, dapatkan fail C:windowssystem apiini.exe dan klik dua kali pada fail ini.Program ini akan dilaksanakan secara pantas seolah-olah tiada apa yang berlaku, bagaimanapun anda boleh mengesahkan bahawa fail Telephon.ini telah dihasilkan dengan memeriksanya didalam folder C:Windows.

Error 645
Dial-Up Networking could not complete the connection to the server.Masalah ini biasanya disebabkan oleh pilihan Require encrypted password pada konfigurasi sambungan (di bahagian Server Types) telah ditandakan untuk diguna.Untuk tidak menggunakan fungsi itu, klik pada Start > Programs > Accessories > Communications > Dial-Up Networking, klik kanan pada ikon yang mewakili sambungan DUN anda dan ambil menu Properties. Klik pada tad Server Types dan buangkan tanda di bahagian Require encrypted password. Akhir sekali klik OK.

Error 650Modem not responding (Error 650).
For troubleshooting information, click Help. Jika masalah ini timbul, satu kaedah yang boleh diguna untuk mengatasinya ialah dengan mengklik Start > Programs > Accessories > Communications > Dial-Up Networking.

Klik kanan pada sambungan DUN dan ambil menu Properties. Pada tab General, klik pada butang Configure dan pilih tab Options. Tandakan pada bahagian yang berlabel bring up terminal window after dialing.Ini akan menyebabkan satu tetingkap akan dipaparkan sewaktu mendail.

Klik sahaja pada butang Continue untuk meneruskan proses dail anda.Masalah ini juga boleh terjadi sekiranya terdapat program RNAAPP yang dilaksanakan pada komputer anda dan menyebabkan port modem dibiarkan terbuka, modem yang salah telah dipilih didalam bahagian konfigurasi DUN, program DUN itu sendiri yang rosak ataupun anda konfigurasi tambahan yang menyebabkan modem tidak memberi tindakbalas.Untuk menamatkan program RNAAPP, tekan kekunci CTR, ALT, DELETE secara serentak dan didalam tetingkap at the same time to view the Close Programs yang dipaparkan, klik pada Rnaapp, dan klik pula pada butang End Task untuk menamatkannya.

setelah itu cuba dail semula.Jika anda ada menukarkan modem, anda juga perlu mengemaskini konfigurasi didalam DUN Properties agar ia dapat merujuk kepada modem yang baru itu.Kemungkinan lain ialah kerosakan yang melanda komponen DUN dan anda terpaksa memasangnya semula.

Untuk itu anda perlulah membuang komponen itu terlebih dahulu dengan mengklik kanan pada ikon Network Neighborhood dan mengambil menu Properties. Klik pada Dial-Up Adapter, dan klik butang Remove, setelah itu anda akan diminta agar memulakan semula komputer.Setelah komputer dimulakan semula, masuk ke Control Panel, klik dua kali pada Add/Remove Programs, dan klik pada tab Windows Setup.

Tandakan kotak pada bahagian Communication, klik butang Details dan pastikan Dial-Up Networking juga telah ditandakan. Klik OK , dan mulakan semula komputer anda.Sekiranya masalah ini disebabkan oleh konfigurasi tambahan pada modem, anda boleh membuangnya dengan masuk ke Control Panel dan klik dua kali pada ikon Modems.Klik pada modem dan klik pada butang Properties, dibahagian Connection, klik pada Advanced. Didalam bahagian Extra Settings, padamkan semua masukan tambahan yang telah dibuat.Ulang hidupkan komputer dan cuba dail semula.

Satu lagi ralat 650 ialah:(650)
The computer you have dialed does not respond to a network request.Ini biasanya terjadi apabila pembekal perkhidmatan Internet anda sedang mengalami waktu puncak ataupun terlalu sibuk sehinggakan ia tidak mempunyai cukup nombor IP untuk diperuntukan kepada anda, lantas menyebabkan anda tidak dapat masuk ke Internet.Masalah ini tidak boleh diselesaikan oleh anda, sebaliknya anda terpaksa menunggu beberapa minit sebelum mendail semula, ataupun konfigurasikan modem supaya ia terus mencuba sehingga dapat.

Error 691
The computer you are dialing in to cannot establish a Dial-Up Networking connection. Check your password, and then try again.Ralat ini mungkin menjadi kelaziman khususnya pada mereka yang lewat membayar bil Internet dan pembekal perkhidmatan Internet anda telah menggantung perkhidmatannya kepada anda.Anda juga mungkin telah tersilap taip kata laluan, ataupun ada orang lain telah menukarkan kata laluan tanpa pengetahuan anda.Ia juga mungkin kerana anda cuba mendail pembekal perkhidmatan Internet tanpa menggunakan perisian atau program khusus yang disediakan oleh pembekal perkhidmatan berkenaan.Kerosakan fail Telephon.ini (seperti mesej ralat sebelum ini) juga boleh menyebabkan masalah ini. Jika masalah ini bukan disebabkan oleh akaun atau kata laluan anda, memasang semula komponen DUN akan dapat mengembalikan fail-faiul asal atau yang telah rosak dan menyelesaikan masalah ini.Anda juga perlu memastikan bahawa masukan pada registry di bahagian HKEY_LOCAL_MACHINESystemCurrentControlSetServicesRemoteAccessAuthenticationSMMFiles adalah merujuk kepada fail Rasapi32.dll dan tidak digantikan dengan fail lain.Jika fail Rasapi32.dll rosak, anda perlulah mendapatkannya semula daripada CD-ROM pemasangan menggunakan arahan Extract.

Error 745
An essential file is missing. Re-install Dial-up NetworkingMasalah ini akan berlaku sekiranya ada fail-fail komponen DUN yang rosak ataupun hilang. Pasang semula fail-fail ini dan masalah ini dijangka akan selesai.Periksa juga masukkan registry seperti ralat dibahagian atas, dan pastikan ia merujuk kepada fail yang betul



Iklan Khidmat Masyarakat

Download PERCUMA E-Kamus

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Anda pernah dengar e-kamus? E-kamus ialah software kamus yang tercanggih yang dilengkapi dengan 18 kamus dan disertakan sebutan dalam English UK. Mudah bukan? Hanya "double click" atau "mouse move", makna perkataan anda terjawab. Boleh digunakan untuk kesemua software berasakan text seperti Microsoft Office (Word,excel dll) , PDF Reader, Mozilla Firefox, Internet Explorer dan macam-macam lagi. Anda mahu mencubanya? Dapatkan secara PERCUMA SEKARANG!


Blog ini dapat ditampilkan dengan baik menggunakan Browser Mozilla Firefox.

Download Disini...

Spread Firefox Affiliate Button