Font, Perisian Dan Kemudahan Tulisan Jawi
Jika anda ingin menukar tulisan rumi ke jawi dengan cepat, anda boleh gunakan kemudahan yang disediakan oleh laman web ini: http://www.ejawi.net/converter.php
Tapi mungkin anda perlu menulis banyak tulisan jawi. Masalahnya ialah bila mahu menaip huruf jawi. Pemprosesan perkataan rumi akan menuliskan dari kiri ke kanan sedangkan tulisan jawi adalah dari kanan ke kiri.
Ada satu perisian percuma yang boleh membantu anda menulis jawi dengan mudah dan cepat iaitu Jawi Multi-Key.
Anda bolehlah muat-turun perisian itu dengan klik di sini kemudian sila pasang (install) di komputer anda.
Bagi menggunakan perisian Jawi Multi-Key, terdapat satu fail panduan yang boleh anda baca. Sila klik di sini untuk muat-turun.
Terdapat juga koleksi font jawi untuk dipasang (install) di komputer anda. Muat-turun fail zip ini, unzip dan kemudian salin (copy) semua font ini ke folder Windows/fonts.
Jika anda tidak faham bagaimana melakukannya, minta bantuan dari kawan-kawan.
Semoga artikel ini bermanfaat.Wallahua’lam.