Dapatkan artikel terbaru dari Celiksiber dengan percuma.Masukkan alamat email anda:

Delivered by FeedBurner

free logo design

Letakkan kod html di bawah ini di website atau blog anda

Era ICT menaikan populariti notebook

Labels: , ,

Era ICT masa sekarang telah menampakan penggunaan notebook semakin ketara. Rata-rata pengguna hari ini memang berminat menggunakannya (notebook), kerana ia bukan lagi barangan mewah. Ia bukan sahaja untuk golongan bekerja malah penuntut di IPTA/IPTS pun sudah mampu memilikinya, untuk memenuhi keperluan masing-masing. (maklumlah duit PTPTN kan ada:) takpe asalkan berguna)

Notebook atau laptop ini kian diminati kerana beberapa faktor. Antaranya reka bentuk fizikalnya jauh lebih kecil, ringan, dan mudah dibawa ke mana-mana. Selain itu prestasi/keupayaannya hampir setara dengan PC biasa. Boleh melakukan banyak tugas dan harganya berpatutan, sesuai dengan spesifikasi yang ditawarkan.

Wujudnya kemudahan terkini (seperti akses internet tanpa wayar seperti Broadband, WiFi , Wimax , dan 3.5G) juga menyumbang kepada populariti notebook. Jika diperhatikan di sekeliling, kita boleh melihat pengguna notebook bersantai di premis yang ada capaian internet wayarles, misalnya di restoran atau pusat rehat dan rawat di lebuh raya.

Bagaimanapun, dalam keasyikan pengguna menggunakan alat ini, aspek keselamatan jangan diabaikan. Ini meliputi keselamatan notebook itu sendiri dan fail berharga yang tersimpan di dalamnya. Biarpun notebook tersebut hanya berharga RM 2,000, namun maklumat yang tersimpan di dalamnya boleh jadi tidak ternilai.

Kita sedia maklum, ancaman terhadap keselamatan boleh datang dalam pelbagai bentuk. Pertama, notebook itu boleh diserang dan dijangkiti virus, cecacing, trojan atau perisian lain yang berniat jahat. Kesannya, data mungkin rosak, hilang, sukar dipulihkan atau mungkin jatuh ke tangan pihak yang tidak bertangguggjawab.

Disebabkan capaian internet semakin penting hari ini, maka risiko notebook anda dijangkiti tetap ada. Jika kurang mampu untuk memiliki antivirus, cukuplah menggunakan mana-mana Antivirus versi percuma , yang boleh dimuat turun dari internet. Jika boleh, pilih yang terbaik dan boleh dikemaskini fail definisinya.

Majalah PC contohnya telah banyak menceritakan kisah atau tip berguna untuk pengguna komputer dapatkan segala info di sana selain dari internet.

salam mesra.



Iklan Khidmat Masyarakat

Download PERCUMA E-Kamus

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Anda pernah dengar e-kamus? E-kamus ialah software kamus yang tercanggih yang dilengkapi dengan 18 kamus dan disertakan sebutan dalam English UK. Mudah bukan? Hanya "double click" atau "mouse move", makna perkataan anda terjawab. Boleh digunakan untuk kesemua software berasakan text seperti Microsoft Office (Word,excel dll) , PDF Reader, Mozilla Firefox, Internet Explorer dan macam-macam lagi. Anda mahu mencubanya? Dapatkan secara PERCUMA SEKARANG!


Blog ini dapat ditampilkan dengan baik menggunakan Browser Mozilla Firefox.

Download Disini...

Spread Firefox Affiliate Button