Dapatkan artikel terbaru dari Celiksiber dengan percuma.Masukkan alamat email anda:

Delivered by FeedBurner

free logo design

Letakkan kod html di bawah ini di website atau blog anda

Komputer Masa Hadapan

Labels: , , ,

Sejak akhir-akhir ini, banyak syarikat komputer berlumba-lumba untuk mengeluarkan komputer serta kenyataan berkaitan dengan masa hadapan dunia pengkomputeran dalam nada yang optimistik dan positif. Para saintis dan juga pakar-pakar komputer telah menyenaraikan beberapa aspek pengkomputeran yang bakal muncul nanti. Malah inisiatif untuk menghasilkan teknologi komputer terbaru telah dijalankan sejak empat atau lima tahun sebelum memasuki abad ke 21 ini oleh beberapa syarikat komputer gergasi.

Namun begitu segalanya bergantung kepada kehendak dan keupayaan pengguna untuk menyerap segala teknologi baru ini dan digunakan dengan baik. Untuk merealisasikan impian untuk mengujudkan teknologi komputer terbaik maka mereka telah menyenaraikan 10 ciri-ciri teknologi komputer termaju sebagai panduan umum. Walaupun ada di antaranya boleh dianggap agak terkehadapan tetapi ia tidak mustahil untuk dicapai dan dicipta oleh manusia.

Komputer akan mempunyai sifat kemanusiaan - Komputer dikatakan akan mempuyai sifat-sifat kemanusiaan dengan memahami arahan suara, kepenggunaan kehadiran maya (virtual presence) dan mengenal kelakuan atau emosi.


sebuah pc tablet berasaskan windows

Peranti berfikiran sendiri - Peranti-peranti seperti telefon, jam tangan, ketuhar gelombang mikro, TV dan peti sejuk akan menjadi lebih bijak. Penggunaan pemproses seperti StrongARM, DragonBall dan pSOS akan dipermajukan untuk tujuan ini. Peranti-peranti ini juga dirangkaikan kepada rangkaian luar bagi menyediakan sebuah rangkaian bersepadu dan membolehkan para pengguna mendapatkan perkhidmatan tambahan.

Rangkaian akan menjadi lebih pintar - Sistem rangkaian yanag akan diwujudkan mempunyai ciri-ciri seperti lebih pantas, sistem rangkaian rumah yang lebih pintar, penggunaa teknologi IPV4, talian digital dan intra sambungan dengan pelbagai peralatan telekomunikasi. Malah rangkaian anda menjadi sistem neural kepada sesebuah bangunan atau jentera bagi memeriksa keupayaan atau sebarang kerosakan kepadanya dan memberikan maklumbalas kepada komputer utama.

Web menjadi bertambah bijak - Web akan memperkenalkan teknologi portal peribadi, penggunaan XML untuk menggantikan HTML dan penggunaan percarian menerusi imej atau QBIC (Query By Image Content). Perisian-perisian untuk menghasilkan kandungan Web juga menjadi bertambah mudah dan lebih mampu menghasilkan animasi atau interaktif yang menarik.

ibm netvista berbentuk futuristik

Perisian pintar - Perisian-perisian akan menggunakan arahan suara, penggunaan bahasa semulajadi, menggunakan teknologi Neural Net. Perisian sistem pengoperasian rangkaian juga akan menjadi lebih pintar seperti Bayesian Networks yang mampu berfungsi secara sendiri. Sistem pengoperasian dan perisian rangkaian juga menjadi lebih proaktif dalam membaiki dirinya sendiri serta bijak mengimbangi beban kerja rangkaian.

Ekonomi Internet akan berkembang - Ekonomi Internet akan berkembang dengan pesat dan laman Web e-dagang akan menjadi satu agenda utama pada alaf baru. Dengan seramai 180 juta pengguna Internet seluruh, jumlah yang bakal dibelanjakan dalam Internet adalah sebanyak AS$41 bilion menjelang 2003.

Komputer generasi baru - Komputer akan menggunakan paparan Super XGA (1,280-by-1,024) untuk penghasilan monitor. Manakala paparan Roentgen iaitu sebuah paparan 16.3-inci dengan resolusi 2,560 x 2,048 dan paparan yang luas serta besar. Penggunaan LCD juga semakin maju dan mampu mencapai paparan XGA dengan luas paparan sehingga 29 inci.


kedua-dua pc ini nampak indah dan canggih

Identiti Peribadi Digital - Maklumat diri akan menjadi lebih terbuka dan bebas. Akhirnya segala maklumat diri yang peribadi boleh dicapai dnegan mudah. Manakala maklumat dan transaksi dalam e-dagang pula akan dipertingkatkan dan ini akan membuatkan para pelanggan berasa selamat. Penggunaan kad pintar akan digabungkan bersama dengan kad kredit atau kad pengenalan peribadi untuk memudahkan integrasi maklumat boleh digunakan di seluruh dunia.

Ramalan pemproses - Menjelang tahun 2011, mikroproses akan menggunakan satu bilion transistor dan beroperasi pada kelajuan 10GHz serta menggunakan proses teknologi semikonduktor 0.07-mikron yang mampu melakukan kiraan 100 bilion operasi sesaat. Senibina pemproses PC juga akan ditingkatkan daripada 32 bit kepada 64 bit bagi meningkatkan tahap pemprosesan untuk PC.

Hiburan maya - Lebih banyak watak digital realistik dapat dihasilkan. Teknologi 3D dan aliran SIMD Extensions (SSE) akan dipermajukan. Ruangan Chat akan muncul dalam bentuk 3D chat dan dalam pembikinan permainan pula DirectX 8.0 akan dihasilkan. Latarbelakang studio atau pentas juga akan menggunakan paparan maya bagi memberikan paparan yang menarik.





Iklan Khidmat Masyarakat

Download PERCUMA E-Kamus

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Anda pernah dengar e-kamus? E-kamus ialah software kamus yang tercanggih yang dilengkapi dengan 18 kamus dan disertakan sebutan dalam English UK. Mudah bukan? Hanya "double click" atau "mouse move", makna perkataan anda terjawab. Boleh digunakan untuk kesemua software berasakan text seperti Microsoft Office (Word,excel dll) , PDF Reader, Mozilla Firefox, Internet Explorer dan macam-macam lagi. Anda mahu mencubanya? Dapatkan secara PERCUMA SEKARANG!


Blog ini dapat ditampilkan dengan baik menggunakan Browser Mozilla Firefox.

Download Disini...

Spread Firefox Affiliate Button