Dapatkan artikel terbaru dari Celiksiber dengan percuma.Masukkan alamat email anda:

Delivered by FeedBurner

free logo design

Letakkan kod html di bawah ini di website atau blog anda

Perkhidmatan jalur lebar tanpa wayar DiGi

Labels:

Kelajuan capaian dijamin

HARGA: RM58, RM108, RM188 sebulan

PENYEDIA: DiGi Telecommunications Sdn Bhd

PERTANYAAN: DiGi Telecommunications Sdn Bhd

TELEFON: 1 800 68 3333

LAMAN WEB: www.digi.com.my

DIJAMIN dengan kelajuan pindah turun pada kadar minimum 700 kilobit sesaat (kbps), manakala pindah naik kadar minimumnya ialah 200kbps, ia sudah cukup memuaskan dan semuanya mudah dilakukan menerusi Internet di atas talian jalur lebar tanpa wayar.

Itulah yang ditawarkan oleh DiGi Telecommunications Sdn Bhd (DiGi) sebagai penyedia perkhidmatan telekomunikasi tanpa wayar yang baru memasuki arena rangkaian 3G/HSPA dengan rangkaian berkelajuan sebenar sehingga 14.4 Megabit sesaat (Mbps).

Tidak termasuk modem, tiga pelan disediakan iaitu Discover ditawarkan dengan yuran RM58 sebulan bagi jumlah penggunaan tiga Gigabit (GB); Explore RM108 sebulan dengan penggunaan 10GB; manakala Extreme RM188 sebulan untuk penggunaan 20GB. (Ketiga-tiga pelan ini kini dalam tempoh promosi dengan modem percuma).

Kesemua pelan juga memerlukan anda membayar pendahuluan satu bulan yuran bulanan yang kemudiannya ditolak pada bil pertama.

Tempoh sebulan lebih diberi peluang untuk menguji pakai perkhidmatan ini ia boleh dikategorikan sebagai amat memuaskan.

Penguji diberi pelan Extreme berserta modem dengan kelajuan pindah turun sehingga 7.2Mbps. Modem dari jenis USB mudah dikendalikan serta dibawa ke mana saja.

Pertama kali dipasang, ia akan memasang perisian pemacu terlebih dulu secara automatik, dan tidak sampai tiga minit sudah siap lalu terbitlah satu ikon baru dengan logo DiGi di atas paparan desktop anda.

Untuk memulakannya, klik pada ikon itu satu tetingkap pengurusan akan dipaparkan, lalu klik 'connect'. Apabila sudah bersambung, ia akan terus ke laman web rasmi (www.myinternet.com.my).

Dari tetingkap itu juga, pengguna boleh melihat carta kelajuan pindah turun dan naik ketika itu, selain memberi maklumat jumlah penggunaan yang sudah digunakan, sekali gus membantu pengguna merancang dan mengurus penggunaannya supaya tidak melebihi had yang dibenarkan. (Kajian menunjukkan kebanyakan pengguna hanya menggunakan 50 peratus daripada kadar kapasiti yang diperuntukkan.

Penggunaan penguji yang lebih banyak di pejabat yang terletak di Bangsar, Kuala Lumpur, memang tidak dapat dinafikan bahawa inilah kelajuan capaian yang amat sesuai ketika ini sama ada untuk bekerja atau berhibur.

Namun agak kecewa kerana rumah penguji di Bangi lama tidak diliputi dengan rangkaian 3G DiGi. Apa yang diharapkan agar peningkatupayaan rangkaian disegerakan sejajar dengan misi kerajaan untuk merapatkan jurang digital.

Janganlah asyik menumpukan kawasan bandar, sedangkan kawasan kampung yang kadang kala memiliki pengguna berkeupayaan tinggi dan memerlukan jalur lebar, tapi tidak disediakan dengan perkhidmatan yang sepatutnya.

Walaupun dalam ketiadaan liputan 3G ia akan menggunakan rangkaian EDGE, namun kelajuannya amat berbeza dan agak menjengkelkan kerana sudah terbiasa dengan kelajuan tinggi. Bagaimanapun, lebih baik ada daripada tiada langsung.

Baru-baru ini penguji pergi ke Pulau Pinang membawa anak-anak bersiar-siar sempena cuti sekolah. Capaian di sana amat mengagumkan dan dilihat ia berkelajuan di sekitar 7.0Mbps. Dan ia begitu stabil. Memang memuaskan. Kepada penduduk Pulau Pinang, perkhidmatan jalur lebar DiGi perlu dipertimbangkan.

Lawatan ke laman multimedia termasuk YouTube tidak mengecewakan dengan kelajuan seperti itu. Malah untuk menghantar e-mel pun, jika tiada fail sisipan ia hanya mengambil masa kurang lima saat untuk dikirimkan.

Kesimpulannya, DiGi dilihat jujur menawarkan perkhidmatan, ciri perkhidmatan yang mesra pengguna. Kita cuma perlu bersabar untuk perluasan kawasan liputan perkhidmatan yang seterusnya. Diharapkan DiGi dapat mempercepatkannya





Iklan Khidmat Masyarakat

Download PERCUMA E-Kamus

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Anda pernah dengar e-kamus? E-kamus ialah software kamus yang tercanggih yang dilengkapi dengan 18 kamus dan disertakan sebutan dalam English UK. Mudah bukan? Hanya "double click" atau "mouse move", makna perkataan anda terjawab. Boleh digunakan untuk kesemua software berasakan text seperti Microsoft Office (Word,excel dll) , PDF Reader, Mozilla Firefox, Internet Explorer dan macam-macam lagi. Anda mahu mencubanya? Dapatkan secara PERCUMA SEKARANG!


Blog ini dapat ditampilkan dengan baik menggunakan Browser Mozilla Firefox.

Download Disini...

Spread Firefox Affiliate Button