Cara mengganti Logo Google dengan Nama anda
Jika anda bosan dengan penampilan logo tersebut, anda boleh membuat halaman seperti Google dengan nama anda sendiri. Caranya sangat mudah.
Hanya klik-klik saja logo dan style yang diinginkan, dalam sekejap sahaja anda akan boleh memiliki halaman carian seperti Google dengan nama anda sendiri.
Ikuti langkah berikut :
1. pergi ke http://www.funnylogo.info/create.asp
2. Masukan nama yang anda inginkan sebagai nama enjin carian anda.
3. Tentukan style tulisan yang diinginkan, misal: Google Style.
4. Klik "Create My Search Engine".
5. Setelah itu akan muncul "Ruangan Google" dengan logo yang kita inginkan.
Untuk membuat halaman tersebut menjadi halaman default ketika anda membuka browser, copy alamat yang tertera pada Address.
Untuk Browser Internet Explorer (IE):
1. Klik menu Tools - Internet Options
2. Pilih tab General, pastu ubah field Home Page dengan alamat tersebut.
Untuk Browser Mozila:
1. Klik menu Tools - Options
2. Pilih tab Main, pastu ubah field Home Page dengan alamat tersebut.
3. Pada field When Firefox starts, pilih setting Show my home page, klik OK.
Selamat mencuba...
Memanfaatkan Bluetooth Handphone sebagai universal Remote Control PC
Teknologi Handphone masa kini sudah semakin canggih. Ada banyak fungsi canggih yang boleh kita nikmati salah satunya fungsi Bluetooth.
Kita boleh memanfaatkan Bluetooth Handphone kita sebagai pengendali atau remote control untuk semua PC/komputer/laptop kita yang juga memiliki funsi Bluetooth.Salah satu aplikasi yang boleh kita guna untuk merubah Handphone kita adalah sebagai universal remote control untuk PC yang boleh kita dapatkan dari http://www.blueshareware.com/.
Dengan aplikasi ini kita boleh mengendalikan komputer kita melalui Handphone kita sahaja.
Kita boleh mengendalikan aplikasi iTunes, PowerPoint, Mouse, WinAMP, Windows Media Player dan lainnya.
Kita juga boleh melihat desktop komputer kita pada skrin Handphone.Tak ada setting pada Bluetooth, hanya tinggal buat connection saja dari Handphone kita.
Suport hampir semua Bluetooth.Boleh dikatakan menarik juga kemampuannya, dengan aplikasi ini kita boleh melakukan presentation dan melihat slide per slide di Handphone kita. Dengan mudahnya kita boleh mengganti lagu-lagu yang sedang diputar di komputer melalui Handphone kita sahaja, tanpa harus kita duduk di depan komputer.
Yang perlu dibuat hanya:
Komputer yang dilengkapi Bluetooth dan .NET 1.1 framework
Handphone dengan Bloetooth dan suport java aplication
Software untuk di pasang dikomputer:
Software/aplikasi untuk dipasang di Handphone pula:
Install kedua aplikasi tersebut pada komputer dan Handphone.
Lepas itu buat connection dari Handphone ke komputer melalui Bluetooth.
PAHANG menjadi satu-satunya negeri di Malaysia akan menggunakan jalur lebar gentian optik.
Capaian terbuka akan membawa maksud model perniagaan apabila Jalenas akan menjadi penyedia prasarana rangkaian kepada penyedia perkhidmatan atau operator
FTTH ialah prasarana berasaskan kabel gentian optik bagi menggantikan wayar kuprum sedia ada digunakan sekarang oleh kebanyakan penyedia perkhidmatan telekomunikasi.
Teknologi ini didapati lebih berkesan kerana mampu memberi kelajuan jalur lebar yang amat tinggi ke atas pelbagai perkhidmatan bersepadu termasuk suara, data dan video yang akan disalurkan terus ke rumah pengguna.
Era Internet yang berkembang dengan pesat hari ini boleh mengambil kesempatan teknologi terbabit bagi menyalurkan berbilang isyarat digital menerusi satu kabel dengan kelajuan yang tidak dapat disangkal iaitu sehingga 2.5 gigabit sesaat (Gbps) berbanding 1.5 megabit sesaat (Mbps) menggunakan kabel kuprum.
Prasarana gentian optik capaian terbuka Jalenas akan terus ke rumah pengguna untuk menyokong kelajuan Internet yang diperlukan.
Sumber Harian Metro
Tahukah anda internet kini selamat untuk anak-anak kita?
Adakah anak-anak kita selamat untuk melayari internet?
Di alaf baru ini anak-anak kita tidak harus ketinggalan dalam dunia IT kerana mereka juga perlukan perubahan dan tidak ketinggalan menikmati arus perubahan teknologi maklumat.
Seperti yang kita sedia maklum di internet telah wujud berbagai-bagai jenis laman web dan sumber-sumber maklumat yang banyak untuk membantu anak kita dalam proses pembelajaran dan dapat meluaskan ruang lingkup minda anak kita.
Apa yang kita khuatiri ujudnya laman web yang mana diantaranya laman web yang berunsur tidak sihat untuk tatapan anak-anak kita.Untuk mencari sumber informasi maklumat kita tidak ketinggalan menggunakan search enjin seperti Yahoo atau Google.
Justeru itu kita sebagai ibu bapa terpaksa mencari sumber maklumat untuk anak kita bagi mengelakan anak kita menggunakan search enjin dan terjumpa laman web yang tidak sepatutnya.
Tahukan anda bahawa terdapat search enjin selamat untuk anak-anak kita melayari dunia internet mereka sendiri.Diantaranya adalah:
kidsclick.org
askkids.com
factmonster.com
Di Kidsites.com terdapat banyak laman web yang selamat untuk kanak-kanak.Laman-laman web di kidsites mempunyai pautan ke laman-laman web yang lain yang mana dipilih dengan teliti untuk memastikan bahan yang disediakan sesuai untuk kanak-kanak.
Semoga dengan adanya laman web dan search enjin khusus untuk kanak-kanak sedikit sebanyak dapat menenangkan jiwa kita sebagai ibubapa dikala anak-anak melayari internet.
salam sejahtera...
Unlock modem huawei E220
Kepada sesiapa yang mempunyai modem huawei model e220 dan modem tersebut di lock kepada satu provider sahaja, kini ianya boleh di unlock supaya modem tersebut boleh diguna pakai dengan mana-mana provider.
Uji kekuatan Password Anda Dengan Password Checker
selamat mencuba...
Cara mudah untuk periksa kelajuan internet anda
Cara mudah untuk periksa kelajuan internet anda,sila muat turun perisian ‘internet speed test’ melalui link download di bawah dan save file.
Untuk menggunakan perisian ini,anda hanya perlu double klik pada icon ‘internet speed test’ yang telah anda muat turun,kemudian akan keluar tetingkap perincian kelajuan internet anda.
Sila klik dibawah untuk pcislamDownload
Tip bagaimana mempercepatkan proses menutup Windows (windows shutdown)
Jika komputer anda mengambil masa yang agak lama untuk ditutup, di sini ialah tip ubahsuai ke atas sistem registry anda yang boleh membantu mempercepatkan proses menutup komputer anda.
Klik butang START
Klik butang RUN
Taip ‘regedit’ di dalam kotak yang muncul
Kotak Registry Editor akan muncul
Klik HKEY_LOCAL_MACHINE
Klik SYSTEM
Klik CURRENT CONTROL SET
Klik CONTROL
Sekarang anda perhatikan kotak sebelah kanan dan klik kekunci “WaitToKillServiceTimeout”
Tukar nilai di dalam kotak tersebut kepada 200
Tutup Registry Editor tadi.
Restart semula komputer anda.
Selepas ini anda akan melihat masa untuk anda menutup komputer anda akan menjadi lebih singkat.
Selamat mencuba.
Optimumkan sistem komputer anda dengan Ccleaner
Ccleaner merupakan perisian percuma yang berfungsi untuk mengoptimumkan sistem komputer anda dengan cara melakukan pembersihan menyeluruh ke atas sistem hard disk anda.
Ia akan membuang ke semua fail-fail yang tidak berguna di dalam sistem anda dan sekaligus akan melancarkan atau melajukan sistem Windows dan juga mengoptimumkan penggunaan ruang hard disk anda.
Ia juga berfungsi untuk membersihkan jejak aktiviti online anda seperti ‘Internet history’.
Terdapat juga fungsi tambahan iaitu ‘Registry Cleaner’ yang berfungsi membersihkan sistem registry komputer anda.
Keunikan software ini ialah ianya bekerja dengan pantas dan software ini adalah amat ringan.
Saya telah menggunakan software ini untuk mengoptimumkan sistem Windows saya dan setakat ini ianya memberikan persembahan yang memuaskan.
Transcend USB Flash Drive versi V70 Tahan Lasak
Transcend telah melancarkan anti-shock USB Flash Drive, JetFlash versi V70.
Ianya diperbuat dari eco-friendly rubber, boleh dikatakan ianya tahan lasak dari faktor hentakan, lembapan dan debu.
sesuai bagi golongan yang melakukan tugasan di kawasan luar dengan menggunakan komputer riba.
JetFlash V70 dilengkapi dengan penutup yang dirangkum bagi mencegah dari tercicir dan hilang.
ketika ini versi V70 tersedia dalam saiz berkapasiti 16GB (Red), 8GB (Orange) dan 4GB (Purple) , JetFlash V70 hadir dengan lifetime warranty.
"Menggabungkan daya tahan dengan gaya design sporty, dan mesra pengguna, Transcend's JetFlash V70 USB Flash Drive memungkinkan pengguna boleh menyimpan file penting mereka walau di mana jua mereka pergi."
JetFlash V70 juga memenuhi piawaian AS drop-tester standard.
(MIL-STD-810F 516.5Transit Drop)
Engine carian internet selain dari Google search
Cara menggunakan GoogleSearch amat baik, tetapi kadangkala ada fail yang akan terindeks jauh dalam GoogleSearch. Adalah lebih baik jika anda menggunakan enjin carian khas seperti di bawah.
Berikut ialah senarai 24 enjin carian rapidshare yang anda boleh gunakan untuk mencari item anda:
2. rapidlibrary
3. filez
4. filecrop
5. rapid.tvphp
6. 4megaupload
7. filescoop
8. rapidshare1
11. rapidfox
12. hellafiles
13. filesearch.gr/
14. oplahol.
15. rsfind
16. rapidrat
17. searchshared
18. shareminer
19. filesbot
20. rapidosearch
21. oneclickfiles
22. rapidsharelink
23. megadownload
24. avun
Komputer Masa Hadapan
Sejak akhir-akhir ini, banyak syarikat komputer berlumba-lumba untuk mengeluarkan komputer serta kenyataan berkaitan dengan masa hadapan dunia pengkomputeran dalam nada yang optimistik dan positif. Para saintis dan juga pakar-pakar komputer telah menyenaraikan beberapa aspek pengkomputeran yang bakal muncul nanti. Malah inisiatif untuk menghasilkan teknologi komputer terbaru telah dijalankan sejak empat atau lima tahun sebelum memasuki abad ke 21 ini oleh beberapa syarikat komputer gergasi.
Namun begitu segalanya bergantung kepada kehendak dan keupayaan pengguna untuk menyerap segala teknologi baru ini dan digunakan dengan baik. Untuk merealisasikan impian untuk mengujudkan teknologi komputer terbaik maka mereka telah menyenaraikan 10 ciri-ciri teknologi komputer termaju sebagai panduan umum. Walaupun ada di antaranya boleh dianggap agak terkehadapan tetapi ia tidak mustahil untuk dicapai dan dicipta oleh manusia.
Komputer akan mempunyai sifat kemanusiaan - Komputer dikatakan akan mempuyai sifat-sifat kemanusiaan dengan memahami arahan suara, kepenggunaan kehadiran maya (virtual presence) dan mengenal kelakuan atau emosi.
sebuah pc tablet berasaskan windows
ibm netvista berbentuk futuristik
Perisian pintar - Perisian-perisian akan menggunakan arahan suara, penggunaan bahasa semulajadi, menggunakan teknologi Neural Net. Perisian sistem pengoperasian rangkaian juga akan menjadi lebih pintar seperti Bayesian Networks yang mampu berfungsi secara sendiri. Sistem pengoperasian dan perisian rangkaian juga menjadi lebih proaktif dalam membaiki dirinya sendiri serta bijak mengimbangi beban kerja rangkaian.
Ekonomi Internet akan berkembang - Ekonomi Internet akan berkembang dengan pesat dan laman Web e-dagang akan menjadi satu agenda utama pada alaf baru. Dengan seramai 180 juta pengguna Internet seluruh, jumlah yang bakal dibelanjakan dalam Internet adalah sebanyak AS$41 bilion menjelang 2003.
Komputer generasi baru - Komputer akan menggunakan paparan Super XGA (1,280-by-1,024) untuk penghasilan monitor. Manakala paparan Roentgen iaitu sebuah paparan 16.3-inci dengan resolusi 2,560 x 2,048 dan paparan yang luas serta besar. Penggunaan LCD juga semakin maju dan mampu mencapai paparan XGA dengan luas paparan sehingga 29 inci.
Ramalan pemproses - Menjelang tahun 2011, mikroproses akan menggunakan satu bilion transistor dan beroperasi pada kelajuan 10GHz serta menggunakan proses teknologi semikonduktor 0.07-mikron yang mampu melakukan kiraan 100 bilion operasi sesaat. Senibina pemproses PC juga akan ditingkatkan daripada 32 bit kepada 64 bit bagi meningkatkan tahap pemprosesan untuk PC.
Hiburan maya - Lebih banyak watak digital realistik dapat dihasilkan. Teknologi 3D dan aliran SIMD Extensions (SSE) akan dipermajukan. Ruangan Chat akan muncul dalam bentuk 3D chat dan dalam pembikinan permainan pula DirectX 8.0 akan dihasilkan. Latarbelakang studio atau pentas juga akan menggunakan paparan maya bagi memberikan paparan yang menarik.
Awas ketika 'download'! PC Anda Dalam Bahaya!!
Ada banyak sumber perisian dalam Internet yang boleh dimuat turun (download).
Cara Buat Wireless Adhoc Network (Laptop To Laptop)
Jika anda seorang pengguna laptop, adalah penting untuk anda mengetahui tentang cara membuat wireless adhoc network kerana ianya mungkin berguna,
contohnya:
1. Dapat berkongsi sambungan internet tanpa memerlukan wayar lain dan router dengan menggunakan internet connection sharing.
2. Dapat berkongsi/sharing file over network, memudahkan proses copy dan paste dan mengurangkan kebergantungan terhadap pendrive, external hard disk dll.
3. Dapat main game network tanpa memerlukan wayar lan atau router, cth DotA.
4. Dan lain- lain.
Sila klik link dibawah ini untuk download:
http://www.ziddu.com/download/5440399/Carabuatwirelessadhocnetwork
Loading Yang Lebih Laju Daripada Biasa
Cara Melajukan Capaian Internet Anda
1. Defaultkan wallpaper anda,biarkan kosong.Bagi Windows 98/ME/2K/ ,default wallpaper ialah warna biru muda.Bagi Windows XP tidak dapat ditukar kerana wallpaper defaultnya ialah gambar Bliss.Jika gunakan wallpaper,terutamanya yangberwarna-warni ia akan membuatkan PC anda lagging semasa melayari laman web.
2. Klik Start/Run dan taip msconfig.Klik pada bahagian Startup dan uncheck software yang anda fikir anda tidak mahu keluar pada masa anda start komputer anda.Semakin kurang yang keluar pada startup anda semakin lajulah proses permulaan komputer anda dan melajukan loading site didalam internet.
3. Kurangkan atau jangan run software yang terlalu berat seperti Microsoft Word semasa melayari internet, kalau anda ingin full acceleration semasa melayari internet jangan buka software yang lain seperti satu lagi window bagi internet explorer, ini akan melambatkan internet anda.
4. Clearkan segala benda yang terdapat didalam Recycle Bin anda sebelum menyambungkan connection anda ke internet. Tidak lupa juga History anda dan Records.
Klik Start/Settings/Taskbar and Start Menu/Advanced dan klik Clear.
5. Apabila anda connected daripada internet lebih daripada dua jam,restart computer anda dan reconnect kembali. Jika anda terus melayari internet connection anda ke server akan mula drop dan anda akan mula terasa data/connection anda mula menjadi perlahan.
6. Jika anda menggunakan dial up dan menggunakan modem internal/external jangan lupa untuk update driver anda setiap 2 bulan untuk memastikan segala information hardware anda diupdate kerana selalunya driver yang anda dapat daripada CD adalah tidak updated atau yang menggunakan versi lama, justeru itu anda haruslah mendapat update file yang updated daripada site manufacturer modem tersebut.
7. Pada pengguna Internet Explorer, klik ikon Internet Explorer di Desktop dan klik Properties,Klik di bahagian Advanced dan scroll down ke bahagian Multimedia, untick bahagian yang tertulis Play animations,Play sounds,Play videos,Show pictures,Smart image dithering. Selepas ini anda tidak perlulah terkejut apabila anda melayari apa-apa site jika mendapati site itu tidak memaparkan sebarang gambar/flash/videos kerana yang ada hanyalah perkataan kerana anda telah set untuk tidak download sebarang gambar jadi ia akan melajukan internet anda semasa loading site.
8. Kemudian Klik Start/Settings/Control Panel/Network ,di bahagian Configuration klik 2X di Dial-Up Adapter dan klik pula Advanced.Klik IP Packet Size dan dibahagian Value pilih Large dan dibahagian seterusnya Record a log file pilih No..Klik Ok dan Ok sekali lagi dan restart komputer anda..
9. Pastikan komputer anda sentiasa berada didalam keadaan yang baik setiap masa,connection akan drop jika komputer anda bermasalah seperti dijangkiti virus.
10. Jangan install game didalam PC anda walaupun mempunyai hard disk yang besar.Biarkan ruang yang lebih untuk swap file semasa anda surfing kerana file yang banyak didalam hard disk anda akan buat komputer lebih kerap hang/jam etc.
Theme pilihan untuk Google Chrome
Google Chrome Theme - Walaupun perubahan Theme pada Google Chrome belum setanding plugin Mozilla, berdasarkan informasi yang saya ketahui, ada beberapa Thirt Party Developer yang sudah mula untuk upgradekanya.
Theme ini sebenarnya bukan asalnya dari Google, namun tidak ada salahnya anda juga mencubanya. Cara mengganti theme pilihan ini juga mudah, anda cukup melakukan swapping file default.dll pada folder theme yang ada pada path Google Chrome anda.
Untuk pilihan theme, anda download pada link dibawah:
Mac Theme Download
Orange Theme Download
Army Style Download
Gold Theme Download
Dark Theme Download
Green Theme Download
Black Theme Download
FireFox 3 Theme Download
Aqua Theme Download
Cara Install:
1. Download salah satu file diatas.
2. Kemudian Extact file .rar tersebut.
3. Jalankan Windows Explorer anda, kemudian masuk pada folder directory dibawah:
Window Vista:
C:\Users\USERNAME\AppData\Local\Google\Chrome\Application\0.2.149.27\Themes
Windows XP:
C:\Documents and Settings\USERNAME\LocalSettings\AppData\Google\Chrome\Application\0.2.149.27\Themes
4. Extrak file Default.DLL yang sudah ada download pada folder direktori diatas (sebelum melakukan swapping Default.DLL, ada baiknya anda melakukan backup terlebih dahulu pada file Default.DLL yang lama)
5. Kemudian jalankan Chrome anda dan lihat perubahannya.
Selamat Mencuba
Laptop Mini Dari Nokia
Simptom-Simptom PC Terkena Jangkitan Virus
Kewujudan sistem rangkaian dan penggunaan Internet yang 'wajib' menyebabkan kita sentiasa terdedah dengan ancaman virus. Mungkin anda sendiri pun selalu menerima 'reminder' dari penyedia perkhidmatan antivirus meminta supaya signature dikemaskinikan.
Mungkin ada dikalangan kita yang pernah mengalami serangan virus yang menyebabkan kerosakan pada sistem PC dan mungkin juga ada diantara kita yang belum pernah merasai gejala serangan ini…
Kita perlu berwaspada setiap masa dan yang paling penting ialah jangan mengabaikan 'perintah' mengemaskinikan signature antivirus. Jangan kita sangka bahawa apabila kita telah memasang perisian antivirus maka PC kita telah selamat.
PC kita tidak akan selamat selagi kita tidak mengemaskini antivirus dari masa ke semasa. Ini adalah kerana semakin banyak virus-virus baru dicipta yang mempunyai pelbagai ciri dan variasi untuk menyerang sistem komputer.Bagi yang pernah mengalami penangan virus, mungkin sudah arif tentang petanda-petanda bahawa sistem PC telah diserang tetapi bagi yang belum pernah mengalaminya disini di senaraikan beberapa simptom yang mungkin disebabkan oleh serangan virus.
Jadi jika anda pernah mengalami salah satu dari simptom dibawah, lebih baik anda lakukan pengimbasan keatas sistem dengan kadar yang segera.Tanda tanda pc anda telah dijangkiti virus adalah seperti berikut:
* PC menjadi hang selepas dibuka, dan seringkali berlaku.
* Prestasi PC tiba-tiba sahaja menjadi lembap. Sebarang aplikasi atau fail yang hendak dibuka menjadi terlalu perlahan.
* Keluar mesej "Out of memory error" walaupun PC mengandungi ruang ingatan yang mencukupi.
* Sistem operasi Windows tidak boleh dijalankan walau sebelum ini kita tidak pernah menyentuh bahagian setting ataupun mengubah registry.
* Sistem operasi Windows tidak dapat dijalankan kerana fail-fail penting untuk menjalankannya hilang tiba-tiba.
* Ada program yang tidak pernah diinstal sebelum ini tiba-tiba muncul dan berjalan dengan sendirinya.
* Terdapat proses yang tidak diketahui sedang berjalan dan menggunakan banyak sumber CPU.
* Kita tidak boleh menginstal sebarang program atau aplikasi baru.
* Windows seringkali reboot dan proses reboot berlaku berulangkali.
* Utiliti cakra seperti scandisk melapurkan banyak error pada cakra selepas melakukan imbasan cakra.
* Program atau aplikasi yang sebelum ini boleh digunakan crash secara tiba-tiba.
* Drive partition bagi cakra keras, CD-ROM dan cakra liut tiba-tiba sahaja hilang.
* Menerima email yang mengandungi sisipan-sisipan yang ganjil, contohnya mengandungi dua ekstensi.
* Perisian Antivirus hilang tiba-tiba.
* Perisian Antivirus tidak boleh di instal.
* Dialog box terpapar pada skrin secara tiba-tiba.
* Sistem PC berjalan dengan sendirinya, misalnya tetikus menunjuk ke sesuatu, membuka dan menutup tray CD-ROM dengan sendirinya.
* Penunjuk tetikus berubah imej dan grafik.
* Ikon-ikon ganjil terpapat pada sistem tray walaupun tidak pernah menginstal sebelum ini.
* Muzik atau Video tiba-tiba sahaja dimainkan dengan sendirinya.
* Saiz sesuatu fail berubah, walaupun kita tidak mengeditnya sebelum ini.
* Fail-fail yang kita simpan hilang satu persatu.
* Properties sesuatu fail berubah dengan sendirinya.
RALAT-RALAT LAZIM DIAL-UP NETWORKING
Semoga dapat sedilit sebanyak membantu kita...
Para pengguna komputer yang sering mengakses Internet menggunakan modem dari rumah mungkin biasa ataupun pernah berhadapan dengan pelbagai mesej ralat yang dipaparkan oleh Windows semasa proses mendail dilakukan. Pada kebiasaannya mesej ini mempunyai nombornya yang tersendiri bersama-sama dengan penerangan ringkas tentang masalah yang dihadapi. Seringkali masalah yang dijelaskan tidak dapat membantu pengguna untuk cuba menyelesaikannya, samada kerana tidak faham ataupun telah hilang ikhtiar. Berikut adalah beberapa ralat yang sering dipaparkan dan beberapa kaedah untuk menyelesaikan masalah yang berkaitan dengannya.
Error 629
You have been disconnected from the computer you dialed. Double click the connection to try again.Masalah ini mungkin muncul apabila anda memasang Windows 98 Second Edition, enkripsi data 128-bit tidak akan berfungsi dan mesej ralat seperti diatas akan dipaparkan sewaktu cuba untuk mendail menggunakan Dial-Up Networking (DUN)Memasang semula.Memasang semula komponen peningkatan keselamatan DUN untuk Windows 98 tidak akan dapat menyelesaikan masalah ini, ia disebabkan oleh Windows 98 edisi kedua mempunyai komponen DUN dengan enkripsi 40-bit yang tidak boleh digantikan dengan komponen sebelumnya.Masalah ini perlu dirujuk kepada Microsoft, dan anda boleh mengunjungi tapak web sokongan MIcrosoft untuk mengetahui samada versi baru komponen ini sudah disediakan atau tidak, http://support.microsoft.com/Support/NT-Server/128Eula.asp.
Error 630
The Computer is not receiving a response from the modem. Check that the modem is plugged in, and if necessary, turn the modem off, and then turn it back on.ataupunCommunication port is invalid or busy.Mesej ralat ini boleh muncul sekiranya modem menggunakan serial port yang baru dikesan melalui pengesanan perkakasan Windows 98, atau anda menukar modem ataupun port untuk modem.
Untuk mengatasi masalah ini, masuk ke DUN Properties, iaitu dengan cara mengklik Start > Program > Accessories > Communications > Dial-up Networking, kemudian klik kanan pada DUN yang anda ingin gunakan dan ambil pilihan Properties dari menu pop-up yang muncul.Pada paparan yang muncul, dibahagian Connect using, pilihlah nama modem yang baru dipasang, ataupun mengemaskini maklumat COM port dengan mengklik butang Configure.
Program-program lain yang diarahkan untuk dilaksanakan sewaktu Windows bermula (StartUp) juga mungkin menjadi punca kepada mesej ralat ini.Untuk mematikan buat sementara waktu program-program yang dimulakan secara automatik ini, klik pada Start > Run, taipkan MSCONFIG dan klik OK.
Didalam tetingkap Msconfig, dibahagian Startup, akan disenaraikan semua program yang telah ditentukan untuk dilaksanakan itu. Kenal pasti program yang mungkin mengguna atau mengawal modem anda dan buangkan tanda pada kotak disebelahnya untuk menghalangnya daripada dilaksanakan.Sekiranya anda tidak pasti samada sesuatu program itu perlu dimatikan, buangkan semua tanda pada kotak-kotak itu dan tinggalkan hanya untuk ScanRegistry, TaskMonitor, SystemTray dan LoadPowerProfile.Secara umumnya perkara ini boleh terjadi sekiranya ada program lain yang sedang menggunakan modem anda, contohnya perisian penerima faks atau penjawab panggilan.
Dalam kes-kes yang lain pula, ia mungkin terjadi akibat pepijat atau kelemahan pada sesuatu modem yang diguna. Ia selalunya dapat dibetulkan dengan memindah terima dan memasang fail pemacu yang terkini dan bersesuaian dengan modem terbabit.Bagaimanapun buat sementara waktu, kaedah sementara untuk menangani masalah ini ialah dengan mengklik Start > Settings > Control Panel, klik dua kali pada ikon Modems, periksa bahagian General dan pastikan nama modem yang anda gunakan ada disenaraikan.Seterusnya klik pada tab Diagnostics, pilih COM port yang digunakan oleh modem dan akhir sekali klik pada butang More Info. Selepas beberapa saat, hasil daripada ujian ke atas modem akan dipaparkan.
Apabila anda keluar daripada Modem Properties ini, modem anda seharusnya sudah boleh digunakan seperti biasa sehingga anda selesai kerja dan mematikan komputer (Anda harus mengulang langkah ini setiap kali komputer dimatikan dan Windows dihidupkan semula).
Error 633
The modem is not installed or configured for Dial-Up Networking. To Check your modem configuration, double click the modems icon in Control Panel.Mesej ralat ini akan muncul sekiranya fail Telephon.ini yang diperlukan oleh Windows telah rosak ataupun hilang. Untuk mengembalikan fail ini, mula-mula sekali tukarkan nama fail C:windowsTelephon.ini kepada suatu nama lain sekiranya fail berkenaan masih ada, kemudian matikan dan hidupkan semula komputer.Seterusnya menggunakan windows Explorer, dapatkan fail C:windowssystem apiini.exe dan klik dua kali pada fail ini.Program ini akan dilaksanakan secara pantas seolah-olah tiada apa yang berlaku, bagaimanapun anda boleh mengesahkan bahawa fail Telephon.ini telah dihasilkan dengan memeriksanya didalam folder C:Windows.
Error 645
Dial-Up Networking could not complete the connection to the server.Masalah ini biasanya disebabkan oleh pilihan Require encrypted password pada konfigurasi sambungan (di bahagian Server Types) telah ditandakan untuk diguna.Untuk tidak menggunakan fungsi itu, klik pada Start > Programs > Accessories > Communications > Dial-Up Networking, klik kanan pada ikon yang mewakili sambungan DUN anda dan ambil menu Properties. Klik pada tad Server Types dan buangkan tanda di bahagian Require encrypted password. Akhir sekali klik OK.
Error 650Modem not responding (Error 650).
For troubleshooting information, click Help. Jika masalah ini timbul, satu kaedah yang boleh diguna untuk mengatasinya ialah dengan mengklik Start > Programs > Accessories > Communications > Dial-Up Networking.
Klik kanan pada sambungan DUN dan ambil menu Properties. Pada tab General, klik pada butang Configure dan pilih tab Options. Tandakan pada bahagian yang berlabel bring up terminal window after dialing.Ini akan menyebabkan satu tetingkap akan dipaparkan sewaktu mendail.
Klik sahaja pada butang Continue untuk meneruskan proses dail anda.Masalah ini juga boleh terjadi sekiranya terdapat program RNAAPP yang dilaksanakan pada komputer anda dan menyebabkan port modem dibiarkan terbuka, modem yang salah telah dipilih didalam bahagian konfigurasi DUN, program DUN itu sendiri yang rosak ataupun anda konfigurasi tambahan yang menyebabkan modem tidak memberi tindakbalas.Untuk menamatkan program RNAAPP, tekan kekunci CTR, ALT, DELETE secara serentak dan didalam tetingkap at the same time to view the Close Programs yang dipaparkan, klik pada Rnaapp, dan klik pula pada butang End Task untuk menamatkannya.
setelah itu cuba dail semula.Jika anda ada menukarkan modem, anda juga perlu mengemaskini konfigurasi didalam DUN Properties agar ia dapat merujuk kepada modem yang baru itu.Kemungkinan lain ialah kerosakan yang melanda komponen DUN dan anda terpaksa memasangnya semula.
Untuk itu anda perlulah membuang komponen itu terlebih dahulu dengan mengklik kanan pada ikon Network Neighborhood dan mengambil menu Properties. Klik pada Dial-Up Adapter, dan klik butang Remove, setelah itu anda akan diminta agar memulakan semula komputer.Setelah komputer dimulakan semula, masuk ke Control Panel, klik dua kali pada Add/Remove Programs, dan klik pada tab Windows Setup.
Tandakan kotak pada bahagian Communication, klik butang Details dan pastikan Dial-Up Networking juga telah ditandakan. Klik OK , dan mulakan semula komputer anda.Sekiranya masalah ini disebabkan oleh konfigurasi tambahan pada modem, anda boleh membuangnya dengan masuk ke Control Panel dan klik dua kali pada ikon Modems.Klik pada modem dan klik pada butang Properties, dibahagian Connection, klik pada Advanced. Didalam bahagian Extra Settings, padamkan semua masukan tambahan yang telah dibuat.Ulang hidupkan komputer dan cuba dail semula.
Satu lagi ralat 650 ialah:(650)
The computer you have dialed does not respond to a network request.Ini biasanya terjadi apabila pembekal perkhidmatan Internet anda sedang mengalami waktu puncak ataupun terlalu sibuk sehinggakan ia tidak mempunyai cukup nombor IP untuk diperuntukan kepada anda, lantas menyebabkan anda tidak dapat masuk ke Internet.Masalah ini tidak boleh diselesaikan oleh anda, sebaliknya anda terpaksa menunggu beberapa minit sebelum mendail semula, ataupun konfigurasikan modem supaya ia terus mencuba sehingga dapat.
Error 691
The computer you are dialing in to cannot establish a Dial-Up Networking connection. Check your password, and then try again.Ralat ini mungkin menjadi kelaziman khususnya pada mereka yang lewat membayar bil Internet dan pembekal perkhidmatan Internet anda telah menggantung perkhidmatannya kepada anda.Anda juga mungkin telah tersilap taip kata laluan, ataupun ada orang lain telah menukarkan kata laluan tanpa pengetahuan anda.Ia juga mungkin kerana anda cuba mendail pembekal perkhidmatan Internet tanpa menggunakan perisian atau program khusus yang disediakan oleh pembekal perkhidmatan berkenaan.Kerosakan fail Telephon.ini (seperti mesej ralat sebelum ini) juga boleh menyebabkan masalah ini. Jika masalah ini bukan disebabkan oleh akaun atau kata laluan anda, memasang semula komponen DUN akan dapat mengembalikan fail-faiul asal atau yang telah rosak dan menyelesaikan masalah ini.Anda juga perlu memastikan bahawa masukan pada registry di bahagian HKEY_LOCAL_MACHINESystemCurrentControlSetServicesRemoteAccessAuthenticationSMMFiles adalah merujuk kepada fail Rasapi32.dll dan tidak digantikan dengan fail lain.Jika fail Rasapi32.dll rosak, anda perlulah mendapatkannya semula daripada CD-ROM pemasangan menggunakan arahan Extract.
Error 745
An essential file is missing. Re-install Dial-up NetworkingMasalah ini akan berlaku sekiranya ada fail-fail komponen DUN yang rosak ataupun hilang. Pasang semula fail-fail ini dan masalah ini dijangka akan selesai.Periksa juga masukkan registry seperti ralat dibahagian atas, dan pastikan ia merujuk kepada fail yang betul
Menangani sendiri masalah komputer
Mungkin ramai pembaca yang tertanya-tanya apakah rahsia untuk menjadi seorang yang "pandai komputer"
Baru dari LG Arena KM900
LG Mobile Phone dengan 3 "WVGA Screen, 5 MP Camera, Dolby ® Mobile Music, 8 GB memori
Teknologi ICT makin berkembang tidak ketinggalan juga dalam teknologi talifon bimbit. Yang terbaru dari LG handphone bernama Arena dengan skrin sesentuh sepenuhnya. 3" layar sesentuhnya menjanjikan kualiti gambar dan video DivX yang cantik. Juga pemain muzik dengan sistem Dolby Mobile. Mengambil gambar resolusi tinggi dengan kamera digital 5 MP, Browsing Internet, Merancang perjalanan dengan GPS semuanya hanya di hujung jari.
Cukup teruja bila dapat cuba hanphone nih... canggih beb siap boleh sambung kat Tv lagi untuk main video atau gambar hak yang ada dalam memory handphone tu (maklumlah memory 8GB)
Nape tak percaye?
PDF FILE
Spesifikasi
Syok Belajar Dengan Berita Harian
Kenapa kita tak terfikir untuk mencari dan menyediakan cara pembelajaran anak-anak kita lain dari yang lain supaya mereka tidak boring.
Dalam era ICT ini dan rata-rata setiap rumah telah ada sekurang-kurangnya sebuah komputer atau laptop dan berserta line internet pembelajaran anak-anak akan jadi lebih mudah,berkesan dan seronok. Depa tak boring:)
Pendidikan yang disediakan dalam BERITA HARIAN terus berkembang sejajar dengan perkembangan pesat teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).
Kini, BERITA HARIAN memperkenalkan laman web guru.net.my yang menjadi medan pengajaran dan pembelajaran pelajar secara maya.
Apa yang disediakan :
- simulasi peperiksaan percubaan
- e-penilaian
- Latih tubi soalan
- pelajaran multimedia
- kad laporan maya
- nota rujukan
- permainan minda
- Dan banyak lagi nak lebih detail layari www.guru.net.my.
Apa ada disebalik Logo Yahoo!
Apa ada disebalik logo Yahoo... mungkin masih ada yang tak tahu sebenarnya ada sesuatu disebalik logo Yahoo itu sendiri. Cuba anda klik pada bahagian ! seperti gambar di bawah.
Jika anda inginkan feel yang lagi suspend anda perlu buka speaker PC anda kuat-kuat. Anda boleh dengar suara misteri tersebut dengan lebih jelas.
Font, Perisian Dan Kemudahan Tulisan Jawi
Jika anda ingin menukar tulisan rumi ke jawi dengan cepat, anda boleh gunakan kemudahan yang disediakan oleh laman web ini: http://www.ejawi.net/converter.php
Tapi mungkin anda perlu menulis banyak tulisan jawi. Masalahnya ialah bila mahu menaip huruf jawi. Pemprosesan perkataan rumi akan menuliskan dari kiri ke kanan sedangkan tulisan jawi adalah dari kanan ke kiri.
Ada satu perisian percuma yang boleh membantu anda menulis jawi dengan mudah dan cepat iaitu Jawi Multi-Key.
Anda bolehlah muat-turun perisian itu dengan klik di sini kemudian sila pasang (install) di komputer anda.
Bagi menggunakan perisian Jawi Multi-Key, terdapat satu fail panduan yang boleh anda baca. Sila klik di sini untuk muat-turun.
Terdapat juga koleksi font jawi untuk dipasang (install) di komputer anda. Muat-turun fail zip ini, unzip dan kemudian salin (copy) semua font ini ke folder Windows/fonts.
Jika anda tidak faham bagaimana melakukannya, minta bantuan dari kawan-kawan.
Semoga artikel ini bermanfaat.Wallahua’lam.
Era ICT menaikan populariti notebook
Era ICT masa sekarang telah menampakan penggunaan notebook semakin ketara. Rata-rata pengguna hari ini memang berminat menggunakannya (notebook), kerana ia bukan lagi barangan mewah. Ia bukan sahaja untuk golongan bekerja malah penuntut di IPTA/IPTS pun sudah mampu memilikinya, untuk memenuhi keperluan masing-masing. (maklumlah duit PTPTN kan ada:) takpe asalkan berguna)
Notebook atau laptop ini kian diminati kerana beberapa faktor. Antaranya reka bentuk fizikalnya jauh lebih kecil, ringan, dan mudah dibawa ke mana-mana. Selain itu prestasi/keupayaannya hampir setara dengan PC biasa. Boleh melakukan banyak tugas dan harganya berpatutan, sesuai dengan spesifikasi yang ditawarkan.
Wujudnya kemudahan terkini (seperti akses internet tanpa wayar seperti Broadband, WiFi , Wimax , dan 3.5G) juga menyumbang kepada populariti notebook. Jika diperhatikan di sekeliling, kita boleh melihat pengguna notebook bersantai di premis yang ada capaian internet wayarles, misalnya di restoran atau pusat rehat dan rawat di lebuh raya.
Bagaimanapun, dalam keasyikan pengguna menggunakan alat ini, aspek keselamatan jangan diabaikan. Ini meliputi keselamatan notebook itu sendiri dan fail berharga yang tersimpan di dalamnya. Biarpun notebook tersebut hanya berharga RM 2,000, namun maklumat yang tersimpan di dalamnya boleh jadi tidak ternilai.
Kita sedia maklum, ancaman terhadap keselamatan boleh datang dalam pelbagai bentuk. Pertama, notebook itu boleh diserang dan dijangkiti virus, cecacing, trojan atau perisian lain yang berniat jahat. Kesannya, data mungkin rosak, hilang, sukar dipulihkan atau mungkin jatuh ke tangan pihak yang tidak bertangguggjawab.
Disebabkan capaian internet semakin penting hari ini, maka risiko notebook anda dijangkiti tetap ada. Jika kurang mampu untuk memiliki antivirus, cukuplah menggunakan mana-mana Antivirus versi percuma , yang boleh dimuat turun dari internet. Jika boleh, pilih yang terbaik dan boleh dikemaskini fail definisinya.
Majalah PC contohnya telah banyak menceritakan kisah atau tip berguna untuk pengguna komputer dapatkan segala info di sana selain dari internet.
salam mesra.
Garis panduan pusat perkhidmatan internet (sibercafe)
1)PENGURUSAN
1.1)Pengurusan pusat siber dan cyber cafe hendaklah secara professional oleh pengurus yang mempunyai pengetahuan yang luas dalam bidang ini.
1.2)Pekerja rakyat asing adalah tidak dibenarkan bekerja di pusat siber dan cyber cafe.
1.3)Pengusaha pusat siber dan cyber cafe hendaklah mempunyai pekerja yang mencukupi setiap masa bagi mengawasi setiap aktiviti di pusat siber dan cyber cafe tersebut.
2)AKTIVITI YANG DIBENARKAN
2.1)Aktiviti utama ataupun core business pusat siber dan cyber cafe adalah dihadkan kepada aktiviti penyebaran dan mendapat maklumat melalui internet sahaja. Kegiatan-kegiatan lain adalah tidak dibenarkan sama sekali khususnya berbentuk hiburan seperti berikut :
Permainan video;
Perjudian;
Gambar-gambar lucah;
Muzik (pipe music);
Penjualan bahan-bahan bercetak khususnya yang mengandungi unsur-unsur negatif; dan
Lain-lain aktiviti yang berbentuk hiburan.
2.2)Pengusaha pusat siber dan cyber cafe juga hendaklah bertanggungjawab untuk memastikan tiada sebarang aktiviti kurang sihat berlaku di pusat siber dan cyber cafe. Tindakan segera hendaklah diambil sekiranya berlaku aktiviti kurang sihat tersebut yang melibatkan pelanggan mereka.
3)MASA OPERASI
3.1)Masa operasi bagi pusat siber dan cyber cafe adalah dihadkan kepada pukul 12.00 tengah malam sahaja.
3.2)Bagi pengunjung di bawah umur 18 tahun, mereka hanya dibenarkan mengunjungi pusat siber dan cyber cafe sehingga pukul 10.00 malam sahaja.
4)HAD UMUR PENGUNJUNG
4.1)Pusat siber dan cyber cafe hanya dibuka kepada pengunjung berumur 18 tahun ke atas. Walaubagaimanapun mereka yang berumur di bawah 18 tahun dibenarkan mengunjungi pusat siber dan cyber cafe dengan ditemani oleh ibubapa ataupun penjaga.
4.2)Pelajar yang berpakaian seragam sekolah adalah dilarang memasuki pusat siber dan cyber cafe.
5)LOKASI
5.1)Pusat siber dan cyber cafe hanya dibenarkan beroperasi di tingkat bawah bangunan, keadaan premis perlulah terbuka dengan sistem pencahayaan yang terang dan penggunaan cermin gelap adalah dilarang.
5.2)Kedudukan komputer bagi tujuan melayari internet hendaklah berasingan daripada aktiviti sampingan yang lain dan ia hendaklah diletakkan dalam ruang yang terbuka, iaitu tidak berbilik dan tidak berpintu.
5.3)Pusat siber dan cyber cafe tidak dibenarkan beroperasi berhampiran dengan kawasan-kawasan sensitif seperti masjid dan lain-lain kawasan yang dirasakan tidak wajar oleh pegawai pelesenan.
5.4)Lesen yang dikeluarkan oleh PBT hendaklah dipamerkan di tempat yang mudah dilihat. Lesen akan dibatalkan jika syarat-syarat yang dinyatakan dalam garispanduan ini tidak dipatuhi.
6)PENJUALAN MINUMAN KERAS DAN ROKOK
6.1)Penjualan minuman keras dan rokok adalah dilarang sama sekali di pusat siber dan cyber cafe.
6.2)Pelanggan juga adalah dilarang untuk membawa masuk sebarang minuman keras dan juga rokok daripada luar.
7)BUTIRAN PELANGGAN
7.1)Pengusaha hendaklah menyediakan buku rekod kemasukan pelanggan untuk disemak oleh pihak berkuasa pada bila-bila masa.
7.2)Notis pemberitahuan (syarat-syarat kegunaan / peraturan cyber cafe) hendaklah dipamerkan pada pintu masuk premis termasuk perkara-perkara seperti berikut :
jenis perkhidmatan yang diberi;
kadar atau bayaran yang dikenakan; dan
larangan-larangan seperti perjudian, merokok, tayangan bahan-bahan lucah termasuk muat-turun bahan-bahan tersebut.
8)KEBERSIHAN PREMIS
8.1)Pengusaha pusat siber dan cyber cafe juga hendaklah mengambil perhatian ke atas aspek-aspek kebersihan dengan menyediakan kemudahan tong sampah dan tandas awam mencukupi.
8.2)Premis hendaklah menepati syarat-syarat penggunaan dan kelulusan bangunan yang telah ditetapkan dan sebarang pengubahsuaian ke atas bangunan hendaklah mendapat kelulusan daripada PBT terlebih dahulu.
8.3)Premis yang digunakan mestilah mempunyai ciri-ciri keselamatan yang dibenarkan oleh pihak-pihak berkuasa termasuk Jabatan Kesihatan, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Polis dan Pihak Berkuasa Tempatan.
9)TINDAKAN KE ATAS PREMIS PERNIAGAAN PUSAT SIBER DAN CYBER CAFE
9.1)Tindakan menutup premis perniagaan pusat siber dan cyber cafe akan dijalankan jika pengusaha pusat siber dan cyber cafe adalah melanggar syarat-syarat yang telah ditetapkan dalam garispanduan ini.
9.2)Kementerian berhak untuk tidak meluluskan / menolak mana-mana permohonan tanpa memberi apa-apa sebab.
9.3)Permohonan lesen akan ditolak jika terdapat mana-mana premis beroperasi sebelum mendapat kelulusan.
9.4)Kementerian boleh pada bila-bila masa sahaja jika perlu, menghendaki pengusaha-pengusaha pusat perkhidmatan internet memberi butiran lanjut tentang perniagaan mereka.
9.5)Kementerian Kerajaan Tempatan Dan Perumahan dan Pihak Berkuasa Tempatan berhak mengadakan pemeriksaan terhadap premis yang dilesenkan pada bila-bila masa sahaja.
Sumber Kementerian Kerajaan Tempatan Dan Perumahan