Dapatkan artikel terbaru dari Celiksiber dengan percuma.Masukkan alamat email anda:

Delivered by FeedBurner

free logo design

Letakkan kod html di bawah ini di website atau blog anda

Nikmat jalur lebar

Labels:

DENGAN belanja mencecah berbilion ringgit, kerajaan dengan kerjasama sektor swasta melaksanakan apa yang dipanggil sebagai projek jalur lebar berkelajuan tinggi (HSBB).

DENGAN belanja mencecah berbilion ringgit, kerajaan dengan kerjasama sektor swasta melaksanakan apa yang dipanggil sebagai projek jalur lebar berkelajuan tinggi (HSBB).
Projek berkenaan yang bermatlamat membawa industri teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) negara ke tahap lebih maju dan berdaya saing dilancarkan di ibu kota, baru-baru ini.

Bagaimanapun, ramai rakyat Malaysia masih tidak mengetahui faedah yang bakal dibawa HSBB kepada mereka khasnya dan negara amnya sedangkan nilai tambah yang dijana teknologi baru itu tidak mempunyai batasnya.

Tidak hairanlah, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim melahirkan kegusaran dengan perkembangan berkenaan.Beliau berkata, masyarakat masih samar mengenai HSBB yang tidak dilihat secara serius dan masih menimbulkan persoalan serta perlu dijelaskan dengan lebih menyeluruh.Justeru, pihaknya bercadang mewujudkan unit khas bagi memberi penerangan kepada masyarakat luar bandar berhubung kebaikan perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi.

Menurutnya, ia akan dilaksanakan dengan kerjasama Telekom Malaysia Bhd (TM) bagi memudahkan pemahaman serta mengaitkannya dengan perkembangan pesat industri ICT pada masa kini.

"Kita perlu mengaitkan HSBB dengan dunia perkomputeran, telefon bimbit, aplikasi dan sebagainya agar masyarakat lebih celik dan tidak menganggapnya sebagai satu pembaziran," kata Rais.

Beliau menambah masyarakat perlu diingatkan mengenai kebaikan HSBB yang membantu dari aspek k-ekonomi di samping melahirkan insan lebih cemerlang dalam dunia yang semakin mengecil.

"Selain itu, HSBB perlu dieksploitasi sebagai pemangkin kepada pembangun kandungan digital bersifat tempatan yang secara tidak langsung menaikkan nama Malaysia dalam industri teknologi," katanya

.Katanya, dalam keghairahan Malaysia menceduk teknologi luar, ia tidak seharusnya mengenepikan nilai budaya tempatan yang bukan saja bertujuan untuk memelihara ketulenan negara ini, malah melonjakkan nama di persada antarabangsa.

"Inilah peluang kita untuk 'menjual' nama Malaysia serta keunikan yang wujud bagi menunjukkan sesuatu yang boleh dibanggakan seperti dilihat di negara lain," katanya.

Rais menjelaskan tugas utama unit khas itu adalah memberi kefahaman kepada masyarakat mengenai faedah, risiko, kos pembabitan aplikasi dan bagaimana cara hidup rakyat berubah dengan kehadiran perkhidmatan jalur lebar di kawasan luar bandar.

Malah, Rais turut menggesa TM dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bekerjasama erat dalam merealisasikan penebusan jalur lebar yang disasarkan tahun depan."TM perlu terbabit dalam usaha ini kerana mereka lebih mengetahui selok-belok, teknik dan falsafah keseluruhan berkenaan jalur lebar," katanya.

Beliau turut memaklumkan sasaran penebusan jalur lebar kepada 50 peratus daripada isi rumah pada tahun depan dijangka menyumbang kepada kenaikan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak satu peratus dan menyediakan 135,000 peluang pekerjaan baru.Gentian optik yang memacu jalur lebar ialah sejenis kabel yang diperbuat daripada benang kaca halus bagi menyalur cahaya digunakan dalam kebanyakan sistem komunikasi terutama di negara Asia yang maju seperti Korea Selatan, Hong Kong dan Jepun memandangkan keupayaannya menyalurkan data lebih jitu berbanding kabel tembaga.

Ia menjadi perantara bagi telekomunikasi kerana bersifat mudah lentur dan boleh diikat sebagai kabel walaupun dibuat daripada plastik lut sinar atau kaca.Cahaya dipancarkan melalui gentian yang disimpan di dalamnya disebabkan pantulan penuh bahan terbabit menjadi ciri penting dalam menyingkirkan isyarat bersilang antara optik dalam kabel seterusnya membenarkan pemasangan kabel dengan kaedah pusingan.

Sistem optik bertindak sebagai pemandu gelombang ini memiliki dua mod pengaliran iaitu mod tunggal menghasilkan prestasi yang tinggi berbanding mod pelbagai membolehkan cahaya dipancarkan dalam mod berlainan tiba pada masa berbeza.Kabel gentian optik mampu membawa sehingga seribu optik dalam satu kabel bagi menjana prestasi unggul yang mampu memenuhi permintaan untuk jalur lebar berdasarkan pada hujung-ke-hujung dengan mudah.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TM, Datuk Zamzamzairani Mohd Isa, kerja fizikal sambungan akses gentian optik untuk HSBB kini giat diusahakan serentak di 22 kawasan ibu sawat Zon 1 di seluruh negara.

"Kita akan memulakan projek ini di empat kawasan berpotensi tinggi iaitu di Bangsar, Taman Tun Dr Ismail (TTDI), Subang Jaya dan Shah Alam.."

Kami berharap menjelang suku pertama tahun hadapan, kita akan dapat memperkenalkan perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi kepada rakyat Malaysia," katanya.

Zamzamzairani berkata, TM akan melabur RM8.9 bilion bagi tempoh 10 tahun, manakala kerajaan pula melalui pelaburan bersama sebanyak RM2.4 billion bagi tempoh tiga tahun untuk membiayai pelaksanaan pelaksanaan projek berkenaan.

"Projek HSBB ini bukanlah pelaksanaan akses rangkaian semata-mata, malah ia meliputi penyediaan penyelesaian menyeluruh yang merangkumi rangkaian teras dan prasarana antarabangsa," kata Zamzamzairani.

Katanya, TM mengambil langkah awal dalam penyediaan prasarana dan tidak hanya bergantung kepada permintaan saja."Sekiranya kita bergantung terhadap permintaan, maka masa tunggu untuk mendapat perkhidmatan ini akan menjadi agak lama," katanya ketika pelancaran pertama projek HSBB di TTDI yang turut disaksikan Rais serta Menteri Wilayah Persekutuan,

Senator Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.Sejak pengumuman mengenai perjanjian Usahasama Kerajaan-TM pada September 2008 bagi melancarkan rangkaian jalur lebar berkelajuan tinggi dan perkhidmatan yang berkaitan, kerajaan sudah membayar balik sebanyak RM290 juta untuk kerja yang dilaksanakan setakat akhir suku tahun pertama 2009.

"Proses pembayaran balik ini merangkumi kos kerja prasarana akses HSBB dan pelaksanaan Internet Protokol (IP) terasnya serta penambahan kapasiti rangkaian antarabangsa di bawah perjanjian Perjanjian Usahasama Projek (PPP)," katanya.

Jelasnya, kerajaan menerusi Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan dan SKMM menetapkan proses semakan yang ketat untuk tuntutan projek HSBB. Tuntutan yang diberi TM akan diaudit dan disahkan oleh perunding bebas dilantik kementerian seterusnya ia akan mencadangkan jumlah bayaran kepada kementerian sebelum membayar balik tuntutan terbabit.

"Justeru, saya berharap pemain industri merebut peluang ini dan menggunakan rangkaian HSBB untuk menyediakan perkhidmatan tambah nilai kepada pengguna dan menjadikan persekitaran ekosistem ICT di Malaysia lebih rancak," saran beliau.

Kira-kira 1.3 juta premis di seluruh negara akan mempunyai akses HSBB menjelang 2012. HSBB menawarkan lebar jalur pada kelajuan rangkaian sehingga 100Mbps bergantung kepada perkhidmatan.Ia yang membabitkan penyambungan kabel menggunakan sistem gentian optik dilihat kesinambungan dalam teknologi komunikasi apabila ia mampu membantu kabel tembaga sedia ada bagi memberikan prasarana yang lebih efektif terutama di Malaysia.

Dalam perkembangan berkaitan, pemasangan kabel gentian optik mendapat sambutan menggalakkan membolehkan masyarakat dunia kini bercakap mengenai Gentian ke Rumah (FTTH).Jika dilihat dari sudut sejarah, penciptaan gentian optik yang pertama direka pada tahun 1970 oleh penyelidik syarikat pembuat kaca Amerika Corning Glass Works iaitu Maurer, Keck, Schultz dan Zimar.

Landskap jalur lebar berubah pantas selari peningkatan aplikasi lebar jalur tinggi seperti rakaman video secara langsung, karaoke online, 'webcast', permainan online dan 'podcast.'Permintaan seperti ini meningkatkan permintaan lebar jalur lebih tinggi kerana pengguna mahu fail multimedia lebih berkualiti dan muat turun pantas.Kebanyakan pengguna mula mencari teknologi baru yang mampu menggantikan penggunaan tembaga sedia ada kerana ia mempunyai kapasiti terhad untuk membawa aplikasi lebar jalur tinggi.

Teknologi gentian turut membolehkan penggunaan aplikasi perkhidmatan video kualiti tinggi seperti televisyen definisi tinggi dan telefoni video menjadi pantas.

Bayangkan teknologi gentian membolehkan muat turun filem berkualiti tinggi dengan fail sebesar 30 gigabait mampu dilakukan dalam masa 40 minit berbanding lapan jam sebelum ini menggunakan teknologi diperbuat daripada tembaga.

sumber harian metro
21/Julai/2009



Iklan Khidmat Masyarakat

Download PERCUMA E-Kamus

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Anda pernah dengar e-kamus? E-kamus ialah software kamus yang tercanggih yang dilengkapi dengan 18 kamus dan disertakan sebutan dalam English UK. Mudah bukan? Hanya "double click" atau "mouse move", makna perkataan anda terjawab. Boleh digunakan untuk kesemua software berasakan text seperti Microsoft Office (Word,excel dll) , PDF Reader, Mozilla Firefox, Internet Explorer dan macam-macam lagi. Anda mahu mencubanya? Dapatkan secara PERCUMA SEKARANG!


Blog ini dapat ditampilkan dengan baik menggunakan Browser Mozilla Firefox.

Download Disini...

Spread Firefox Affiliate Button