Dapatkan artikel terbaru dari Celiksiber dengan percuma.Masukkan alamat email anda:

Delivered by FeedBurner

free logo design

Letakkan kod html di bawah ini di website atau blog anda

Mengenal Kabel Rangkaian Komputer

Labels:

Jika anda pengguna internet sudah semestinya anda akan menggunakan kabel untuk sambungan rangkaian internet.Ataupun anda akan menggunakan wireless iaitu kemudahan untuk internet tanpa wayar.Post kali ini saya nak berbincanag mengenai kabel rangkaian (network cable) yang selalu digunakan.

Ada dua jenis kabel iaitu:

Kabel jenis kuprum (copper cable) - digunakan dalam rangkaian komputer LAN (Local Area Network)
- Coaxial Cable

- Shielded Twisted-Pair (STP)

- Unshielded Twisted-Pair Cable (UTP)

2. Kabel jenis fiber (fiber optic)

Spesifikasi pemilihan kabel:

Kelajuan dalam pemindahan bit (bps).Iaitu kadar kelajuan data yang dihantar dan diterima dalam masa satu saat.
Jenis penghantaran.Sama ada baseband atau broadband.
Jarak maksimum yang boleh dicapai.
Antara contoh kabel yang selalu digunakan adalah 10BASE-T iaitu 10 untuk kelajuan LAN 10 Mbps,BASE untuk Baseband dan -T untuk jarak maksimum.

utp

UTP Cable

Photobucket

Penyambung RJ-45

Kebanyakkan kabel yang dipasang di komputer untuk LAN adalah kabel UTP jenis 10BASE-T yang mempunyai RJ-45 Connector.Jangan bimbang jika anda tidak tahu kerana untuk post akan datang saya akan hurai lebih terperinci mengenai Copper Cable dan Fiber Optic.


Kabel Jenis Shielded Twisted Pair (STP)

Photobucket

Sejenis kabel telefon kuprum yang mempunyai 2 wayar kuprum digabungkan bersama yang disaluti untuk melindungi kabel tersebut.Bahagian yang disaluti melindungi dari gelombang elecktromagnet dari kerosakan kabel.Kerap digunakan dalam Ethernet terutamanya dalam penghantaran data yang laju.

Ia sesuai untuk persekitaran elektrik sebab disaluti lebih tebal kabelnya.Ia menggunakan kuprum kabel untuk menyambungkan komputer dengan syarikat telekomunikasi.Sesuai digunbakan dalam rangkaian Token Ring Topology.

kabel jenis Unshielded Twisted Pair (UTP).Kabel yang selalu digunakan dalam rangkaian komputer dan Ethernet.

utp1

UTP merupakan kabel rangkaian komputer yang tidak disaluti dengan sebarang pelindung.Digunakan dalan Local Area Network (LAN) dan sambungan telefon.Lebih murah dan senang digunakan.Sambungan yang sesuai adalah RJ-45.

Antara kegunaan kabel jenis UTP adalah:

Kategori 1 - Untuk komunikasi telefon.Tidak sesuai untuk penghantaran data
Kategori 2 - Kemampuan penghantaran data sehingga 4 Mbps
Kategori 3 - Digunakan dalam rangkaian 10BASE-T.Kemampuan penghantaran data sehingga 10 Mbps.
Kategori 4 - Digunakan dalam rangkaian Token Ring.Kemampuan penghantaran data sehingga 16 Mbps.


utp2

jenis wayar mengikut warna dalam kabel UTP


Kategori 5 - Kemampuan penghantaran data sehingga 100 Mbps.
Kategori 5e - Kemampuan penghantaran data sehingga 1000 Mbps. (1Gbps)
Kategori 6 - 4 pasang dari 24 American Wire Gauge (AWG) wayar kuprum.Paling laju dalam penghantaran data UTP [sumber : www.ciscopress.com]
Nota : Jika anda ingin mengetahui kabel jenis UTP,sila lihat kabel sambungan internet di belakang komputer anda.Itulah rupanya kabel UTP.Kalau guna broadband jangan tengok la,memang tak ada pun .


Walaupun STP melindungi ganguan lebih baik dari UTP,ia lebih mahal dan amat sukar untuk dipasang.Ia kerana pelindung yang berkilat (metallic shielding) mesti dibumikan kedua-duanya.Disebabkan kesukaran untuk memasang dan konfigurasi ia jarang digunakan dan hanya di Eropah sahaja lebih digunakan.

stp

Rajah Di dalam Shielded Twisted Pair



Ciri-ciri kabel STP:
■Kelajuan dan keluaran —10 - 100 Mbps
■Purata harga satu node — Mahal
■Saiz media dan sambungan—Sederhana - Besar
■Panjang maksimum —100 m (paling pendek)

Kabel jenis Unshielded Twisted Pair (UTP).Kabel yang selalu digunakan dalam rangkaian komputer dan Ethernet.

utp1

UTP merupakan kabel rangkaian komputer yang tidak disaluti dengan sebarang pelindung.Digunakan dalan Local Area Network (LAN) dan sambungan telefon.Lebih murah dan senang digunakan.Sambungan yang sesuai adalah RJ-45.
Antara kegunaan kabel jenis UTP adalah:
Kategori 1 - Untuk komunikasi telefon.Tidak sesuai untuk penghantaran data
Kategori 2 - Kemampuan penghantaran data sehingga 4 Mbps
Kategori 3 - Digunakan dalam rangkaian 10BASE-T.Kemampuan penghantaran data sehingga 10 Mbps.
Kategori 4 - Digunakan dalam rangkaian Token Ring.Kemampuan penghantaran data sehingga 16 Mbps.
jenis wayar mengikut warna dalam kabel UTP
Kategori 5 - Kemampuan penghantaran data sehingga 100 Mbps.
Kategori 5e - Kemampuan penghantaran data sehingga 1000 Mbps. (1Gbps)
Kategori 6 - 4 pasang dari 24 American Wire Gauge (AWG) wayar kuprum.Paling laju dalam penghantaran data UTP [sumber : http://www.ciscopress.com/]

Nota : Jika anda ingin mengetahui kabel jenis UTP,sila lihat kabel sambungan internet di belakang komputer anda.Itulah rupanya kabel UTP.Kalau guna broadband jangan tengok la,memang tak ada pun .

Selamat membaca.





Iklan Khidmat Masyarakat

Download PERCUMA E-Kamus

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Anda pernah dengar e-kamus? E-kamus ialah software kamus yang tercanggih yang dilengkapi dengan 18 kamus dan disertakan sebutan dalam English UK. Mudah bukan? Hanya "double click" atau "mouse move", makna perkataan anda terjawab. Boleh digunakan untuk kesemua software berasakan text seperti Microsoft Office (Word,excel dll) , PDF Reader, Mozilla Firefox, Internet Explorer dan macam-macam lagi. Anda mahu mencubanya? Dapatkan secara PERCUMA SEKARANG!


Blog ini dapat ditampilkan dengan baik menggunakan Browser Mozilla Firefox.

Download Disini...

Spread Firefox Affiliate Button