Dapatkan artikel terbaru dari Celiksiber dengan percuma.Masukkan alamat email anda:

Delivered by FeedBurner

free logo design

Letakkan kod html di bawah ini di website atau blog anda

Informasi

Labels:

Yahoo! lancar laman web baru.
NEW YORK: Firma Internet terkemuka, Yahoo! dijangka menampilkan reka bentuk baru laman web enjin cariannya hari ini dengan ciri capaian dalam laman ke aplikasi web seperti Twitter dan Facebook.Laporan online Wall Street Journal, berkata pelancaran itu adalah usaha penjenamaan semula yang dilakukan lebih awal daripada jadual sebenar iaitu akhir September atau Oktober. - AFP

Mimos jangka 100 aplikasi teknologi dipindah.
KUALA LUMPUR: Sebanyak 100 aplikasi teknologi yang dibangunkan oleh Mimos Berhad dijangka bakal dipindahkan kepada pemain industri menjeang akhir tahun ini.Sehingga kini, 76 teknologi sudah diterima pakai oleh lapan syarikat tempatan membabitkan perkomputeran grid, platform pengetahuan kejuruteraan dan perkakasan mudah alih iaitu JEN-ii serta iDola.Antara penerima teknologi itu termasuk Jaring Communications Sdn Bhd, Mutiara.com dan Smart Computing Sdn Bhd.

Tukar kepada Windows 7
HP mengumumkan tawaran kepada pengguna yang berminat untuk menukar sistem operasi mereka kepada Microsoft Windows 7 bermula 22 Oktober depan.Peluang berbuat demikian hanya sah untuk pembeli produk HP bagi memenuhi keperluan penggunaan perkomputeran di samping memelihara kos yang dilaburkan mereka.

Pengurus Besar Negara, Kumpulan Sistem Peribadi, HP Malaysia, Danny Lee, berkata langkah terbabit diambil bagi memperbaharui pengalaman pengguna bagi persekitaran Windows7.
"Kami sentiasa peka dengan sistem operasi yang rata-rata menggunakan Windows. Oleh itu, pengguna perlu diberi kesenangan sebaik perubahan dilaksanakan kelak," katanya.


VESevar virus guna nama Jacko
VENDOR keselamatan terkemuka, Symantec mengeluarkan amaran ancaman virus menerusi e-mel berkaitan kematian Raja Pop, Michael Jackson yang kian menular dalam dunia siber.Ancaman virus 'worm' terbabit akan merebak ke komputer pengguna jika mereka membuka fail yang mengandungi subjek 'Remembering Michael Jackson' atau lampiran 'Michael songs and pictures.zip.'

Fail berformat .zip itu memuatkan kandungan lain iaitu 'MichaelJacksonsongsandpictures.doc.exe' yang menyimpan salinan virus worm serta akan merebak serta-merta sebaik ia diklik.Symantec menyifatkan worm berkenaan sebagai W32.Ackantta.F@mm yang bukan saja menular melalui e-mel, malah mampu disebarkan apabila pengguna memasukkan pemacu USB menggunakan autorun.inf.

Teroka produk Apple lima hari
PERISIAN Mac dan iPod antara produk keluaran Apple yang sememangnya dikenali ramai di seluruh negara, malah ia menjadi titik tolak kepada Machines sebagai pengedar utama jenama Apple di Malaysia.

Pengarah Machines, Dylan Fan berkata, sejak 2006 Machine berjaya mengembangkan rangkaiannya ke Johor Bharu dan Pulau Pinang serta mempunyai tujuh rangkaian kecil di Lembah Klang termasuk di Mid Valley Megamall, Lot 10 dan Sunway Pyramid.

"Machine berperanan sebagai pusat sehenti yang menawarkan pelbagai produk dan perkhidmatan khusus untuk pelbagai barangan Apple," katanya.

Sehubungan dengan itu, Machine akan menganjurkan Discovery Week mulai hari ini hingga Ahad bagi memberi peluang kepada pengguna merasai pengalaman menggunakan barangan Apple yang selama ini disangkakan sukar dikendali di samping beberapa pendedahan menerusi bengkel Apple.

Discovery Week 2009 dianjurkan kali kedua bertempat di Mid Valley Megamall. "Machine mensasarkan 100 peratus peningkatan jualan dengan kedatangan pengguna yang ingin menyaksikan produk dan aksesori Mac, iPod dan iPhone 3G," katanya.

Menurutnya, walaupun dunia menghadapi masalah krisis ekonomi, Machines tidak merasai kesan yang ketara kerana pengguna Apple di Malaysia masih berada dalam kelompok kecil dan bakal meningkat mengikut masa.

Pengguna berpeluang mengikuti bengkel mencipta lagu, bermain alat muzik dan merekod muzik menerusi perisian Apple GarageBand 2009, manakala perisian iLife, iWork dan iPhoto 2009 turut didedahkan sepanjang lima hari terbabit.

Penuhi kehendak 'gamers'
PENGELUAR produk memori ternama, Kingston Technology Company Inc (Kingston) memperkenalkan modul memori berpenimbal penuh dwibaris HyperX DDR3 XMP (SO-DIMMS).

Direka untuk komputer yang menggunakan set cip komunikasi Intel Cantiga serta sistem yang menyokong DDR3 XMP iaitu sistem pemproses Intel Centrino 2.

Model HyperX ini direka dengan sifatnya yang tahan lasak untuk menerima keupayaan komputer pengguna. Ia menggunakan pemproses empat teras 1600MHz yang didatangkan dengan program JEDEC dan XMP.

Pengurus Produk, Modul Memori Kingston, Ann Bai, berkata memori HyperX DDR3 ini menawarkan kepantasan, mengurangkan bunyi bising, meningkatkan lebar lajur data dan mengurangkan tenaga elektrik.

>Spesifikasi

PRODUK: Kingston HyperX DDR3 XMP SO-DIMMS
HARGA: tidak diperoleh
KAPASITI: 2GB dan 4GB
SUHU OPERASI: 0o C to 85o C
SUHU PENYIMPANAN: -55o C to +100o C


Platform terbaru Google cari peta Malaysia

GOOGLE Inc (Google) melancarkan platform pencarian terbarunya, Google Maps Malaysia yang mementingkan kandungan tempatan bagi kemudahan penduduk negara ini.

Malah, organisasi enjin carian Internet itu mewujudkan kerjasama dengan syarikat telekomunikasi tempatan bagi membolehkannya dipindah turun ke telefon bimbit.

Ketua Pemasarannya, Derek Callow berkata, Google Maps Malaysia menawarkan inovasi bercirikan tempatan dalam arah tuju pemanduan, pencarian lokasi, perniagaan tempatan, peta dan aplikasi telefon bimbit.

"Oleh itu, kami bekerjasama dengan Maxis Communications Bhd yang menyediakan platform pencarian untuk mengesan alamat dan memandu arah dengan pindah turun melalui m.google.com.my/maps," katanya.

Dalam pada itu, Google turut membuka peluang kepada organisasi tempatan untuk bekerjasama dengan mereka yang mampu meningkatkan kualiti perkhidmatannya di negara ini.

Ia dinyatakan Pengurus Produk Google Asia Tenggara, Andrew McGlinchey yang mahu memastikan maklumat dan kandungan dalam Google Map Malaysia sentiasa diperbaharui.

"Walaupun kami belum beoperasi di negara ini, pelancaran Google Maps Malaysia mungkin satu permulaan yang baik," katanya.

Google Maps Malaysia menawarkan platform carian maklumat jalan, alamat dan perniagaan bagi memudahkan pengguna yang mahukan maklumat lebih komprehensif, cepat dan mudah.

Platform itu menyediakan kandungan dalam pelbagai bahasa termasuk Bahasa Melayu, Cina dan Tamil untuk membolehkan rakyat tempatan dan pelancong menyumbang kandungan daripada teks kepada foto atau video, sekali gus meningkatkan kualiti peta secara online yang mampu dilayari pengguna lain.

Aplikasi Google Maps Malaysia boleh diakses melalui laman web http://maps.google.com.my dengan perkhidmatan ditawarkan secara percuma.


sumber harian metro
21/Julai/2009





Iklan Khidmat Masyarakat

Download PERCUMA E-Kamus

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Anda pernah dengar e-kamus? E-kamus ialah software kamus yang tercanggih yang dilengkapi dengan 18 kamus dan disertakan sebutan dalam English UK. Mudah bukan? Hanya "double click" atau "mouse move", makna perkataan anda terjawab. Boleh digunakan untuk kesemua software berasakan text seperti Microsoft Office (Word,excel dll) , PDF Reader, Mozilla Firefox, Internet Explorer dan macam-macam lagi. Anda mahu mencubanya? Dapatkan secara PERCUMA SEKARANG!


Blog ini dapat ditampilkan dengan baik menggunakan Browser Mozilla Firefox.

Download Disini...

Spread Firefox Affiliate Button