Windows 7 : Lebih Laju. Lebih Stabil, Lebih Mesra Pengguna?
Mungkin ada yang pernah mendengar mengenai Microsoft yang akan melancarkan sebuah lagi sebuah windows iaitu Windows 7. Kod nama untuk Windows 7 ini telah ditukar beberapa kali. Sewaktu di awal projek tersebut, ia dinamakan kod “Blackcomb” pada 2003. Ia kemudian ditukarkan kepada kod “Vienna” pada awal tahun 2006 dan akhir sekali nama rasminya adalah Windows 7. Windows 7 dijangkakan akan melancarkan versi betanya iaitu Windows7 Beta pada bulan Januari 2009.
Untuk Windows 7 versi penuh pula dijangka dilancarkan pada umum pada 2010 tetapi tiada sesiapa yang dapat menjangkan tarikh yang tepat pelancarannya. Tetapi pada pendapat saya, walauapapun Microsoft pasti akan melancarkannya mengikut perancangannya tetapi seperti anda sedia maklum, pasti selepas itu mereka akan mengeluarkan service pack atau patch-patch untuk semua jenis windows mereka.
Ciri-ciri baru Windows 7 :
Antara muka pengguna
- Windows 7 masih mengekalkan cirri utama antara muka pengguna dan stail visual grafiknya iaitu Windows aero seperti windows vista tetapi banyak penambah baikan telah dilakukan. Ciri yang ketara ialah grafik yang menarik di desktop seperti kaca.
Taskbar
- Taskbar Windows & telah ditambah ketinggian sebanyak 10 piksel dari windows vista. Ia cirr terbaru pada windows 7 yang menggunakan grafik ikon yang lebih besar. Tetapi sekiranya anda sudah biasa dengan ikon yang lebih kecil, cirri-ciri taskbar windows vista yang lebih kecil turut disertakan.
Butang Mula dan menu
- Masih kelihatan sama dengan windows vista tetapi ditambah dengan cirri-ciri untuk akses terus Windows Explorer Libraries. Pilihan untuk menu klasik telah dibuang pada versi ini.
Penambahan Ciri Preview Pane
Senarai Pantas (Jump List)
- Pilihan menu ini kini boleh didapati dengan klik kanan pada ikon di taskbar. Setiap ikon yang berlain mempunyai senarai pantasnya yang berlainan mengikut kegunaan aplikasi tersebut.
Ruang Penyimpanan maya (Virtual hard disks)
- Windows 7 juga telah menyediakan fungsi tambahan Microsoft Virtual PC iaitu dengan menambah fungsi Ruang Penyimpanan
Maya (Virtual hard disks) yang boleh digunakan atau dijadikan sebagai pemacu.
Ciri-ciri yang telah dibuang dari Windows sebelumnya :
- Menu mula dan taskbar klasik seperti taskbar win98
- Aplikasi Windows Photo Gallery, Windows Movie Maker dan Windows Mail telah dibuang tetapi digantikan dengan aplikasi Windows Live. Namun ada sesetengah fungsi masih lagi wujud pada aplikasi baru Windows Live.
- Aplikasi Windows Defender telah dibuang
- Windows Meeting Space
- InkBall
- On-Screen Keyboard telah dibuang
- Windows Sidebar pada windows vista telah dibuang
Bermacam-macam lagi ciri-ciri tambahan yang terdapat pada Windows 7.
Anda boleh rujuk ke http://en.wikipedia.org/wiki/Windows_7