Kaedah Sekat Laman Web
SOALAN:
Jika mempunyai tiga komputer dirumah dan berkongsi talian Internet menggunakan router yang dibekalkan oleh TMNet (Streamyx). Selain daripada menggunakan konfigurasi router, adakah cara lain untuk menghalang laman web tertentu daripada dilayari ahli keluarga. Contohnya laman web pornografi.
JAWAPAN:
Kaedah terbaik mengenai penapisan ialah kesedaran pada diri sendiri dan pendidikan. Bagaimanapun, memang ada cara untuk menghalang alamat domain tertentu yang anda tidak mahu lawati.
Tukarkan tetapan dns untuk menggunakan opendns.org yang mana ia adalah perkhidmatan dns dengan ciri yang tidak ada pada perkhidmatan dns lain.
opendns.org bercirikan penapis kandungan, penyekat domain dan penapis laman web lucah.
pengguna boleh memilih kategori laman web yang hendak dihalang
Bagaimanakah ia dihalang? Komuniti di sebalik tabir opendns.org membantu mengkategorikan laman web yang sudah ditandakan dan membuat undian sama ada ia daripada kategori penanda yang selamat atau sebaliknya.
Cara menggunakannya amat mudah yang mana pengguna hanya perlu menaip alamat laman web terbabit. Misalnya, www.hmetro.com.my. Pertanyaan ini akan dihantar ke pelayan dns yang dipasang di komputer atau router kita.
Dalam kes ini, ia adalah pelayan opendns.org.
Pelayan opendns.org akan mengenal pasti sama ada laman web itu berada dalam kategori yang disekat atau tidak.Jika ia berada dalam kategori disekat, maka ia akan kembali dan memaparkan mesej ralat. Jika tidak, ia akan keluar seperti biasa.
Ikuti langkah berikut untuk menggunakan pelayan opendns.org:
- masuk ke http://opendns.org dan klik ‘get started’
- pilih persekitaran yang betul.
Dalam kes anda, pilih untuk menukar tetapan DNS dalam router;
- pilih router dan ikut saja arahan diberi
- daftar dan log masuk untuk membolehkan anda melaraskan perkhidmatan.
selamat mencuba
Dipetik dari:http://www.hmetro.com.my