Dapatkan artikel terbaru dari Celiksiber dengan percuma.Masukkan alamat email anda:

Delivered by FeedBurner

free logo design

Letakkan kod html di bawah ini di website atau blog anda

Keajaiban wayarles

Labels:


KEMUDAHAN hari ini membolehkan umum mendapat pelbagai maklumat dari dalam dan luar negara sepantas kilat.Semuanya menjadi mudah apabila peralatan yang diperlukan berada di hujung jari dan tanpa jangkauan.

Menurut perangkaan, pada masa ini sekurang-kurangnya 21.2 peratus isi rumah di negara ini menggunakan Internet dan ia dijangka meningkat 50 peratus menjelang 2010.
Dan tidak hairanlah Malaysia disenaraikan antara 10 negara popular yang memiliki ramai pelayar Internet.Ketika Internet mula diperkenalkan, negara diperkaya dengan penggunaannya di rumah menerusi satu talian tetap.
Jika sekadar melayari Internet tanpa mengambil masa yang lama mungkin tidak menjadi gangguan kepada pengguna lain tetapi bagaimana pula jika hendak bermain permainan atas talian?
Pengguna sendiri pasti tidak berasa seronok sekiranya permainan yang rancak terencat akibat masalah talian.Kemudian negara dibanjiri dengan limpahan kafe siber yang meluaskan lagi penggunaan Internet kepada orang ramai terutama di kalangan remaja yang semakin gila dengan permainan atas talian.
Kafe siber mewujudkan sikap saling berkongsi maklumat namun di sebalik itu ia turut menyebabkan berlakunya gejala sosial.Ini bermakna tiada istilah 'rumahku syurgaku' bagi mewujudkan komuniti kekeluargaan yang lebih mesra.
Pada zaman serba maju terutama di bandar raya besar seperti Kuala Lumpur, konsep rumahku syurgaku perlu disesuaikan ke setiap kediaman mengikut gaya hidup terkini yang semakin mudah mengikut kepelbagaian arus teknologi.Ibu bapa perlu meneruskan pemantauan agar dapat melihat kegiatan serta aktiviti anak mereka, sekali gus perlu mencari peluang dan kaedah bagi menerapkan aspek kekeluargaan yang lebih bernilai.
Penerapan nilai kasih dan sayang turut boleh dizahirkan dengan kedatangan teknologi hari ini menerusi konsep kediaman mesra media (media-enabled home).Kediaman mesra media yang diperkenalkan Cisco Malaysia dianggap sebagai satu pembaharuan ke arah gaya hidup digital yang lebih mudah menerusi keluaran terbaru rangkaian produk media tanpa wayar Linksys by Cisco.
Konsep ini membawakan kelas terbaru dalam pengalaman komunikasi dan hiburan yang bakal mempertingkatkan gaya hidup digital ke tahap seterusnya, memudahkan capaian pengguna kepada kandungan multimedia seperti foto, muzik, video dan fail dalam pelbagai peralatan ketika berada di dalam atau di luar rumah.Pengarah Jualan Serantau Asia, Kumpulan Perniagaan Pelanggan Cisco, Boon Ping Tang berkata, kediaman mesra media bakal menjadi kenyataan dengan adanya teknologi jaringan terbaik Cisco yang tidak terikat kepada satu lokasi tertentu, tidak lagi perlu menguruskan peralatan yang berasingan dan dunia tanpa wayar.
"Kini pengguna di rumah boleh menikmati pengalaman menggunakan hiburan tanpa wayar dengan audio dan visual yang berkualiti tinggi yang boleh dicapai dengan cepat dan mudah di samping capaian kepada maklumat yang lain juga," katanya.
Berdasarkan statistik kumpulan penyelidik Wireless Federation, tahap penembusan tanpa wayar di Malaysia dijangkakan meningkat kepada 96.8% pada 2010 kerana penggunaan peralatan mudah alih yang semakin meningkat.
Pembangunan dan penyediaan jalur lebar yang berterusan dengan Internet dan video menjadi sumber hiburan di rumah membolehkan rakyat Malaysia menikmati kehidupan yang serba terhubung ini, konsep kediaman mesra media ini datang tepat pada waktunya.
"Cisco sudah bersedia membawakan pengalaman ini ke setiap rumah di Malaysia dengan tawaran siri terbaru tanpa wayar dan media Linksys by Cisco yang menjadi asas kepada konsep terbabit. "
Produk bersesuaian direka bagi memudahkan pemasangan Kediaman Mesra Media dengan aplikasi mesra pengguna yang menjadikannya sesuai untuk semua pengguna.
"Linksys berjaya mencipta Media Hub yang berkapasiti 500GB sebagai penyimpan data pengguna. Pengguna mampu mengakses data di Media Hub tidak mengira lokasi dan masa dengan adanya jaringan Internet. Produk terbabit turut menggabungkan faktor reka bentuk baru yang sesuai bagi setiap rumah tanpa menjejaskan prestasi, ketahanan dan kualiti tanpa wayar," kata Boon.
Andai kata, pengguna berada di luar negara, capaian maklumat ke atas komputer di rumah di Malaysia masih boleh dilakukan sama ada menggunakan Internet Explorer (IE), Firefox atau Safari, meskipun berada jauh ribuan kilometer.Menurut Boon, pengguna tidak perlu risau mengenai keselamatan kerana untuk berhubung dengan Media Hub pengguna perlu memasukkan maklumat seperti nama pengguna dan kata kunci.
Ia menitikberatkan aspek keselamatan pengguna sama seperti rangkaian keselamatan tanpa wayar lain, yang akan meminta kata kunci jika pengguna luar cuba memasuki rangkaian terbabit.
Keselamatan menerusi akses remote diperketatkan menerusi kata kunci dan jaringan 'https://' (perkataan 's' menandakan jaringan terbabit selamat)."Kediaman mesra media adalah langkah terkini dalam evolusi jaringan di rumah.
Pengguna mahukan lebih daripada jaringan mereka berikutan peningkatan kandungan, permainan atas talian dan muat turun media yang dikongsi. "Pengguna boleh memasang jaringan rumah yang mudah yang menyambungkan pelbagai peralatan digital serta membenarkan akses pengguna kepada Internet dan fail media di mana saja di rumah.
Ini bermakna, kita sekarang boleh bergerak jauh dari meja dan melakukan strim muzik dan video yang disimpan di dalam komputer peribadi terus ke ruang tamu," katanya.
Pakar Niaga Produk, Kumpulan Perniagaan Pelanggan Cisco, Rico Allan Ongcoy berkata, masyarakat di negara ini semakin mementingkan capaian kepada maklumat dan pelbagai data digital yang lain sama ada berkaitan dengan pekerjaan mahupun untuk hiburan semata.
"Media Hub dianggap sebagai peranti yang memudahkan penyimpanan dan pencapaian pelbagai data digital seperti muzik, video dan foto yang boleh diakses dari mana saja.
"Ia menampilkan antara muka yang mudah, bersesuaian dengan kehendak pengguna menerusi laman web www.ciscomediahub.com sebagai perantaraan.
"Peranti canggih ini amat mudah dikendali, lengkap dengan pemain program untuk memutarkan muzik, video, foto dan carian fail disokong program pencari data.
Setiap fail disusun mengikut jenis yang dihubungkan ke Media Hub dan boleh diakses di komputer atau telefon bimbit.
"Menerusi Media Hub, pengguna boleh menerokai kandungan fail (contohnya muzik) dan memainkan muzik berkenaan secara langsung daripada failnya tanpa perlu memasang aplikasi muzik atau video.
Menariknya, kandungan Media Hub juga boleh dimainkan secara terus ke skrin televisyen," katanya.Menurut Rico, bagi peminat permainan playstation, ia boleh dihubungkan ke router menerusi kabel atau WiFi.
Manakala, kamera yang bertindak seperti CCTV dihubungkan ke router. Pengguna boleh mengaksesnya jika dihubungkan ke alamat Internet Protocol (IP) di rumah dan mengawasinya di komputer.Katanya lagi, pengguna boleh mengakses data telefon bimbit menerusi Media Hub atau mengakses kandungan Media Hub melalui telefon bimbit sekiranya telefon terbabit disambungkan ke router.
Hanya telefon yang menyokong aplikasi Universal Plug and Play (UPnP) saja boleh digunakan.Media Hub yang dihubungkan ke seisi rumah, boleh diakses oleh sesiapa saja. Ini bermakna, ibu bapa boleh memantau aktiviti anak-anak di Internet secara langsung seperti melihat perbualan anak-anak di laman sembang dan laman web yang dilawati mereka.
Ia turut bertindak sebagai data sokongan yang boleh diakses lebih daripada seorang pengguna pada masa yang sama.Manakala, fail dalam Media Hub boleh diisyaratkan untuk dikongsi bersama atau terbuka untuk diakses oleh sesiapa sahaja.
Bermakna, masih ada lagi kebebasan kepada pengguna untuk melindungi peribadi masing-masing.
>InfoDengan gabungan produk tanpa wayar dan media terbaru Linksys by Cisco, pengguna pastinya seronok menikmati Internet tanpa wayar yang melangkaui sempadan jaringan di rumah. Produk baru yang memenuhi keperluan kediaman mesra media ialah WRT610N Dual-Band Wireless-N Router, WUSB600N Wireless-N USB Network Adapter with Dual Band, NMH300 Media Hub dan WVC54GCA Wireless-G Internet Home Monitoring Camera.
> Router tanpa wayar WRT610N berperanan sebagai penyokong standard tanpa wayar-N yang terbaru. Ia adalah peralatan utama yang direka bentuk untuk menggandakan lebar jalur dan prestasi optimum menerusi penyambungan tanpa wayar yang lebih pantas dan tiada gangguan. Menggunakan dua jalur tanpa wayar-N, teknologi tanpa wayar termaju masa kini iaitu jalur 5GHz dan 2.4GHz direka untuk berfungsi secara berasingan, tetapi selari agar anda dapat menentukan konfigurasi yang ideal.
> Adapter rangkaian USB tanpa wayar WUSB600N memberikan lebih kebebasan dan kemudahan kepada pengguna dengan penyambungan tanpa wayar yang fleksibel dan pantas. Keupayaan dua jalur tanpa wayar-N menawarkan fleksibiliti untuk menyambung kepada frekuensi 2.4GHz atau 5GHz agar pengguna dapat mencapai kedua-dua jenis rangkaian secara maya tanpa mengira lokasi.
> Kamera rumah Internet tanpa wayar WVC54GCA adalah unit kamera tunggal yang kecil direka untuk memberikan video dan audio berkualiti tinggi secara langsung, terus ke jaringan rumah pengguna tanpa wayar. Ia tidak memerlukan sambungan kepada komputer memandangkan pelayan Web yang dibina secara dalaman membolehkannya penyaluran imej dan bunyi secara terus melalui Wireless-G ataupun sambungan Ethernet. Ia sesuai untuk mengawasi keluarga, harta benda ataupun apa juga yang dirasakan penting di rumah.
> Media Hub NMH300 direka bentuk untuk memudahkan akses dan interaksi dengan kandungan digital yang berperanan sebagai pengumpul dan mempersembahkan data ke pelbagai peralatan pengguna yang ada di rumah. Pengguna boleh menikmati semua media melalui antara muka yang diakses di rumah serta di seluruh dunia melalui laman web.
sumber harian metro
21/Julai/2009




Iklan Khidmat Masyarakat

Download PERCUMA E-Kamus

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Anda pernah dengar e-kamus? E-kamus ialah software kamus yang tercanggih yang dilengkapi dengan 18 kamus dan disertakan sebutan dalam English UK. Mudah bukan? Hanya "double click" atau "mouse move", makna perkataan anda terjawab. Boleh digunakan untuk kesemua software berasakan text seperti Microsoft Office (Word,excel dll) , PDF Reader, Mozilla Firefox, Internet Explorer dan macam-macam lagi. Anda mahu mencubanya? Dapatkan secara PERCUMA SEKARANG!


Blog ini dapat ditampilkan dengan baik menggunakan Browser Mozilla Firefox.

Download Disini...

Spread Firefox Affiliate Button